Wednesday, 24 April 2019

Disebalik Tabir Kisah Exco Johor

Disebalik Tabir Kisah Exco Johor. Kelmarin berlangsung majlis mengangkat sumpah 10 exco Johor di depan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Seperti dijangkakan, 2 exco di bawah kepimpinan Osman Sapian, iaitu Adun Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dan Adun Skudai, Tan Hong Pin digugurkan daripada senarai barisan exco di bawah kepimpinan Menteri Besar Johor baru, Dr Sahruddin Jamal.

Disebalik Tabir Kisah Exco Johor. Manakala 3 muka baru yang dibawa masuk Sahruddin ialah Adun Tenang, Mohd Solihan Badri, Adun Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi dan Adun Jementah, Tan Chen Choon.

Ingatkan selepas menteri besar dan exco Johor mengangkat sumpah, segala kemelut dalam kerajaan Johor akan berakhir. Tetapi rupanya tidak, masih ada bunyi kurang menyenangkan yang boleh menimbulkan salah faham dan bermasam muka di kemudian hari.

Bunyi ini datang daripada “team” Pakatan Harapan sendiri. Mereka sendiri mendakwa bukan “team” Pengerusi PH Johor, Muhyiddin Yassin.

Mazlan mengakui salah satu punca beliau digugurkan daripada barisan exco ialah dirinya bukan “team” Muhyiddin. Kerana itu, Mazlan terpaksa akur dan reda dengan keputusan Sahruddin selaku menteri besar baru.

Disebalik Tabir Kisah Exco Johor


Kemudian, selepas diumumkan 3 muka baru exco, kecoh pula tentang Exco Agama, Tosrin yang dikatakan hanya tamat pelajaran darjah 6. Malah, tanpa segan silu, Tosrin mengakuinya selepas wartawan bertanyakan kelayakannya.

Apa yang mengejutkan, cerita ini didakwa disebarkan geng PPBM sendiri. Jika benar, apa sebenarnya motif mereka menyebarkan berita ini?

Dan persoalannya, adakah mereka yang menyebarkan khabar angin ini adalah individu di luar “team” Muhyiddin? Atau lebih tepat lagi sebagai tanda protes kerana “team” mereka tidak dipilih?

Disebalik Tabir Kisah Exco Johor. Masalah paling besar ialah adakah PH ketandusan wakil rakyat yang lebih layak menyertai barisan exco sehingga terpaksa melantik Tosrin? - fmt



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image



Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...