Monday, 18 March 2019

Peguam Negara Dedah Helah Najib

Peguam Negara Dedah Helah Najib. Peguam Negara Tommy Thomas memberitahu Mahkamah Rayuan hari ini bahawa Najib Razak menggunakan pelbagai taktik untuk cuba menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya.

Dalam satu salinan penyerahan pendakwaan, Thomas berkata, ini dapat dilihat dalam rayuan bekas perdana menteri itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menarik balik sijil kebenaran untuk memindahkan kes itu dari mahkamah sesyen ke mahkamah tinggi.

Peguam Negara Dedah Helah Najib.  "Kedua-dua pihak setuju bahwa perkara itu harus dibicarakan di mahkamah tinggi. Tiada pertengkaran mengenai perkara ini.

"Namun, perayu cuba menimbulkan pelbagai isu untuk menangguhkan perbicaraan, pada setiap peringkat kes ini.

"Cabaran mereka terhadap kuasa pendakwa raya dalam rayuan ini tidak berasas dan kami berharap agar rayuan ini ditolak," katanya.

Peguam Negara Dedah Helah Najib


Termasuk rayuannya berhubung penarikan semula sijil pemindahan, rayuan lain Najib adalah supaya mahkamah rayuan membatalkan keputusan mahkamah tinggi berhubung permohonan interlokutori dalam tujuh pertuduhan jenayah yang berkaitan dengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Sementara itu, berhujah di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hakim Zabariah Mohd Yusof, Thomas berkata bahawa Najib tidak pernah dinafikan haknya untuk didengar berhubung penarikan balik pendakwaan terhadap sijil itu.

Peguam Negara Dedah Helah Najib


Beliau berkata, pada 7 Februari lalu di mahkamah tinggi, hakim membenarkan permohonan peguam Najib untuk berhenti selama setengah jam untuk menjawap permohonan yang dibangkitkan oleh Thomas. - mk



Iklan
Image


Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...