Sunday, 21 April 2019

Banyak Pulak Orang Tua Ni Bercakap

PAS mendakwa barisan kabinet PH tidak mampu menterjemah wawasan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad

Naib Presiden PAS, Moha Amar Nik Abdullah berkata demikian dengan mengakui pengerusi PH itu mempunyai wawasan dan cita-cita yang tinggi.

“Bagi saya selepas hampir setahun ini, kerajaan PH gagal. Mereka kecewakan ramai pengundi yang memberi kepercayaan dan menaruh harapan tinggi sehingga menukar kerajaan.

“Dr Mahathir ada wawasan dan cita-cita tetapi wawasannya itu tidak mampu diterjemahkan oleh barisan Kabinet. Hampir separuh barisan Kabinet PH dilihat gagal,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Mohd Amar dilapor berkata demikian pada ceramah Perpaduan Ummah di Markas PAS Sanglang, Arau, Perlis, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata kerajaan PH tidak mempunyai idea apabila hanya bertindak menjenamakan semula idea-idea atau projek kerajaan BN sebelum ini.

Menurut Mohd Amar, tindakan itu hanya seperti ‘menukar baju tetapi badan sama’ yang langsung tidak memberi sebarang kesan atau makna.

“Kalau mereka (PH) lihat Permata Negara (Permata) tidak bagus, buatlah produk atau ketengahkan idea baharu yang lebih baik, bukan tukar nama semata-mata,” katanya. - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image


Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...