Tuesday, 23 April 2019

Berita Gempar Inkues Kes Adib

Berita Gempar Inkues Kes Adib. Polis mengesahkan menerima laporan polis pada Sabtu lepas daripada 2 doktor pakar Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur yang juga saksi inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Subang Jaya, pada 9.28 malam hari berkenaan.

Berita Gempar Inkues Kes Adib. Menurut laporan portal Malaysia Gazette, laporan polis itu dipercayai berhubung kait ugutan serta cubaan mempengaruhi penilaian kedua-dua saksi pakar itu oleh seorang lagi saksi dalam kes berkenaan.

“Kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 189 Kanun Keseksaan iaitu Ugutan Bencana Kepada Seorang Penjawat Awam,” katanya dalam kenyataan.

Berita Gempar Inkues Kes Adib


Fadzil berkata tiada sebarang kenyataan lanjut akan dibuat memandangkan inkues sedang dijalankan.

Berita Gempar Inkues Kes Adib. Muhammad Adib yang juga anggota EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lalu di Institut Jantung Negara. - fmt


    


Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image



Image





2 comments:

  1. Majoriti saksi2 dari kalangan kafir yang dipanggil seolah2 MENIPU didalam kesaksian mereka. Harap ambil maklom!!! Keadilan terhadap keluarga mangsa yang dibunuh kejam perlu disegerakan.

    ReplyDelete
  2. cuma nak tau .. apakah peranan menteri PH dalam inkues ni ? apa peranan Madey ?, apa peranan Lim Guan Eng ? Gobind, Kulasegaran, mat sabu.. aduhai makin susah hidup rakyat (terutama orang melayu islam) dibawah pemerintahan PH ni... apa sebenarnya yang diorang cuba nak lakukan / sorokkan

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...