Monday, 29 April 2019

Antara Sebab Umno Bakal Diharamkan?

Antara Sebab Umno Bakal Diharamkan? Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Najib Razak untuk mengketepikan semua tujuh pertuduhan salah guna jawatan, pecah amanah dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta membabitkan dana SRC International.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menolak permohonan bekas perdana menteri itu berkata Najib tidak dikelirukan atau prejudis dengan cara tuduhan itu disediakan.

Antara Sebab Umno Bakal Diharamkan? Malah, katanya pasukan pembelaan juga telah dibekalkan dengan dokumen yang berkaitan.

"Setakat ini sembilan hari berlalu dengan 21 saksi memberi keterangan, dengan soal balas yang ekstensif, dengan permohonan untuk dokumen daripada saksi dan dibenarkan mahkamah.

“(Oleh itu) sukar untuk menerima bahawa pembelaan (tertuduh) dikelirukan dengan dakwaan-dakwaan tersebut," kata hakim.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan perbicaraan hari ke-10 hari ini diteruskan dengan memanggil dan menyambung mendengar keterangan saksi pendakwaan ke-21, Pengurus AmBank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi.

Antara Sebab Umno Bakal Diharamkan? 

Dalam permohonan notis usul yang difailkan pada 3 April lalu, Najib memohon supaya tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadapnya itu, digantung atau dibatalkan.

Beliau mengemukakan alasan bahawa pertuduhan berkenaan adalah cacat selain ia adalah satu proses penyalahgunaan mahkamah. 

Antara Sebab Umno Bakal Diharamkan?  Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta. - mk






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image



Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...