Wednesday, 20 March 2019

Rupanya Noh Omar Tidak Hadir Ke Parlimen Semalam

Rupanya Noh Omar Tidak Hadir Ke Parlimen Semalam. MP Tanjung Karang (BN) Noh Omar mengarahkan soalannya kepada Speaker Parlimen Singapura Tan Chuan Jin bagi meminta bantuannya apabila pemimpin Umno itu diberitahu telah digantung selama tiga hari kerana mengeluarkan kenyataan berbentuk penghinaan.

Sejurus selepas Noh Omar masuk ke Dewan Rakyat kira-kira 15 minit sebelum waktu rehat tengahari, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon mengumumkan delegasi dari Singapura yang diketuai Tan dan sembilan yang lain.

Rupanya Noh Omar Tidak Hadir Ke Parlimen Semalam. Rashid kemudian memaklumkan mengenai penggantungan Noh daripada menghadiri sesi Dewan Rakyat.

"Saya nak buat pengumuman bahawa YB Tanjung Karang sebenarnya telah diputuskan pada pagi tadi berdasarkan kepada speaker telah memerintahkan untuk MP Tanjung Karang tidak berada dalam dewan ini selama tiga hari, dari 19 ke 21 hb Mac," katanya.

Bagaimanapun, Noh mendakwa beliau tidak sedar mengenai perintah tersebut dan memperikaikan bagaimana ia boleh dibuat tanpa kehadirannya dan peluang untuk dirinya membuat penjelasan.

"Saya tak tahu... Ini semalam punya kes, hari ini baru buat keputusan. Ini satu1 tindakan yang memalukan dewan.

"Saya boleh terima hukuman tapi kena adil," katanya lagi.

Rupanya Noh Omar Tidak Hadir Ke Parlimen Semalam


Undang-undang rimba

Chang Lih Kang (PH-Tanjung Malim) kemudian memberitahu Noh supaya tidak berbuat sesuatu yang memalukan di hadapan tamu luar negara.

"Ada delegasi luar negara, jangan malukan," celahnya.

Susulan itu, Noh mengarahkan pertanyaannya kepada Tan dan berkata: "Saya nak tanya speaker dari Singapura, pernahkah speaker Singapura menggantung ahli tanpa kehadilan orang yang dituduh?"

Kenyataan Noh bersambut sokongan MP BN dan PAS.

Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa Dewan Rakyat mengamalkan "undang-undang rimba" (rule of the jungle) manakala Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengingatkan kejadian sama ketika Lim Kit Siang (PH-Iskandar Puteri) masuk ke dalam Dewan Rakyat meskipun telah digantung.

Rupanya Noh Omar Tidak Hadir Ke Parlimen Semalam


Selepas arahannya untuk mengeluarkan Noh dari Dewan Rakyat mencetuskan perbalahan dari kedua-dua pihak, Rashid mengalah.

"Saya benarkan (Noh) duduk sampai pukul satu," kata Rashid.

Ini mendorong Khoo Poay Tiong (PH - Kota Melaka) membantah: "Keputusan telah dibuat, mana boleh benar dia duduk dalam dewan."

Rupanya Noh Omar Tidak Hadir Ke Parlimen Semalam. Rashid melihat jam dan memadamkan mikrofon MP yang saling menjerit antara satu sama lain. -mk




Iklan



Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...