Tuesday, 26 March 2019

Tuan Guru Haji Hadi Kena Dedah Lagi..

Tuan Guru Haji Hadi Kena Dedah Lagi. Presiden PAS Abdul Hadi Awang perlu mengumumkan nama "pemimpin dalam PH" yang berkata Amanah alat kepada DAP, gesa Salahuddin Ayub.

"Saya ambil tanggungjawab terhadap isu ini dan tidak mahu ia berterusan PAS berbohong kepada rakyat. "Haji Hadi siapakah pemimpin Amanah itu?

Tuan Guru Haji Hadi Kena Dedah Lagi. "Saya harap dapat dilakukan segera untuk elak fitnah dan nama tidak baik kepada PAS," kata Salahuddin yang juga timbalan presiden Amanah kepada pemberita di luar Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata MP Marang perlu bersedia untuk membuktikan dakwaannya apatah lagi Hadi cukup berani membuat kenyataan itu.

Sekiranya Hadi dapat membuktikan tuduhannya, maka kata Salahuddin, beliau dan partinya akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengesahkan kebenaran hal itu.

"Kalau betul? Saya mahu ia dibuktikan terlebih dahulu, siapa nama pemimpin itu? Saya dan parti akan ambil langkah-langkah tertentu termasuk kaji atau lihat kebenaran kesahihah berita itu," katanya lagi.

Tuan Guru Haji Hadi Kena Dedah Lagi


Presiden PAS berkata semalam bahawa DAP tidak pernah berhenti berusaha mencari jalan mengekang pengaruh PAS kerana agenda parti itu adalah untuk menyekat kemaraan Islam di negara ini.

Kata Hadi lagi, Amanah sebenarnya diwujudkan semata-mata untuk menjadi alat kepada strategi DAP yang mahu menyekat pengaruh dan peluang PAS pada PRU-14.

"(Memandangkan) PKR bukan parti Islam, lalu mereka berusaha menubuhkan Amanah. Bukan untuk mempertahankan atau memperjuangkan Islam tetapi alat DAP untuk hadang pengaruh PAS.

Tuan Guru Haji Hadi Kena Dedah Lagi


"Ini bukan saya kata. Pemimpin dalam PH sendiri kata tapi saya tak nak sebut siapa nama dia. 

"Pemimpin ini akui sendiri bahawa Amanah ini parti alat semata-mata," katanya dilaporkan ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Ketereh di Kelantan malam tadi. - mk




      
Iklan



Image

Image
Image
Image





3 comments:

  1. Org mcm hadi dan pas hadi bukan berjuang demi islam. Itu dia punya auta sj. Mrk berjuang utk jd menteri atau jawatan tinggi politik. Skrg peluang terbaik mrk bila bergabung dgn dumno. Meleleh air lior memikirkan jawatan yg bakal diperolehi!! Agama cuma alat semata2. Bohong hanya sunat.....

    ReplyDelete
  2. dedah la nama pemimpin pan yang jadi barua. berani ke ayoh pink tu. sembang deras depan walauncai boleh la. aritu kes pil kuda pun tak berani sebut nama.

    ReplyDelete
  3. Jawab ye hadi. Jgn malu2. Jgn jd PORN DONE. Kau tkenal dgn mulut celuPAS

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...