Sunday, 3 March 2019

PRK Semenyih.. Suatu Peringatan Dari Rakyat

PRK Semenyih.. Suatu Peringatan Dari Rakyat. Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, satu mesej untuk bersama mendengar apakah isu-isu yang mesti dipertimbangkan dengan lebih mendalam, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah yang juga merupakan Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata justeru perlu diambil iktibar dalam apa yang ingin dilakukan sama ada dalam pilihan raya kecil atau besar.

PRK Semenyih.. Suatu Peringatan Dari Rakyat. “Kita ada sistem demokrasi, kita ada pilihan dan kami mahukan rakyat tahu kami cuba sedaya upaya untuk rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 Parlimen Port Dickson di PD Waterfront di Port Dickson, malam tadi.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai keputusan PRK Semenyih yang menyaksikan kemenangan BN apabila berjaya menawan semula kerusi DUN Semenyih selepas calonnya, Zakaria Hanafi memenangi persaingan empat penjuru pada PRK kawasan itu dengan memperoleh 19,780 iaitu majoriti 1,914 undi.

Zakaria menewaskan calon PH Muhammad Aiman Zainali, yang memperoleh 17,866 undi, Nik Aziz Afiq Abdul, 25, daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) (847 undi) dan calon bebas yang juga seorang aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng, 56, (725 undi).

Sementara itu, Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata keputusan PRK Semenyih memberi sedikit gambaran tentang perasaan rakyat terutamanya sentimen disuarakan masyarakat Melayu.


PRK Semenyih.. Suatu Peringatan Dari Rakyat


“Kami harus ambil kira tetapi kami harus teruskan tugas dengan baik dan saya yakin diberikan sedikit masa rakyat akan dapat faham mengapa kami ambil langkah-langkah yang sedang diambil dan keterbatasan kami dalam beberapa langkah pelaksanaan program.

Anwar juga berkata corak pengundi juga penting untuk parti itu telitikan.

Katanya dalam proses demokrasi, kami menghormati keputusan yang dibuat rakyat dan itu merupakan hak mereka.

“Sebagai kerajaan iaitu kerajaan negeri Selangor masih kukuh di bawah Menteri Besar Amirudin Shari dan kerajaan persekutuan di bawah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya juga berpendapat Malaysia harus kekal dengan semangat perlembagaan yang telah menjanjikan kedudukan Islam dan Melayu tetapi mesti tegas dalam memelihara keharmonian kaum dan PH harus mewakili sentimen dan keperluan aspirasi semua kaum,” katanya.

PRK Semenyih.. Suatu Peringatan Dari Rakyat


Terdahulu, Anwar yang juga merupakan Anggota Parlimen Port Dickson dalam ucapannya berkata kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir sedang berusaha membawa perubahan kepada rakyat bagaimanapun hasilnya tidak mungkin dapat dilihat hanya dalam tempoh beberapa bulan. - bernama





Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



2 comments:

  1. betul tu kerajaan ph perlu sensitif akan perasaan bangsa melayu sebagai kaum majoriti biar pun kerusi orang islam kurang berbanding bukan islam hak asasi bolih di perjuangkan tapi jangan sampai hak asasi kaum majoriti didisebtuh atau digabggu gugat sepatut kaum minoriti amst betterima kadeh kepada kaum majoriti kerana telah banyak bertolak ansur demikeamanan negara olih kerana isu agama amat sensitif kepada orabg islam harap pemimpin kaum menasihati supaya tidak buat sesuatu yang menghiris perasaan melayu .tentang janji pilihanraya ph tu semua kerajaan tidak pernah tunai janji seratus peratus dan babgsa melayu dah lali dengan janji pemerintah. nadih ada 4 th lagi kepada ph untuk menentukan layak disambung atau setakat itu sahajs

    ReplyDelete
  2. PH kalah sebab PAS sokong Umno. Bila keluar berita SPRM nak siasat hal RM90 juta Najib rasuahkan PAS, Hadi dll melulu mintak jumpa Chedet. Keluaq surat kata nak sokong Chedet. Tapi di Semenyih, sokong Umno. Maka kebetulan pula SPRM giat siasat pemimpin2 PASm rampas kereta mewah bagai.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...