Friday, 17 May 2019

Cadangan PTPTN Pengkhianatan Kepada Pakatan Harapan

Cadangan PTPTN Pengkhianatan Kepada Pakatan Harapan. Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin membidas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan susulan cadangan untuk mengembalikan sekatan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar pinjaman pendidikan itu.

Afif yang juga merupakan Adun PKR menyifatkan cadangan itu sebagai mengkhianati perjuangan PH sebelum pilihan raya umum (PRU) lalu.

Cadangan PTPTN Pengkhianatan Kepada Pakatan Harapan.  "Hanya dengan mempunyai niat untuk mengembalikan amalan (sekatan ke luar negara) tersebut umpama mengkhianati perjuangan awal pemuda-pemudi PH.

"Saya berpendapat jika saudara Wan Saiful tidak mampu mempertahankan janji PH, adalah kena pada masanya beliau memikirkan posisi beliau di dalam PTPTN sebagai pengerusi badan tersebut," katanya.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menjelaskan bahawa cadangan untuk mengembalikan sekatan itu bukan dari PTPTN.

Sebaliknya, jelas Maszlee, ia dikemukakan dalam proses rundingan awam.

Bagaimanapun, Afif berkata, Wan Saiful tidak seharusnya mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula amalan yang dipraktikkan oleh rejim lama BN.


Cadangan PTPTN Pengkhianatan Kepada Pakatan Harapan


"Saya ingin ingatkan saudara Wan Saiful bahawa isu PTPTN ini menjadi “rallying cry” bagi Pemuda PH di mana kami sebelum PRU ke-14 dahulu telah menggerakkan pemuda dan pemudi seluruh negara agar PTPTN mencari satu formula yang lebih berkesan untuk masa akan datang.

"Ia juga menjadi salah satu faktor penentu pemuda dan pemudi di negara ini mengubah sokongan mereka kepada Pakatan Harapan dan lantas menumbangkan rejim kleptokrat BN pada pilihan raya yang lalu," katanya.

Dalam kenyataan itu juga, Afif menggesa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad masuk campur kerana menurutnya ia melibatkan janji PH dan juga aspirasi anak muda yang tidak ingin melihat isu kos sara hidup tinggi menjadi satu lagi beban kepada generasi yang akan datang.

Semalam, dalam taklimat media bersama pentadbiran tinggi PTPTN yang turut disertai Wan Saiful, PTPTN dikatakan sedang meneliti beberapa cadangan untuk mengutip baki pinjaman pendidikan.

Menurut Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid, ia termasuklah cadangan menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan kepada kabinet.

Mastura juga menambah bahawa sekatan perjalanan ke luar negara merupakan kaedah paling berkesan oleh PTPTN dalam usaha mengumpul balik bayaran pinjaman daripada peminjam yang gagal membuat bayaran.


Cadangan PTPTN Pengkhianatan Kepada Pakatan Harapan


Dalam manifesto sebelum PRU ke-14, PH sebelum ini berjanji untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.

Tetapi manifesto sehingga kini tidak dapat dilaksanakan kerana dikatakan kedudukan kewangan negara belum kukuh. - mk



    
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image









1 comment:

  1. Jika tak mampu, undur! Janji adalah janji! janji untuk peminjam2 PTPTN membayar balik pinjaman jika mereka mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM4,000 adalah janji yang sangat munasabah. Jika PTPTN tak mahu mengotakan janji tersebut, PTPTN harus mendesak Kerajaan agar serta merta menghapuskan bayaran TOL disemua lebuhraya yang sekaligus akan mengurangkan terus kadar sara hidup rakyat terutama dibandar2! Adakah pemimpin2 PH tak sedar bahawa dibandar, rakyat yang berpendapatan sebanyak RM3,000 di golongankan sebagai MISKIN? Dengan gaji RM 3,000 rakyat tak mampu untuk menyara diri dan keluarga mereka! Dengan gaji RM 3,000 rakyat tak mampu untuk menabung apatah lagi untuk memiliki rumah mereka sendiri! Dengan gaji RM 3,000, rakyat yang mempunyai anak 3 orang dan lebih bukan sahaja dalam kategori miskin malah mereka juga dalam kategori fakir yang bermakna mereka tak mampu untuk mengadakan makanan 3 kali sehari! Pemimpin2 PH ni dah gelap mata dengan jawatan dan kemewahan yang mereka dapat hasil dariu kerja keras dan pengorbanan rakyat? IF YOU ARE NOT ABLE TO DO YOUR WORK, STEP DOWN!!! RAKYAT TAK PERLUKAN PARASIT2 LAGI DUDUK DALAM KERAJAAN!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...