Wednesday, 20 March 2019

Tragedi Solat Jumaat Christchurch, Perkembangan Terkini Mangsa

Tragedi Solat Jumaat Christchurch, Perkembangan Terkini Mangsa . Keadaan 3 rakyat Malaysia yang dirawat di Hospital Christchurch selepas cedera dalam serangan masjid di negara itu Jumaat lalu, beransur pulih, kata seorang wakil kerajaan Pulau Pinang di New Zealand, hari ini.

Adun Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata, Rahimi Ahmad, 39, mampu menggerakkan jarinya.

Tragedi Solat Jumaat Christchurch, Perkembangan Terkini Mangsa. “Semasa saya melawat Rahimi, saya tidak nampak dia memakai alat bantuan penafasan lagi…ini satu perkembangan positif,” katanya melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau turut melawat Mohd Tarmizi Shuib, 46, dan Mohd Nazril Hisham Omar, 46, rakyat Malaysia yang tercedera dalam kejadian itu dan dirawat di hospital sama.

Katanya, ahli keluarga Tarmizi tiba di Christchurch hari ini untuk melihat keadaannya serta memberi sokongan moral kepada mangsa.

“Setakat ini, keadaan Tarmizi dan Nazril Hisham juga semakin baik…cuma kami tidak tahu berapa lama lagi mereka akan menerima rawatan di hospital ini.”

Tragedi Solat Jumaat Christchurch, Perkembangan Terkini Mangsa 


Azrul Mahathir dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berada di Christchurch sejak Sabtu lalu bagi mengiringi abang Rahimi, Rosdi, 42, dan ibunya Rokiah Mohammad, 65, melihat perkembangan mangsa tembakan itu.

Rahimi yang berasal dari Kampung Binjai, Bayan Lepas, Pulau Pinang bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang susu di Christchurch sejak 4 tahun lalu dan tinggal bersama isteri serta 2 anaknya di New Zealand.

Tragedi Solat Jumaat Christchurch, Perkembangan Terkini Mangsa. Sementara itu, anak kepada Tarmizi, Haziq, 17, belum ditemui selepas serangan itu yang dilaporkan meragut 50 nyawa. - fmt




Iklan



Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...