Wednesday, 22 May 2019

Indonesia Huru Hara

Indonesia Huru Hara. Beberapa siri rusuhan berlaku di sekitar Jakarta awal pagi tadi, yang menurut polis Indonesia dilakukan secara terancang oleh kelompok-kelompok tertentu, yang membantah keputusan Pilihan Raya Presiden Indonesia (Pilpres 2019)

Gabernor Jakarta, Anies Baswedan mendakwa enam orang terbunuh, manakala 200 dilaporkan cedera dalam insiden itu.

"Setakat jam 9 pagi tadi, enam terbunuh, 200 cedera," katanya dipetik media tempatan.

Indonesia Huru Hara.  Bagaimanapun Ketua Divisyen Perhubungan Masyarakat Polis Indonesia, M Iqbal, tidak mengesahkan perkara itu, sebaliknya berkata polis masih menyiasat dakwaan itu.

"Demonstrasi di beberapa tempat sejak lewat malam tadi sehingga awal pagi tadi, bukanlah 'demostrasi massa spontan' tetapi dilakukan oleh sekelompok kira-kira 200 orang secara terancang bagi menjejaskan ketenteraman awam," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kejadian rusuhan itu berlaku di sekitar Jakarta antara jam 11 malam tadi sehingga jam 5 pagi tadi, dengan kelompok perusuh berkenaan melontarkan batu, molotov coctail dan mercun kepada pasukan keselamatan yang meminta mereka bersurai.

Kejadian rusuhan itu berlaku di sekitar Jalan MH Thamrin, Jalan Jatinegara hingga ke kawasan Tanah Abang.

Indonesia Huru Hara


M Iqbal berkata polis bertindak menyuraikan perusuh dengan menggunakan gas pemedih mata, dan menafikan menggunakan peluru hidup, seperti yang tersebar dalam media sosial.

"Perusuh itu kita dapati bukan asal Jakarta, tetapi dari luar Jakarta, dari Jawa Barat, dan terdapat sebuah ambulan ditahan yang tertera logo parti (tidak dinamakan), yang penuh dengan batu, polis bertindak melepaskan gas pemedih mata, ada perusuh cedera tapi belum ada datanya," katanya.

Beliau berkata sebanyak 14 kenderaan juga dibakar perusuh dalam kejadian rusuhan pagi tadi, dan polis telah menangkap hampir 100 perusuh.

Sehingga tengah hari ini, keadaan di Jakarta masih terkawal dengan lebih 50,000 anggota polis dan tentera mengawal tempat- tempat strategik di Jakarta.

Indonesia Huru Hara


Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, meminta rakyat Malaysia yang berada di Jakarta, mengelak daripada berada di kawasan yang terjejas.

"Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk mematuhi sebarang arahan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa," kata kenyataan itu.

Indonesia Huru Hara. Bagi rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular kecemasan di Indonesia, diminta hubungi talian: +62215224947 /+6281380813036 (selepas waktu pejabat). -bernama







     
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image









No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...