Thursday, 4 April 2019

Tok Mat Nak Bersara Dari Politik

Tok Mat Nak Bersara Dari Politik. Mohamad Hasan mengakui peristiwa diarah keluar dari kediaman rasmi menteri besar tanpa diberi masa secukupnya, selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) Mei lalu, membuatkan hatinya tergores.

Difahamkan Mohamad diberi notis mengosongkan kediaman itu dalam tempoh 3 atau 4 hari.

Tok Mat Nak Bersara Dari Politik. Calon BN untuk pilihan raya kecil DUN Rantau, Negeri Sembilan berkata, disebabkan peristiwa itu, beliau pernah terfikir untuk berehat dari dunia politik.

“Saya sebenarnya dah malas nak berpolitik. Bukan saya nak pencen sebab Negeri Sembilan kalah, tapi sebab memang saya dah letih. Saya rasa amat terguris hati. Saya kena keluar rumah, kena notis.

“Saya kemas-kemas barang, campak je dalam kotak,” katanya.

Katanya, pada hari raya lepas, beliau tidak pakai baju Melayu sebab tidak tahu di mana beliau letak baju Melayu pun.

Ketika keluar daripada kediaman rasmi itu, beliau tidak dapat pastikan ke mana hendak bawa keluarganya pergi.

“Sebagai seorang lelaki, saya rasa tergores hati sebab tidak tahu nak bawa keluarga saya ke mana.

“Sebab itu saya ambil keputusan nak berhenti,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama penduduk ketika berkempen pada PRK DUN Rantau di Kampung Bemban.

Tok Mat Nak Bersara Dari Politik


Mohamad berkata, selepas diarah keluar dari kediaman rasmi menteri besar, beliau bersama ahli keluarganya menumpang di rumah anak.

Beliau berbuat demikian kerana tidak memiliki rumah di Negeri Sembilan walaupun memegang jawatan nombor 1 di negeri itu selama 14 tahun.

“Rupa-rupanya saya lupa, kerja pagi, petang, siang, malam buat rumah PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) orang, tapi rumah sendiri tak terbuat. Saya tidak ada rumah di Seremban,” katanya.

Mohamad memberitahu isteri dan anak yang beliau mahu bersara daripada politik.

“Saya minta maaf kepada anak-anak sebab (sejak) saya jadi menteri besar pada 2004, anak saya Darjah 6 dengan Darjah 5, saya tinggalkan mereka (di rumah saya) di Kuala Lumpur,” katanya.

Bagaimanapun, hasratnya mahu berhenti daripada dunia politik terbatal apabila “geram” melihat prestasi menteri-menteri Pakatan Harapan.

Katanya, beliau bertanding untuk jawatan timbalan presiden Umno setelah Hishammuddin Hussein enggan bertanding jawatan tersebut.

Beliau seteruskan menjalankan tugas-tugas presiden kira-kira 2 bulan kemudian apabila Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memutuskan untuk berehat.


Tok Mat Nak Bersara Dari Politik


Mohamad berjanji akan pastikan Umno bangkit semula.

“Jangan kita resah gelisah. Jangan ingat PRU14 ini penyudah kepada segala-galanya,”katanya.

Beliau menyifatkan menteri-menteri PH sebagai “penumpang” bagi merujuk keadaan mereka yang tidak menunjukkan prestasi yang baik.

DUN Rantau mempunyai 20,926 pengundi berdaftar, yang terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, 118 pengundi awal dan 4 pengundi tidak hadir.

11,283 pengundi atau 55.11% daripadanya adalah pengundi Melayu, 3,849 atau 18.80% Cina dan 5,336 atau 26.06% India.

Tok Mat Nak Bersara Dari Politik. PRK Rantau menyaksikan pertembungan 4 penjuru antara Mohamad, S Streram dan 2 calon Bebas, Malar Rajaram dan Mohamad Nor Yassin. -  fmt



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
Image


Image

Image
Image
Image





1 comment:

  1. Memanglah menteri2 PH sekarang agak perlahan tetapi kena ingat kerosakan selama berpuluh-puluh tahun mereka kena selesaikan. Takkan boleh selesaikan dalam tempoh singkat sedangkan BN perintah lebih 60 tahun masih ada banyak kekurangan inikan pula belum setahun lagi.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...