Saturday, 25 May 2019

Kes Bakar Mufti Perlis Makin Panas

Kes Bakar Mufti Perlis Makin Panas. Seorang peniaga pasar malam hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan membakar kereta rasmi milik kerajaan negeri yang digunakan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin.

Tertuduh, Mohd Azimar Abdul Razak Azimar, 36, dari Kampung Jelempok, Arau dituduh melakukan kesalahan itu dengan niat hendak merosakkan kenderaan jenis Honda Accord itu di kediaman mufti itu di Jalan Pesiaran Wawasan, Kangar bersama beberapa lagi rakannya pada kira-kira 5 pagi, 22 Mac lepas.

Kes Bakar Mufti Perlis Makin Panas. Dia didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 34 KK yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurshuhada Mohd Yatim memohon mahkamah tidak menawarkan jaminan kerana kes itu melibatkan kepentingan awam selain kenderaan terbabit milik kerajaan negeri.

Beliau juga berkata dibimbangi tertuduh akan mengulangi perbuatannya selain bimbang keselamatan tertuduh kerana kes itu telah viral.


Kes Bakar Mufti Perlis Makin Panas


Peniaga itu yang diwakili peguam Najdah Romli dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), bagaimanapun memohon anak guamnya dilepaskan dengan jaminan kerana tertuduh mempunyai 2 anak masing-masing berumur 9 dan 11 tahun serta menanggung seorang kakak berumur 46 tahun yang mengalami strok.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad membenarkan rayuan tertuduh dan membenarkan dia diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh juga perlu melapor diri kepada pegawai penyiasat kes pada setiap 1 hari bulan dan diberi amaran tidak mendekati mangsa, keluarga dan anggota keluarga terdekat mangsa.

Beliau kemudian menetapkan kes itu disebut semula pada 2 Julai depan.

Kes Bakar Mufti Perlis Makin Panas


Sementara itu polis masih memburu seorang lagi rakan tertuduh dikenali sebagai “Mei Tomoi” yang dipercayai bersubahat dalam perbuatan itu manakala 4 lagi rakannya masih dalam tahanan reman. - fmt


  
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image









5 comments:

  1. Rupanya tertuduh ialah bekas ketua pemuda umno yg join pas 6 tahun lepas. Nampak gaya lebai teramat sibuk sehingga tak sempat nak tarbiyyah x-umno ni. Kesian dia, tetap dgn sikap samseng pemuda umno walau pun dah 6 tahun jd ahli pas

    ReplyDelete
  2. dlm pas pun mcm mcm fikrah ada antaranya..
    1. Syiah
    2. wahabi
    3. ahli sunnah
    4. khawarij
    5. daesh
    6. taliban
    7 tabligh.
    8. lain lain

    ReplyDelete
  3. Kebajikan ahli tak terjaga Kartel Dedak. Senang ahli kena upah bakar kereta mufti RM500. Ikut resmi Taliban, keganasan dan kemusnahan ajaran Kartel Dedak perkara kecil.

    ReplyDelete
  4. Itu le..bila dikatakan macam taliban ' dia/pas ' amat marah dan melenting malahan menghukum musuhnya jahiliah
    Kini terserlah sikap sebenar parti ini yg ganas dan tidak bertamadun dan mereka ini sebenarnyajahiliah

    ReplyDelete
  5. Ketalibanan terserlah. Apa kamu nak kata lagi, PAS? Memaki lagi?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...