Sunday, 21 April 2019

Kesilapan Besar Pasukan Mencari MH370

Kesilapan Besar Pasukan Mencari MH370. Penyelidik berkata mengabaikan “arus Stokes” atau aliran arus lautan boleh mengakibatkan kesilapan besar dalam operasi mencari kapal terbang yang hilang, seperti yang berlaku dalam kes penerbangan M370 Penerbangan Malaysia (MAS).

Kajian oleh sekumpulan penyelidik menyebut bahawa pasukan yang berusaha mengesan lokasi terakhir pesawat MH370 mungkin mencari di tempat yang salah, lapor akhbar Britain, Mirror.

Kesilapan Besar Pasukan Mencari MH370Saintis British, Jerman dan Peranchis berkata, selain arus permukaan lautan dan angin, aliran arus Stokes juga amat penting bagi menentukan bagaimana serpihan daripada pesawat tersebut hanyut sebelum tiba di daratan.

“Dalam mana-mana kajian mengenai aliran arus permukaan, aliran arus Stokes perlu diambil kira bagi mendapatkan keputusan pencarian lebih tepat,” laporan itu memetik ketua penyelidik, Jonathan Durgadoo.

Ia berkata, berikutan kegagalan operasi mencari pesawat MH370, sekumpulan penyelidik daripada pelbagai latar belakang bidang meneruskan kajian mereka mensimulasi aliran hanyut sampah lautan.

Matlamatnya ialah untuk merangka strategi aplikasi kuasi masa sebenar pada masa depan ke atas aliran hanyut objek atau organisme di lautan, katanya.

“Mereka menekankan kepentingan mengambil kira ombak permukaan dalam pengiraan, penggunaan teknik simulasi terbaru dan statistik serta sama ada penggunaan lebih banyak bilangan serpihan akan menghasilkan keputusan lebih tepat atau sebaliknya.

Kesilapan Besar Pasukan Mencari MH370


“Kumpulan penyelidik tersebut menaksir perbezaan dalam penggunaan kaedah jejakan masa ke depan dan ke belakang.

“Laluan sesuatu objek boleh dijejak ke belakang atau boleh dijangka,” kata laporan itu lagi.

Ia memetik Durgadoo yang berkata, pendekatan penjejakan yang berlainan menawarkan metodologi lebih berkesan dan membolehkan ketidakpastian turut dinilai.

“Ia boleh diminimumkan dengan mensimulasi bilangan objek visual yang mencukupi,” katanya.

Penerbangan MH370, dengan 239 penumpang dan anak kapal, hilang dalam perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Walaupun lokasi tepat Boeing 777 itu belum diketahui, namun penyelidik berharap model baru mereka yang mengambil kira aliran arus lautan akan membantu operasi mencari pada masa depan.


Kesilapan Besar Pasukan Mencari MH370


“Eksesais anggaran aliran hanyut permukaan serpihan MH370 telah meningkatkan tahap kesediaan untuk penggunaan pada masa depan,” kata Durgadoo seperti dipetik akhbar Mirror.

Kajian terbaru itu diterbitkan dalam Journal Operational Oceanography.




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image


Image
Image
Image





2 comments:

  1. Pihak itu tuduh pihak ini dan sebaliknya. MH370 tak jumpa2 jg. Asyik dok tuduh pilot tanpa bukti. Bullshit semua

    ReplyDelete
  2. Yang pasti Malaysia habiskan wang jutaan untuk mencari... benda yang hilang itu...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...