Thursday, 7 March 2019

Siapa Rameli Musa?

Siapa Rameli Musa? Sepatutnya pihak yang telah dibantu Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Rameli Musa perlulah tampil bertanya khabar beliau apabila bekas aktivis Abim itu berdepan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar.

Mahfuz yang juga bekas pemimpin PAS itu berkata beliau kesal apabila Rameli yang dispekulasikan sebagai individu yang membayar RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown bagi pihak Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak dipedulikan apabila ditimpa masalah.

Siapa Rameli Musa? "Sepatutnya bagi saya, ramailah orang bertanya khabar kepada beliau setelah beliau membantu PAS.

"Itulah orang panggil ujian kepada orang yang baik hati - bila seseorang itu menolong seseorang, dia tidak boleh mengharap orang (yang dibantu) berterima kasih kepada dia tapi orang yang ditolong seharusnya berterima kasih," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mahfuz diminta mengulas hantaran Facebook isteri Rameli, Norlella Md Akram yang tular di media sosial selepas suaminya berdepan siasatan SPRM.

Tak pasti duit siapa

Bagaimanapun, Malaysiakini telah dihubungi peguam yang mewakili Norlella yang mengatakan hantaran itu bersifat peribadi dan tidak bermaksud untuk siaran kepada orang ramai.

Siapa Rameli Musa?


Mahfuz berkata beliau percaya Rameli yang dikenali dengan sifat pemurahnya itu bertindak sedemikian atas niat baik untuk membantu PAS.

"Apa pun, proses siasatan itu tidak dapat dielakkan. Saya percaya jika benar apa yang dilakukan oleh Rameli, cek itu merupakan cek beliau dan pembayaran itu merupakan pembayaran yang dibuat oleh beliau.

"Saya tak pasti sama ada itu duit beliau atau itu duit pimpinan PAS tapi saya percaya bahawa semua itu dilakukan atas niat menolong PAS yang tersepit dalam keadaan seperti itu," katanya.

Clare sebelum ini mendakwa bayaran RM1.4 juta itu merupakan sebahagian persetujuan bagi penyelesaian luar mahkamah selepas Abdul Hadi menarik semula saman terhadapnya.

Siapa Rameli Musa? 


Kes saman Abdul Hadi terhadap Clare sebelum ini adalah berhubung laporan Sarawak Report yang mendakwa pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada Umno. - malaysiakini




Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



6 comments:

  1. Bila kepala dh bersifat tk pandai berterima kasih... apa nk diharapkan drp walaun-walauntit?
    Kita boleh tgok sikap kepala parti, dia je yg betul dan org semua salah. Apakah kita nak berharap drp mereka yg bersikap sedemikian

    ReplyDelete
    Replies
    1. laun dan launtit memang tk blh dipercayai.

      terima kasih pun tidak, apa nk harap mereka laung membela islam?

      ruu355 pun dh jadi bangkai hanyut diperalat walaun. dulu sapa tk sokong bermakna menentang islam jadi munafik. sekarang yg ketepikan 355 lah yg munafik.

      kesian org yg ikhlas dan percaya pd pas pejuang islam mcm rameli ni.

      takpe pun org pas kumpul ramai2 tunjuk sokongan pada rameli. lebih rela mereka menjilat hancing quinoa merayau2 di semenyih. mungkin nilai dedak jholow lebih besar dpd sumbangan rameli.

      kesilapan rameli satu saja… terlalu percaya puak serban dan jubah. ramai jg yg begitu. imej luaran mengelabui kewarasan mereka menilai. dan puak serban jubah yg dh mula bermata duitan exploitasi sepenuhnya imej mereka utk dunia. kawan cia pun takpe janji masyuuuk.

      rosaknya pejuang islam bila mereka mula berkiblatkan wang ringgit. setelah penyokong dungu dikhayalkan dgn pil kuda 'kita perjuang islam yg terancam oleh dap' dan umno pula dgn ganja 'kita perjuang melayu yg terancam oleh dap (jholow kami syg)' maka dibelakang mereka bebas hisap ganja quinoa.

      bila dh mabuk mulalah merapu kita nk Kawin tak nk Kawin nk couple je bukan Kawin dah sanding tp tk Kawin... eeehh betul2 mabuk quinoa 2 puak penipu tu.

      penyokong? takbiiiiirrrrr diselang seli dgn jeritan babi anjing munafik kepada pihak pemerintah PH.

      kesialan zombi jenis apakah semua ini?

      Delete
    2. Malaun ada isteri dia cakap yg dibantu pas

      Delete
  2. Mana dia walaun 'cerdik'? Mana dia no akaun palsu? Orang yg bayar dah ngaku!! Walaun tetap BODOH!!! Soalnya knp hadi sanggup bayar kafir clare sampai JUTA ringgit supaya settle case. Berapa ribu tin milo nak kutip duit sebanyak tu. Kesian cai pas
    Mula2 kes nik bduh tak mengaku. Akhirnya terpaksa mengaku BOHONG
    Kemudian kes sarawak report. Beritahu walaun kes dah menang. BOHONG. Akhirnya tarik balik kes
    Skrg kes bayar clare. Kata akaun palsu, nafi bayar. Akhirnya pembayar dah ngaku. Pas BOHONG lagi
    Knp Pas dan walaun asyik BOHONG? Pas pertahan islam? Ha ha ha .......

    ReplyDelete
  3. harap rameli jgn terlibat lagi lah dgn puak serban yg dh rosak ni. bala malapetaka sejak mereka ketagih quinoa.

    lebih baik dibantu umat2 islam yg sedang dizalimi seluruh dunia. umpamanya di Syria Iraq mynmar Kashmir dll.

    rameli terpaksa hulur dedak utk selamatkan puak yg dh makan dedak byk. walhal nilai itu kalau dijual 2 3 biji kereta mewah pas sudah blh bayar Claire.

    tapi sebb ada yg simpati dgn pas mcm rameli maka dia diperguna abis2an utk melayan huruhara perangai hadi dan pas.

    memalukan islam betul puak bertopeng membela islam ini.

    ReplyDelete
  4. Agak2 nya munafiq tu sapa? Mahfuz pun ada potensi. Guna air liur jer pun. Cuba berikan bukti kertas yg nyata. Tunjuk sekeping cek dengan beberapa bahagian ditutup,kemudian terus buat rumus bayar utk TGHH. Eloknya dihukum potong lidah jer mahfuz ni. Jahat lidah.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...