Wednesday, 6 March 2019

Tamparan Buat PAS?

Tamparan Buat PAS? Norlella Md Akram yang merupakan isteri pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Rameli Musa berkongsi keluhan selepas suaminya kini berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Norlella mendakwa pihak yang sudah menerima pertolongan suaminya kini tidak lagi mempedulikan mereka, sekali pun bertanya khabar mahupun menyatakan simpati.

Tamparan Buat PAS? "Adakah ajaran Islam untuk membiarkan orang yang banyak menolong kita ditimpa kesusahan oleh kerana pertolongan itu dan tiada sebarang simpati mahupun bertanya khabar dari pihak yang ditolong?

"Kebenaran akan ditegakkan," katanya dalam kenyataan di Facebook, semalam.

Norlella turut menyertakan kenyataan itu dengan gambarnya menemani suaminya yang hadir menyerahkan dokumen di ibu pejabat SPRM di Putrajaya semalam.

Rameli dispekulasikan sebagai individu yang membayar RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown bagi pihak Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Tamparan Buat PAS? 


Clare mendakwa bayaran RM1.4 juta itu merupakan sebahagian persetujuan bagi penyelesaian luar mahkamah selepas Abdul Hadi menarik semula saman terhadapnya.

SPRM sebelum ini membekukan beberapa aset dan akaun bank dalam siasatan berhubung kes berkenaan.

Tamparan Buat PAS?  Kes saman Abdul Hadi terhadap Clare sebelum ini adalah berhubung laporan Sarawak Report yang mendakwa pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada Umno. -mk





Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



17 comments:

  1. elok ditampar saja hadi ni. memalukan aku sebagai org kuat pas

    ReplyDelete
  2. Anwar pun Islam. Rameli pun islam. Rameli tolong siapa sebenarnya. TGHH pun islam. Lainlah kalau anwar bukan islam, bolehlah org islam itu tertuju kpd TGHH. So isteri Rameli kena beri fakta yg jelas.

    ReplyDelete
  3. Nafsu material melebihi iman inilah jadinyer ... Pas Pas, jangan pakai lebai dahhhh... terang-terang parti penipu dan pengkhianat.

    ReplyDelete
  4. Rba alan you pun tak tahu sapa terlibat jadi bersama perpaduan umah demi islam dan bangsa melayu.

    ReplyDelete
  5. Melepaskan anjing tersepit. Mendokong biawak hidup. Itulah perumpamaan yang menimpa Rameli musa. Mudah2an Allah membuka hati mereka2 yang dalam kegelapan itu.

    ReplyDelete
  6. Jadi kesimpulannya, adakah kamu semua masih mahu berbaik dengan parti ehem ehem tu? Bukan sahaja kuat berbohong, tapi macam kacang lupakan kulit. Ini contoh pemimpin Islamkah?

    ReplyDelete
  7. Ahlak buruk benor! Ini bukan akhlak ulamak.

    ReplyDelete
  8. Mungkinkah parti dap tu beriman. Dgn Allah pun kufur. Satu tuduhan berat bila bukti tiada. Yg berkawan dengan dap jelas akhlaknya sangat buruk. Tak guna nama islam tp telan bulat2 berita tanpa fakta. Anwar pun sanggup tikam kawan baik yg sama2 belajar kat mckk.

    ReplyDelete
  9. Anwar lg kuat bohong. Dah kena penjara liwat pun masih nak berbohong. Yelah, anwar bukan ulamak, tu sebab boleh berbohong. Yg ni jelas berbohong,tp org ph tak kisah pun. Dasar duniawi.

    ReplyDelete
  10. Mabuk nak jadi pm. Bohong sana, bohong sini. Macam ni punya sikap, bior mahathir jadi pm. Nanti bila dap bantu anwar, anwar pun terhutang budi dan ikut telunjuk dap. Sekarang pun melayu dah kena sekeh ngan dap, cukuplah sekali. Anwar tak perlu kemaruk nak jadi pm. Bagi org lain yg leihbaik.

    ReplyDelete
  11. Ngapa presiden pkr sanggup sanggap kawan sekolahnya. Sebagai seorg islam, tidak layak guna ihsan kawan utk dijadikan batu loncatan agar cita2 jadi pm tercapai.
    Kalau bersanding dgn parti lain pilihlah yg islam. Tp tidak, bersanding dgn parti kafir dap, muallaf pun tidak.
    Manifesto utk kencing rakyat. Bertaubatlah dari terus mengencing hancing.

    ReplyDelete
  12. Bersungguh sangat menegakkan fitnah sepertilah hidup menongkat langit tak mati.Fitnah seperti tiada dosa.Demi untuk redha DAP maka gunalah semua kemudahan yang ada untuk tambah akaun dosa menerusi fitnah.Tapi kita tak percaya Anuwar Ibrahim peliwat.Siapa berbohong sebenarnya.Anuwar atau Tun

    ReplyDelete
  13. Clare mengetahui dakwaan itu satu pembohongan dan mereka tahu pembayaran itu tidak membabitkan kes saman terhadap Abdul Hadi sebaliknya wang itu adalah pembayaran lain daripada Rameli menerusi peguamnya untuk mengelak Clare membayar cukai.

    ReplyDelete
  14. Raggae Jessy berkata, laporan itu dibuat terhadap Pengerusi Baru Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Datuk Rameli Musa, Peguam Rewcastle-Brown, Americk Singh Sidhu, Pengurus Maybank Jalan Tun Razak dan Bank Negara.

    Katanya, kesemua individu itu dikatakan mengetahui transaksi kewangan RM1.4 juta yang didakwa dibayar oleh Abdul Hadi sedangkan sebenarnya penyelesaian kes antara mereka tidak membabitkan sebarang kos.

    ReplyDelete
  15. Inilah masalah utama politik negara nak nak berterus terang dan bercakap benar, bertujuan untuk mggalakkan rakyat mmbuat pelbagai persepsi sendiri, isterinya jenis yg tolol bukannya nk berterus terang tp bertujuan yg sama untuk mnimbulkan persepsi, kalau dah yakin cakap terus terang, nmpk sgt sang isteri telah dijadikan alat politik

    ReplyDelete
  16. Berita mengembirakan....
    Anwar cuba fitnah pas isu bayaran 1.4 juta kpd rewcastle brown. Ya,,rewcastle brown pun mengaku sudah dapat duit tersebut. Ia di sahkan oleh peguam dia yg bernama americk sidhu ( bangsa apa tak tau , hindu kut ). Isunya sekarang, check yg digunakan itu atas nama rameli sari,,ia didedahkan oleh rafizi raja fitnah pkr tu. Utk mengelirukan penyokong pas dan umno, rafizi kata rameli ni kawan baik hj hadi. Hasil siasatan netizen, rameli ini kwn baik anwar dan rakan kongsi bisness salah seorang anak tun.
    Okay,,isunya sekarang, bukan hj hadi yg bayar , tp si rameli tu yg bayar . Kedua, ia dibayar tanpa pengetahuan pas dan bukan mengikut kaedah penyelesaian luar mahlamah. Tak perlu kpd apa2 bayaran. Jadi, siapa yg suruh bayar, dan apa matlamatnya?
    He he. Anwar akan kantoi, ketika di soal oleh sprm kelmarin, buku cek rameli di rampas sprm , dan sprm dapati banyak bayaran telah diberi kpd banyak ahli politik utk kegunaan semasa pru lps, termasuk pkr sendiri. Perlu diingatkan jika mp belanja lebih drpd rm200k, dia adalah menyalahi undang2 spr dan keputusan boleh dibatalkan dan perlu prk.....he he...saya rasa,,pkr yg banyak sapu duit si rameli ni dan ppbm.

    ReplyDelete
  17. Aku cukup pelik dlm kes ini. Katanya TGHH yg buat bayaran, tapi ngapa TGHH tak dipanggil oleh sprm.

    Betui ke budak2 PH tu cerdik. Macam tolol jer. Setiap kali buka mulut, tak pernahnya betul. Agaknya mereka belajor tinggi2, tapi masih tak pandai2.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...