Saturday, 2 March 2019

Rafizi Ramli Bongkar Lagi

Rafizi Ramli Bongkar Lagi. Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengambil langkah menyiasat kenyataan bertentangan tentang dakwaan bayaran RM1.4 juta oleh PAS kepada Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.

Menerusi hantaran Facebook hari ini, Rafizi memperincikan bagaimana beliau 'menyelesaikan' pertikaian itu.

Beliau berkata nombor akaun Bank Islam sebanyak sepuluh angka yang dinyatakan dalam surat sulit yang diterbitkan Rewcastle-Brown pagi ini adalah sebahagian daripada nombor akaun 14 angka.

Rafizi Ramli Bongkar Lagi.  Menurutnya, beliau mengenal pasti keseluruhan nombor akaun dengan membuat perbandingan dengan nombor akaun di cek Bank Islam yang lain.

Selepas mendapat nombor akaun yang betul, beliau mendakwa berjaya memindahkan RM10 ke dalam akaun tersebut.

Rafizi turut menamakan pemilik akaun itu. Malaysiakini mendapati individu itu adalah pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Malaysiakini sedang cuba menghubungi individu itu, yang disifatkan sebagai kawan lama Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Hari ini Rewcastle-Brown mengesahkan Hadi membayarnya RM1.4 juta untuk menyelesaikan saman fitnah yang difailnya di London.

Rafizi Ramli Bongkar Lagi


Susulan itu, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hasan berkata akaun Bank Islam yang dikatakan digunakan untuk memindahkan wang itu adalah palsu.

"Ada kawan-kawan semak nombor akaun yang ditular itu dengan cuba transfer (memindahkan) duit RM5 dan RM1, ternyata akaun itu tidak wujud," katanya.

Bagaimanapun peguam Rewcastle-Brown, Americk Sidhu memberitahu Malaysiakini bahawa cek itu ditulis di depannya dan ia telah dijelaskan ke akaun editor Sarawak Report tersebut.

Hadi memfailkan saman terhadap Rewcastle-Brown berhubung artikel yang diterbitkan di Sarawak Report yang mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada Umno ketika dipimpin Najib Razak, sebagai pertukaran kepada sokongan parti itu ketika PRU lalu.

Awal bulan ini, kedua-dua pihak setuju untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

Rafizi Ramli Bongkar Lagi. Najib dan PAS berulang kali menafikan dakwaan berkenaan RM90 juta yang kini sedang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - malaysiakini




Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



2 comments:

  1. KIKI RAPIJI ALJUB BONGKAR LAGI
    BONGKAR LAGI TERKENGKANG JALAN
    BUKAK MULUT AJER MENIPU ITU PASTI
    PRK SEMENYIH BOLE KASI JALANNN..


    KIKIKIKI... ALJUB ASAL BUKAK MULUT AJER MESTI MENIPU..KIKIKI

    ReplyDelete
  2. Pizi terkenal sebagai budak suruhan Anwar, ada yang menggelar dia jambu Pak Sheikh.

    Apa dia kata selalu nya ada lah untuk kepentingan Pak Sheikh. Bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dengan Azmin aritu, dia kalah.

    Pak Sheikh mesti mengharapkan sokongan Pizi. Sebab popuklariti Azmin in PKR is on the rise. Pulak nya anak Pak Sheikh sendiri, si cantik molek Nurul Izzah, nampak macam tak soking bapak dia - aritu umumkan tak mahu terima jawatan Ketua PKR Penang yang bapak dia lantik.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...