Tuesday, 2 April 2019

Berita Mengejutkan Dari SPRM

Berita Mengejutkan Dari SPRM. Seorang pegawai kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub ditahan reman selama empat hari selepas didakwa menerima jam tangan mewah sebagai suapan daripada seorang pemaju.

Pembantu berusia 47 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berita Mengejutkan Dari SPRM. Perintah tahanan reman itu akan berakhir pada 5 April.

Malam tadi, Salahuddin memberi jaminan tidak akan campur tangan dalam siasatan kes itu.

"Saya berpegang teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang dan saya yakin dan percaya SPRM akan menyiasat kes ini dengan adil dan bebas," katanya.


Berita Mengejutkan Dari SPRM


Terdahulu, dilaporkan SPRM menahan suspek selepas siasatan awal mendapati jam tangan berharga RM28,000 itu diberikan sebagai dorongan dari pemaju untuk mendapatkan projek di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.

Suspek ditahan kira-kira jam 5 petang semalam ketika hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk disoal siasat.

Berita Mengejutkan Dari SPRM


Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama, yang memperuntukkan sehingga 20 tahun penjara dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan. - mk



Berminat beriklan di web Addin? Jika berminat sila send ke 


Iklan
Image


Image

Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...