Friday, 5 April 2019

Najib Dedah Bukti Beliau Bukan Penyamun

Najib Dedah Bukti Beliau Bukan Penyamun. Bekas perdana menteri Najib Razak memaklumkan jumlah rizab tunai Petronas yang ditinggalkan pentadbirannya bagi menjawab pihak yang menuduhnya perompak.

"Kalau saya perompak (macam) mana duit tunai Petronas tinggal RM174 bilion," katanya pada majlis ceramah di Sendayan, Negeri Sembilan malam tadi.

Najib Dedah Bukti Beliau Bukan Penyamun. Najib kini menghadapi 42 pertuduhan jenayah termasuk pengubahan wang haram, jenayah pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa.

Perbicaraan ke atas tujuh pertuduhan yang membabitkan SRC International, telah bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu lalu.

Najib tidak bercakap mengenai perbicaraannya pada ceramah malam tadi, yang dihadiri kira-kira 250 orang.

Ucapan bekas presiden Umno, yang merupakan sebahagian kempen BN untuk PRK Rantau, sebaliknya memberi tumpuan mengkritik kerajaan PH termasuk mendakwa mengambil RM82 bilion daripada Petronas.

Najib Dedah Bukti Beliau Bukan Penyamun


Petronas akan mengeluarkan dividen khas sebanyak RM30 bilion pada 2019 sebagai tambahan kepada dividen tahunan yang dibayar kepada kerajaan. Ini bertujuan untuk meringankan beban kerajaan membayar balik RM37 bilion dalam pembayaran balik GST.

Najib berkata tahun lepas beliau hanya mengambil "RM17 bilion" saja dalam dividen (sebenarnya RM19 bilion) daripada Petronas.

Jack Ma lari

Beliau berkata ini kerana beliau mahukan syarikat minyak negara melabur wangnya untuk penerokaan carigali telaga minyak baru.

Sementara itu, Najib juga mendakwa bos Alibaba, Jack Ma telah hilang keyakinannya terhadap Malaysia.

"Sekarang Jack Ma dah 'lari tengah malam'. Dia tak mahu dia kata.

"Dia kata kerajaan Malaysia tak boleh percaya," kata Najib.

Najib Dedah Bukti Beliau Bukan Penyamun


Bagaimanapun, dakwaan ini kelihatan berdasarkan hantaran blogger Raja Petra Kamaruddin yang berkata Ma tidak gembira kerana kerajaan PH mungkir janji.

Raja Petra telah menarik balik keluar artikel itu selepas ALibaba menghantar surat guaman mendakwa dia berbohong dan memfitnah Ma.

Najib juga menggesa pengundi Rantau memilih calon BN Mohamad Hasan berbanding calon PH Dr S Streram.

"Antara Streram dengan Mat Hasan siapa lebih elok, Mat Hasan lebih elok, elok keseluruhanya.

"Pandai siapa lagi pandai Streram doktor cucuk bagi orang tidur, jadi semua orang tidur nanti," jelasnya.

Menurut Najib, Mohamad berpengalaman luas mentadbir negeri sebagai menteri besar selain latar belakangnya dalam bidang korporat.

"Jadi kalau tak sokong dia, bodoh lah," kata Najib lagi.

Kemudian, beliau segera meminta maaf berkata itu cuma sekadar cara penyampaian sahaja tetapi maksudnya pengundi tidak patut menolak pemimpin sebaik pemangku presiden Umno itu.

Mohamad tidak hadir ceramah Najib.

Najib Dedah Bukti Beliau Bukan Penyamun.  Terdahulu sebelum majlis ceramah, kedua-dua pemimpin Umno itu solat Isya berjemaah di sebuah surau di Sendayan. - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image


Image
Image
Image





1 comment:

  1. Mungkin yang mendengar ceramah Najib (kurang cerdik)....tu sebab pentingnya belajar tinggi...ijazah...master atau PhD.....supaya akal boleh di bentuk untuk berfikir....dan fikiran boleh di bentuk ke arah kemahiran berfikir aras tinggi.....maknanya segala kenyataan mampu di analisa dan di buat kesimpulan...bukan main ikut sahaja......Najib tak boleh menyamun duit Petronas sebab kedudukan kewangan petronas dah macam tu.....sukar utk di tipu....so najib guna kaedah lain sebagaimana yg berlaku pada 1MDB.....mudah jer kan nak faham...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...