Wednesday, 1 May 2019

Inilah 6 Jenis Pendapatan Pasif Yang Popular Kepada Orang Melayu

Banyak orang sukar nak bezakan antara pendapatan aktif dan pendapatan pasif.

Pendapatan aktif bergantung kepada usaha anda, anda buat anda dapat, anda tak buat anda tak dapat.

Contoh, anda pekerja restoran. Jika anda bekerja anda dibayar gaji, jika anda tidak bekerja, anda tidak dapat gaji.

Sebaliknya, pendapatan pasif ialah pendapatan yang diperolehi secara berterusan dengan usaha yang minimum. Anda perlu kerja keras di peringkat awal sahaja, lepas itu anda hanya menunggu pendapatan masuk ke akaun anda sahaja dalam tempoh yang lama.

Pelaburan pasif dari hartanah terdiri daripada dua komponen. Komponen pertama dari peningkatan modal selepas beberapa tahun; yang kedua ialah pendapatan sewa jika rumah itu disewakan.

1. Pelaburan Hartanah


(i) Keuntungan Modal (capital appreciation)


Pelaburan hartanah menjanjikan pendapatan pasif. Rumah yang dibeli hari ini dengan harga RM600K akan berpeluang naik kepada RM1 juta untuk 5 hingga 10 tahun akan datang. 

Jika dijual pada masa tersebut, pemilik akan mendapat keuntungan modal - satu bentuk pendapatan pasif.

(ii) Pendapatan Sewa


Rumah bila disewa akan menghasilkan pendapatan. Jika anda berjaya menyewakan RM2,000 sebulan dan setelah menolak ansuran pinjaman bank dan kos maintainace anda mungkin mendapat lebihan RM300 sebulan - ini pun pendapatan pasif. 

Jika anda meletakkan RM200,000 dalam ASB, maka nilainya akan meningkat kepada RM214,000 setahun kemudian selepas mendapat dividen dan bonos 7% setahun. Jika dibiarkan jumlah RM214,000 ini terus beranak setiap tahun

2. Pelaburan ASB dan ASN


Pelaburan ASB dan ASN telah berjaya memberi pulangan 7-8% setahun dengan pelabur bergoyang kaki. 

Bayangkan jika anda melabur RM500,000, katakan dividen 7% setahun, maka setiap tahun anda pasti dapat RM35,000 setahun - satu bentuk pendapatan pasif.

3. Simpanan di Tabung Haji dan Bank Rakyat


Keuntungan dari simpanan anda di Tabung Haji dan Bank Rakyat juga dikatakan pendapatan pasif. 

Bayangkan jika anda ada RM500,000 dan dengar kadar keuntungan 5% setahun, anda akan mendapat RM25,000 setahun belum kira compounding setiap tahun.



emas ialah pelaburan dan simpanan yang terbaik di dunia. Nilainya sentiasa meningkat setiap tahun dengan kadar pertumbuhan 2-5% setahun dan harganya sukar jatuh. Jika anda membeli emas dan menyimpannya selama 10 tahun atau lebih nilai emasnya akan meningkat dan boleh cover kos inflasi



4. Simpanan Emas


Kebanyakan orang Melayu suka membeli barang perhiasan emas atau ketulan emas. 

Emas adalah pelaburan terbaik di dunia kerana umumnya harga tidak pernah jatuh menjunam walaupun ekonomi merosot - malah meningkat setiap tahun. 

Anda membeli emas pada hari akan mengalami kenaikan harga secara tahunan 3-5% secara konsisten. Apabila anda menjual dan mendapat keuntungan - iaitu pendapatan pasif.

5. Koleksi Barangan Lama


Koleksi barangan lama akan bertambah nilainya dari tahun ke tahun. Makin lama disimpan, makin tinggi harganya.

Ramai orang Melayu yang menyimpan dokumen lama, stem lama, senjata lama, pinggan mangkuk lama, piring hitam lama, buku lama, duit lama.

Koleksi barang lama jika dijual dengan harga tinggi, maka pendapatannya di anggap pendapatan pasif.

6. Penulis Buku


Penulis buku akan mendapat royalti  buku yang dijual dan dibayar oleh penerbit.

Bagaimana pun pada hari ini ramai yang menulis ebook - iaitu dalam bentuk fail pdf.

Keuntungan amat lumayan iaitu dalam lingkungan 30-40% daripada harga ebook. Royalti yang terus diterima ialah satu bentuk pendapatan pasif selagi buku terus dijual.

7. Pendapatan Komisyen Affiliate


Dalam zaman online ini ramai yang membuat pendapatan pasif.

(i) Google Adsense

Google Adsense ialah program menjana pendapatan iklan untuk blogger atau mereka yang mempunyai laman web.

Mula-mula join Google Adsense, kemudian menyewakan tapak-tapak iklan dalam blog anda kepada GoogleAdsense. Google Adsense akan meletakkan iklan pada tepi artikel anda. Bila orang klik pada iklan pemilik blog dapat komisyen.

Pendapatan adsense - satu bentuk pendapatan pasif secara berterusan tanpa anda membuat apa-apa pun.


(ii) Pendapatan Pasif Sistem Jualan Pro (SJP)



SJP ialah program affiliate yang hebat dan terbaru di pasaran. Objektif program ini ialah mengujudkan pendapatan pasif yang konsisten setiap bulan atau setiap tahun. Konsepnya mudah. Anda bentuk databese email hingga 1,000 kemudian perkenalkan produk kepada prospek. Lepas itu setiap hari follow up dengan artikel secara email kepada 1,000 pelanggan ini. Adakah anda rasa ada pelanggan yang akan membeli produk yang dipasarkan? Tentukan?





Sistem Jualan Pro ialah program menjana pendapatan pasif yang terbaharu, dan popular di Malaysia.

TIGA langkah kritikal dalam SJP yang membolehkan ia menjana pendapatan pasif:


(a) Kumpulkan database prospek sekurang-kurangnya 1,000 orang.

(b) Sediakan banyak artikel yang berkaitan dengan produk.

(c) Membuat follow-up dari masa ke masa secara email kepada semua prospek
 

Kelebihan SJP Berbanding Sistem Affiliate Lain

(a) Berpotensi mendapat komisyen secara berterusan tanpa anda menjualnya.

(b) Penjualan, susulan dan close sale dilakukan Sistem

(c) Artikel-artikel yang diemailkan kepada prospek disediakan oleh pemilik

(d) Kemudahan sistem autoresponder percuma bagi membolehkan artikel dihantar secara berkala kepada semua prospek


Tugas anda hanyalah mempromosikan web replika atau web khas yang disediakan oleh pemilik bisnes ini bagi membolehkan anda mengumpul sehingga 1,000 email atau lebih.


Apabila prospek melanggan, sistem akan membuat promosi produk, membuat susulan hingga 7-10 email hingga close-sale. 

Bukan satu produk yang dijual bahkan banyak produk lagi kepada pelanggan yang sama. Anda hanya cek email untuk tahu komisyen yang dikreditkan setiap minggu.

Untuk mendapat lebih lanjut mengenai program ini, sila klik Sistem Jualan Pro



Artikel Ditulis Oleh:
Abd Rahaman A Rasid
abdrahaman@gmail.com
 Sistem Jualan Pro











No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...