Friday, 3 May 2019

Najib Buat Surprise Lagi

Najib Buat Surprise Lagi. Berdepan dengan hukuman penjara, sebatan dan denda Najib Razak sekali lagi akan hadir mendengar tuduhan dan keterangan saksi yang dibawa pihak pendakwaan hari ini.

Perbicaraan berprofil tinggi membabitkan bekas perdana menteri itu memasuki hari yang ke-12 hari ini.

Didengar hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Najib menghadapi tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta.

Najib Buat Surprise Lagi.  Teruskan mengikuti perbicaraan itu yang dibuat secara langsung oleh Malaysiakini di sini.

LANGSUNG

12.30 tengah hari: Mahkamah berhenti rehat dan perbicaraan akan bersambung jam 2 petang nanti.

11.40 pagi: Timbalan Ketua Akauntan Jabatan Perdana Menteri, Zarina Yusuf memberitahu mahkamah, Najib Razak dibayar RM18,000 semasa berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri.

Gaji Najib, katanya, kemudian meningkat menjadi RM22,000 apabila dilantik sebagai perdana menteri mulai Mei 2009.

Memberikan keterangan sebagai saksi ke-27 pendakwaan Zarina berkata gaji RM22,000 itu diterima Najib sehingga April tahun lalu.

Menjawab soalan timbalan pendakwa raya Muhammad Izzat Fauzan, melalui gaji pada Mei 2018 pula Najib diberikan gaji bernilai RM6,627.09.

Izzat: Boleh beritahu kenapa berkurangan dari RM22,000 lebih pada bulan sebelumnya?

Zarina: Untuk bulan (tersebut) ia dibayar secara prorated kerana dari 1 hingga 9 Mei, masa ni Datuk Seri Najib memang sebagai PM sehingga 9 Mei (apabila PRU ke-14 diadakan).

Zarina juga memberitahu mahkamah Najib mendapat elaun khas kira-kira RM1 juta pada Mei 2018.

Izzat: Boleh beritahu berapa jumlah gaji Datuk Serni Najib pada Mei 2018?

Zarina: Jumlahnya ialah RM1,017,014.39

Izzat: Boleh beritahu kenapa tiba-tiba jadi sejuta?

Zarina: Untuk Mei 2018, sebanyak RM1 juta dibayar mengikut akta (undang-undang yang ada). Ini bayaran khas untuk Najib

Izzat: Bayaran khas untuk apa?

Zarina: Saya tak begitu pasti bayaran apa, kerana bahagian kewangan yang sediakan. Tapi apa yang saya difahamkan ialah ia bayaran khas untuk PM dan bekas PM.

Menurut Zarina lagi bayaran berkenaan dimasukkan ke akaun Najib yang ada di Affin Bank bernombor 10040014008.

Kenyataan Zarina mengenai peruntukan kepada bekas perdana menteri itu dipercyai merujuk kepada Perkara 21 (1) Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.

Mengikut peruntukan itu seseorang yang terhenti daripada memegang jawatan jawatan Perdana Menteri, berhak mendapat apa-apa elaun atas apa-apa terma dan syarat seperti ditetapkan oleh Jemaah Menteri dari semasa ke semasa.

10.30 pagi: Detik lucu dapat disaksikan seketika dalam perbicaraan kali ini apabila saksi ke-24 pendakwaan, Daman Huri Nor, memberikan keterangannya dengan begitu pantas sehingga memaksa pihak pendakwaan dan pembelaan meminta dia mengurangkan kelajuan percakapannya.

Daman Huri ialah setiausaha hal ehwal parlimen di Jabatan Perdana Menteri.

Semasa dia memberikan keterangan, salah seorang peguam bela Najib, Harvinderjit Singh, bangun dan meminta Daman Huri memperlahankan kelajuan kata-katanya.

"Tolong perlahan sebab kami cuba menulis (keterangan berkenaan), terima kasih," katanya sebelum duduk semula.

Bagaimanapun tidak banyak perubahan yang dibuat Daman Huri dalam keterangan seterusnya.

Kali ini timbalan pendakwa raya Mohd Ashraf Adrin Kamaril pula bangkit dan memberikan nasihat sama, dan atas alasan yang sama.

Permintaan pihak pendakwaan itu juga tidak memberi kesan. Justeru ketua pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah pula bangkit dan dengan cermat mengingatkan saksi berkenaan supaya memperlahankan keterangannya.

Najib Buat Surprise Lagi


"En Daman, biasanya anda nampam Yang Arif (hakim Mohd Nazlan) mendengar dulu keterangan kamu tetapi kami perlu menulisnya.

"Semasa En Daman memberi keterangan, tolong tengok tangan kami sebab kami mencatatnya," kata Shafee.

Akhirnya Daman Huri memperlahankan kelajuan percakapannnya bagi menjelaskan beberapa lantikan dalam kerajaan persekutuan sehinggalah PRU ke-14 diadakan pada Mei tahun lalu.

10.23 pagi: Najib memasuki kandang tertuduh untuk membolehkan perbicaraan bermula di depan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

10.08 pagi: Najib Razak memasuki mahkamah. Beliau menggunakan kesempatan masa yang ada sebelum perbicaraan bermula untuk bersalaman dengan seorang anggota polis yang bertugas di situ.

Sebelum itu beliau hadir di mahkamah lain yang tidak jauh dari situ untuk mendengar permohonan pendakwaan berhubung kes 1MDB.


Di depan hakim Collin Lawrence Sequerah pihak pendakwaan meminta perbicaraan mengenai tuduhan ke atas Najib berkaitan syarikat pelaburan milik penuh kerajaan, 1MDB, ditunda agar ia tidak bertembung dengan kes SRC yang didengar di depan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

9 pagi: Najib Razak kelihatan tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Tidak seperti selalu, hari ini ada 40 orang penyokong menunggu beliau di depan pintu masuk bangunan tersebut.

Kumpulan terbabit mendakwa datang dari Pekan untuk memberi sokongan kepada anggota parlimen mereka.

Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta
Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB

1 tuduhan salah guna kuasa
3 tuduhan pecah amanah
3 tuduhan pengubahan wang haram
Klik untuk perincian lanjut hakim, pasukan pendakwaan dan pembelaan


Mengikut jadual perbicaraan hari ini akan bermula dengan Pengurus Unit Pusat Rentas Ambank, Wedani Senen, menyambung keterangannya dalam sesi soal balas peguam bela.

Rentas adalah kependekan kepada Perpindahan Elektronik Masa Nyata Dana dan Sekuriti.

Kelmarin (30 Apr) Wedani mengesahkan dana sebanyak RM4 bilion dipindahkan dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) ke akaun SRC International Sdn Bhd (SRC) di Ambank cawangan Jalan Raja Chulan, KL.

Dana itu dipindahkan pada dua tarikh berbeza, masing-masing pada Ogos 2011 dan Mac 2012.

Untuk rekod KWAP ditubuhkan sebagai sebuah badan yang diberi tanggungjawab menguruskan dana untuk manfaat pencen bekas kakitangan kerajaan. ​

Kata Wedani, berdasarkan dokumen Rentas, sejumlah RM2 bilion wan KWAP dipindahkan ke akaun SRC pada 29 Ogos 2011 melalui empat transaksi.

Bagi RM2 bilion lagi was dibawa ke akaun sama pada 28 Mac 2012. Kali ini ia dibuat melalui transaksi tunggal.

Najib Buat Surprise Lagi


Kelmarin juga Mohd Nazlan membenarkan permohonan pendakwaan untuk memulakan perbicaraan pada jam 9.30 pagi bagi membolehkan permohonan mereka - di mahkamah lain - diputuskan.

Ia membabitkan permohonan pasukan pendakwaan untuk menunda perbicaraan Najib dalam kes 1MDB agar ia tidak bertembung dengan prosing yang sedang berlangsung.

Keputusan mengenainya akan dibuat hakim Collin Lawrence Sequerah yang mendengar permohonan tersebut di satu lagi mahkamah tinggi Kuala Lumpur.

Sebelum ini perbicaraan Najib untuk kes 1MDB ditetapkan bermula pada 14 Mei.

Perbicaraan sebelum ini turut didedahkan bagaimana salah seorang orang yang dikaitkan rapat dengan Najib, Habibul Rahman Kadir Shah, menerima RM2.5 juta daripada bekas perdana menteri itu untuk menjalankan risikan mengenai keadaan politik semasa.

Menurut saksi pendakwaan ke-23 itu wang tersebut adalah untuk "operasi pertahanan politik."

Peguam Negara Tommy Thomas mengetuai pasukan pendakwaan yang turut disertai 12 timbalan pendakwa raya membabitkan Sulaiman Abdullah, V Sithambaram, Manoj Kurup, Ishak Mohd Yusoff, Donald Joseph Franklin, Suhaimi Ibrahim, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Budiman Lutfi Mohamed, Mohd Ashraf Adrin Kamaril dan Muhammad Izzat Fauzan.

Najib pula dibela 13 peguam diketuai Muhammad Shafee Abdullah.

Najib Buat Surprise Lagi.  Peguam lain yang membela bekas presiden Umno itu Mohd Yusof Zainal Abiden, Harvinderjit Singh, Kamarul Hisham Kamaruddin, Chong Loong Men, Devanandan S Subramaniam, Farhan Read, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Rahmat Hazlan, Muhammad Farhan Shafee, Tiara Katrina Fuad, Nur Syahirah Hanapiah, dan Zahria Eleena Redza. - mk






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image



Image





2 comments:

  1. ni baca dari bawah ke atas kape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
      MAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET !!!

      assalamualaikum wr, wb, saya IBU RAHMA saya Mengucapkan banyak2
      Terima kasih kepada: AKI SOLEH
      atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
      alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
      dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2…
      orang tua saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
      sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2.
      Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
      yang ingin merubah nasib
      seperti saya...?
      SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH No; { 082-313-336-747 }

      Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini...!!
      1: Di kejar2 tagihan hutang..
      2: Selaluh kalah dalam bermain togel
      3: Barang berharga sudah
      terjual buat judi togel..
      4: Sudah kemana2 tapi tidak
      menghasilkan, solusi yang tepat..!
      5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual blom dapat juga,
      6: Pelet pemikat hati untuk pria
      7: Pesugihan tanpah tumbal
      8: Dukun santet paling ampuh
      satu jalan menyelesaikan masalah anda..
      Dijamin anda akan berhasil
      silahkan buktikan sendiri
      Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
      No WA Aki : 082313336747

      TERIMA KASIH YANG PUNYA
      ROOM ATAS TUMPANGANYA SALAM KOMPAK SELALU

      (1)"http://angkaramalantogel.blogspot.co.id/"

      (2) "Pelet Khusus Untuk Pemikat Hati Pria"

      (3) "Ilmu Santet Ganas"

      (4) "Asli Pusat Pesugihan Putih Tanpa Resiko"

      Delete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...