Monday, 18 March 2019

Tinjauan Awal Pengundi Sebelum PRK Rantau

Tinjauan Awal Pengundi Sebelum PRK Rantau. Hari penamaan calon untuk pilihan raya kecil (PRK) Rantau masih berbaki 12 hari, maka masih terlalu awal untuk menelaah kedudukan, apatah lagi keputusan, parti yang akan bertanding pada PRK tersebut.

Kecenderungan sokongan pengundi di DUN itu kemungkinan besar tidak sama seperti PRU ke-14, dengan prestasi Pakatan Harapan (PH) dan Mohamad Hasan yang kini memangku jawatan presiden Umno dijadikan pertimbangan.

Tinjauan Awal Pengundi Sebelum PRK Rantau.  Malaysiakini membuat tinjauan awal di kalangan pengundi Melayu di sekitar DUN itu, dan kedudukan Mohamad tampak kukuh di situ.

Bagi mereka, tiada istilah 'teragak-agak' untuk menyokong Mohamad - yang kemungkinan besar kekal sebagai calon - yang disifatkan mereka sebagai pemimpin yang mudah mesra dan sering menghulurkan bantuan ketika menjadi adun dan menteri besar.

Antaranya Rashidah Manan, 56, dan Mahnoyah Bador, 58, yang yakin Rantau akan kekal sebagai kubu Umno di Negeri Sembilan.

"Jika kita perlu apa-apa bantuan, Tok Mat lebih (banyak membantu). Dia juga tak ada dakwaan rasuah," kata Rashidah.

Mahnoyah pula berkata dia tidak akan melupakan bantuan yang diluluskan Mohamad apabila kawasannya dilanda ribut beberapa tahun lalu sehingga merosakkan banyak rumah.

"Tambahan pula dia memang baik, kalau kenduri anak kahwin, dia akan datang. Kebanyakan orang di sini (Taman Angsamas) memang orang dia.

Tinjauan Awal Pengundi Sebelum PRK Rantau


Bagaimanapun Rashidah berkata saingan dalam PRK nanti tetap sengit memandangkan PH juga memiliki penyokong yang ramai, dengan merujuk rakan sekerjnya sebagai contoh.

Begitu juga dengan Fazila Isa, 47, dan Adzhar Ismail, 64, yang menyifatkan diri sebagai "penyokong tegar BN". Adzhar juga membangkitkan sikap mesra Mohamad yang menyebabkan ramai berasa senang dengannya.

"Dia memang bagus dari dulu sampai sekarang. Ke mana pun dia pergi pasti bercampur (dengan penduduk). Dua kali anak saya kahwin, saya sediakan tempat macam meja (VVIP) untuk dia, tetapi dia pergi duduk bersama tetamu lain," katanya yang juga bendahari Umno cawangan Taman Kelab Tengku Mambau.

Fazila pula berkata dia tetap akan mengundi BN walau sesiapa sahaja yang bertanding kerana baginya undi adalah untuk parti, bukannya calon.

“Dulu saya mengundi di DUN Mambau. Di situ (calon) MCA, tak ada calon Melayu, tapi saya tetap undi BN. Sokongan tak akan beralih,” katanya lagi.

Hampir semua yang ditemui menyatakan sokongan kepada BN. Perkara itu tidak menghairankan jika mengambil kira kedudukan Rantau yang berada dalam kawasan Parlimen Rembau yang sejak 2008 dipegang pemimpin Umno Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun jumlah pengundi bukan Melayu - yang setakat ini kukuh menyokong PH - signifikan di DUN itu. Orang Melayu merangkumi 54 peratus daripada 20,472 pengundi, manakala Cina (19 peratus), India (27 peratus) dan lain kaum (satu peratus).

Pada PRU lalu, Mohamad menang tanpa bertanding apabila calon PH Dr S Streram dihalang masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak memiliki pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Susulan itu, Streram memfailkan petisyen pilihan raya pada Mei dan pada 16 Nov lalu Mahkamah Pilihan Raya Seremban mengisytiharkan kemenangan Mohamad sebagai tidak sah dan terbatal, dan mengarahkan pilihan raya diadakan semula.

Tinjauan Awal Pengundi Sebelum PRK Rantau


'Tok Mat baik tapi...'

Namun tinjauan Malaysiakini tetap menemui penyokong BN yang nampaknya mahu beralih arah pada PRK ini, antaranya Mohd Daud Semek, 53.

Dia menimbang untuk mengundi calon PH kerana menurutnya BN "tidak lagi boleh diharap".

Mengakui populariti Mohamad di kalangan pengundi, dia berkata beberapa dakwaan skandal yang dikaitkan dengan Mohamad akan menyebabkan sebahagian penyokong BN mengundi PH.

Dia antara lain membangkitkan isu pampasan tanah kepada penduduk Felda Sendayan di DUN itu yang didakwanya terlalu rendah, pada masa sama pemaju menjual hartanah yang dibina atas tanah itu pada harga tinggi.

“Saudara-mara pakcik ramai di Sendayan, jadi orang di situ memang sudah tawar hati dengan BN.

“Pakcik memang dah lama di sini, memang orang percaya dengan BN dulu, tapi bila sudah terbongkar semua ini, Tok Mat berbaik-baik dengan rakyat tapi sebenarnya ada tak betul juga," katanya.

Pada masa sama ada juga penyokong PH yang mengambil pendekatan "tunggu dan lihat", seperti Anuar Ujang, 45.

Anuar berkata selepas beberapa bulan memerintah, PH seakan sama sahaja seperti BN.


“Dulu dengan sekarang, bagi saya sama sahaja. Saya tak dapat manfaat apa-apa. Misalnya kalau mohon bantuan, sekarang sama seperti dulu memang susah nak dapat.

“Saya tak tahu nak undi siapa lagi. Sampai tarikh mengundi, saya cakap, siapa tolong saya, saya undi dia," katanya lagi.

SPR menetapkan 30 Mac sebagai hari penamaan calon dan 13 April sebagai hari mengundi.

Tinjauan Awal Pengundi Sebelum PRK Rantau.  Setakat ini, Mohamad dan Streram sudah mengesahkan akan bertanding, manakala belum ada ura-ura tentang penyertaan parti lain atau calon bebas. -mk




Iklan
Image


Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...