Wednesday, 27 March 2019

Najib Terkantoi Cuba Berlagak Suci

Najib Terkantoi Cuba Berlagak Suci. Perbahasan di Dewan Rakyat berjalan rancak apabila Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa berucap hari ini cuba memerangkap bekas perdana menteri mengenai penjualan Bangunan Malaysia di Hong Kong.

Dipercayai ini berkaitan dengan hantaran media Najib di media sosial mengenai cubaan Putrajaya menjual Malaysia Building di Wanchai, Hong Kong.

Najib Terkantoi Cuba Berlagak Suci. Najib turut memberitahu media semalam beliau prihatin terhadap perkara itu.

Sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih dan titah diraja hari ini, Lim mendakwa Najib cuba menjual bangunan pencakar langit setinggi 28 tingkat itu pada tempoh separuh pertama tahun 2018.

"Saya maklumkan pada (MP) Pekan (Najib Razak) keputusan dibuat untuk menjual bangunan konsulat di Hong Kong adalah dibuat bawah Pekan sendiri.

"Keputusan dibuat sendiri oleh beliau pada 9 Mei (2018)... tetapi keputusan itu menetapkan harga pada RM1.1 bilion secara rundingan terus," kata Lim kepada Dewan Rakyat.

Bodoh dan tender terbuka

Pada ketika itu, masih terdapat kekecohan di Dewan Rakyat kerana perbalahan terdahulu dengan MP berbalas-balas jeritan mengenai skandal 1MDB dan hutang negara, yang terpapar jelas semasa Lim berucap.

Najib Terkantoi Cuba Berlagak Suci


Lim bukan sahaja membenarkan anggota parlimen mencelah ucapannya tetapi menawarkan Najib (BN-Pekan) untuk menjelaskan mengapa pentadbirannya cuba menjual Malaysia Building.

"Jangan cuba memutar fakta ini kerana ini adalah keputusan anda sendiri. PH membatalkan penjualan ini, yang diputuskan melalui rundingan terus dan (PH) akan melakukannya (penjualan semula) melalui tender terbuka.

"Saya sanggup memberikan Pekan peluang untuk menjawab," kata Lim.

Bagaimanapun, Najib membidas kembali: "Adakah projek terowong bawah tanah Pulau Pinang dibuat melalui tender terbuka? Jelaskan mengenai terowong terlebih dahulu."

Lim cuba menggesa Najib sekali lagi menjelaskan mengenai bangunan di Hong Kong itu tetapi bekas menteri kewangan terus bercakap tentang Pulau Pinang.

Pada saat ini, MP pembangkang ikut bersorak: "Terowong! Terowong!"

Apabila Timbalan Speaker Nga Kor Ming dapat meredakan kekecohan, Chow Kon Yeow (PH-Tanjong) mencelah ucapan Lim dengan soalan yang dimulakan secara tidak sengaja.

Najib Terkantoi Cuba Berlagak Suci


"Adakah menteri kewangan setuju mereka yang mendakwa bahawa (projek) terowong dilakukan tanpa tender terbuka adalah bodoh?" Soal Chow yang biasanya dilihat lemah lembut.

Ini sekali lagi membawa kepada satu lagi pusingan MP pembangkang mendesak Chow menarik balik kenyataannya.

Nga memutuskan permohonan maaf tidak diperlukan memandangkan Chow tidak merujuk sesiapa secara khusus.

Ketika keadaan kembali tenang, Chow bertanya sekiranya beliau bersetuju dengan soalannya tadi yang hanya dibalas Lim dengan senyuman sebelum meneruskan ucapannya.

Najib Terkantoi Cuba Berlagak Suci.  Kemudian, Shahidan Kassim (BN-Arau) berkata sesiapa yang tidak mengendalikan sidang Dewan Rakyat dengan adil adalah "bodoh." - mk



      
Iklan



Image

Image
Image
Image





2 comments:

  1. Jd simamat bekas speaker pandikar ni teramat bodoh la mengikut shahidan krn tak berlaku adil. By the way apa dah jd dgn kes raba tangan? Umrah pun dah buat. Bila kena masuk court terus MC. Knp takut bicara mcm pahlawan bugis jg. Cuma anwar yg berani. Pondan2 tua betul. Phuiii.... .

    ReplyDelete

  2. Pihak yang kantoi adalah Menteri Kewayangan Lim Guan Eng dalam isu Terowong. DS Najib Razak berkata Menteri Kewayangan Lim Guan Eng harus menjawab isu terowong dasar laut Pulau Pinang ketika diminta menjawab dakwaan pentadbirannya pernah cuba menjual Bangunan Malaysia di Hong Kong. Adalah mustahil keputusan menjual bangunan Konsulat tersebut pada 9 Mei 2018 kerana tarikh itu adalah PRU 14. Selepas tarikh itu kerajaan sudah bertukar dan Menteri Kewangan dipegang oleh Lim Guan Eng.

    “Hari ini, wartawan-wartawan meminta saya jawab tuduhan Guan Eng bahawa kerajaan BN yang mula-mula cuba jual bangunan di Hong Kong milik kerajaan walaupun ianya kerajaan PH yang telah memutuskan untuk menjualnya baru-baru ini, tegas Najib.

    “Saya beritahu wartawan bahawa saya tidak ada masalah untuk meminta bekas Menteri Luar Negara untuk menjawab isu ini.

    “Tetapi, saya minta wartawan untuk bertanya soalan yang sangat mudah ini kepada kerajaan PH terlebih dahulu – terutama dari pihak SPRM, pihak polis ataupun dari Kementerian Dalam Negeri.

    “Sebenarnya, wartawan tidak perlu tanya Guan Eng kerana dia tidak akan menjawab ataupun akan cuba berbohong lagi,” katanya.

    Tambah beliau BN dan PAS pernah tanya berulang-kali termasuk di dalam parlimen tanpa mendapat sebarang jawapan dari kerajaan PH.

    “Adakah kertas siasatan terperinci SPRM termasuk pengakuan pemilik syarikat konsesi Terowong Pulau Pinang yang telah dibocorkan beberapa minggu lalu dan telah disebar dengan meluas, sahih atau tidak?

    “Pihak SPRM telah membuat laporan polis ke atas isu ini tetapi apa yang tidak dijelaskan dan tidak dijawab oleh kerajaan PH ialah jika laporan polis ini untuk menyiasat berlakunya kebocoran kertas siasatan SPRM atau kertas siasatan itu adalah hasil pemalsuan.

    “Dokumen-dokumen yang didakwa kertas siasatan SPRM adalah sangat terperinci dan memperincikan pemberian rasuah serta pemberian kepentingan 10% dalam projek mega berbilion Ringgit tersebut yang melibatkan beberapa pemimpin kanan DAP.

    “Kertas siasatan itu juga termasuk kenyataan dan pengakuan dari pemilik syarikat konsesi terowong yang telah dirakamkan dalam format video oleh pihak SPRM.
    “Kerajaan PH juga perlu menjawab mengapa pejabat Peguam Negara (AGC) masih tidak mengambil sebarang tindakan walaupun sekurang-kurangnya 3 dari 6 kertas siasatan terhadap projek Terowong ini sudah di hantar kepada mereka sejak awal tahun lepas untuk tindakan lanjut seperti dijelaskan oleh kenyataan SPRM bertarikh 4 Mac 2019 lalu.

    “Ini soalan-soalan amat mudah untuk wartawan tanya dan kerajaan PH menjawab.
    “Kertas siasatan terbocor itu sahih atau tidak?

    “Apakah terkandung dalam laporan polis yang dibuat oleh SPRM tentang dokumen terowong terbocor pada awal bulan ini?

    “Mengapa masih belum dakwa atau tutup kes terowong walaupun kertas siasatan sudah di AGC selama 1 tahun?

    “Mana adil bahawa kita selalu perlu untuk jawab tapi PH sebagai kerajaan tak perlu untuk jawab?” katanya.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...