Friday, 12 April 2019

Profesor Pro PAS Sokong Mahathir

Profesor Pro PAS Sokong Mahathir. Pada Mac 2018 penganalisis politik Kamarul Zaman Yusof kelihatan terkedu apabila menerima 'renungan maut' Dr Mahathir Mohamad.

Ini selepas Mahathir tiba-tiba muncul dalam sebuah forum, yang mana Kamarul menjadi salah seorang ahli panelnya dalam membincangkan sama ada pengerusi Bersatu itu sesuai untuk mengambil alih jawatan perdana menteri.

Profesor Pro PAS Sokong Mahathir. Sebelum ketibaan pengerusi Bersatu itu, Kamarul yang juga pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) mendakwa Mahathir tidak layak untuk menjawat jawatan berkenaan kerana faktor usianya.

Sejak itu ahli akademik berkenaan menulis untuk organ PAS, Harakah Online dan sering menyatakan pandangan kritikal terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, dalam artikel terbarunya, Kamarul menyuarakan sokongan kepada Mahathir berkenaan isu pelantikan menteri besar Johor, yang menyebabkan krisis antara perdana menteri dan istana.

"Saya tidak bersetuju dengan sebarang cubaan untuk merendahkan martabat, menjejaskan kedudukan atau mengabaikan peranan Raja-raja Melayu, dan saya juga berbeza dalam banyak perkara dengan mereka yang turut lantang memperkatakan perkara ini.

"Tetapi dalam perkara ini saya tidak ragu-ragu untuk bersama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Kamarul dalam artikel disiarkan di laman Facebooknya.


Profesor Pro PAS Sokong Mahathir


Antara lain, Kamarul memetik sebuah artikel yang ditulis Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang ketika itu merupakan ketua hakim negara.

Katanya, dalam tulisan bertajuk “The Role of Constitutional Rulers” itu, Sultan Azlan menyebut bahawa apabila sesebuah parti yang memperolehi majoriti dalam PRU mencalonkan salah seorang ahli Dewan Undangannya sebagai menteri besar, raja tidak mempunyai pilihan selain melantik calon berkenaan walaupun baginda memiliki budi bicara.

"Tegas baginda, jika seseorang raja mengenepikan hasrat parti dan melantik ahli Dewan Undangan lain yang tidak mampu mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan itu, ini boleh membawa kepada timbulnya undi tidak percaya ke atas beliau yang akan menyebabkan raja itu sama ada melantik ahli lain atau membubarkan Dewan Undangan, "kata Kamarul.

Budi bicara ini, kata Kamarul hanya timbul dalam keadaan di mana tidak ada parti yang mendapat majoriti yang jelas di dalam DUN.

Profesor Pro PAS Sokong Mahathir


Tambahnya, begitu juga apabila terdapat ketidakpuasan hati di atas kesesuaian caloni menteri besar yang membolehkan ia dirujuk bagi dipertimbangkan semula oleh pemimpin parti berkenaan untuk keputusan muktamad.

"Hakikat bahawa telah pernah berlaku beberapa insiden dalam mana Raja-raja Melayu melantik seorang menteri besar yang tidak mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan itu atau meminta parti yang memperolehi majoriti dalam PRU mencalonkan lebih daripada seorang nama tidak boleh digunakan sebagai hujah untuk melegitimasikannya," kata Kamarul. - mk




  
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
Image
Image


Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...