Friday, 12 April 2019

Berita Menguntungkan Rakyat Malaysia

Berita Menguntungkan Rakyat Malaysia. Projek Rangkaian Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan dengan kos yang lebih rendah, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kos projek itu dikurangkan selepas Putrajaya dan Beijing melakukan rundingan selama beberapa bulan.

Kata PMO kos pembinaan bagi fasa satu dan dua ECRL dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion menjadi RM44 bilion.

Berita Menguntungkan Rakyat Malaysia. Kos asal untuk projek tersebut ialah sebanyak RM65.5 bilion.

"Pengurangan ini pasti memberi manfaat kepada Malaysia dan meringankan beban kewangan negara," kata kenyataan dikeluarkan itu.

Dalam kenyataan itu PMO berkata kerajaan Malaysia mengalu-alukan pemeteraian Perjanjian Tambahan (SA) di antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Co Ltd (CCCC) uang akan membuka jalan kepada penerusan projek ECRL.

"Butiran lanjut mengenai perjanjian yang diperbaiki itu akan dimaklumkan pada sidang media Isnin ini," kata PMO.

Berita Menguntungkan Rakyat Malaysia


Untuk rekod bekas menteri kewangan Daim Zainuddin berada di Beijing hari ini dan bertindak mengetuai rundingan bagi pihak Putrajaya.

Kunjungan beliau ke bandar raya itu dibuat menjelang kedatangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad China hujung bulan ini.

Projek ECRL asalnya digerakkan Najib Razak yang ketika itu menjadi perdana menteri. Upacara pecah tanah untuk projek berkenaan dilakukan pada Ogos 2017.


ECRL akan menghubungkan Port Klang ke Kelantan dan mengikut rancangan asal landasan itu mengunjur sehingga 688km.

Berita Menguntungkan Rakyat Malaysia. Selepas PH membantuk kerajaan pada Mei tahun lalu, pelaksanaan projek ECRL dikaji semula selepas mendapati kos pembinaannya terlalu tinggi. - mk


  
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
Image
Image


Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...