Thursday, 7 March 2019

Najib Mohon Tangguh Lagi

Najib Mohon Tangguh Lagi. Bekas perdana menteri Najib Razak memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menggugurkan Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes beliau melibatkan 1MDB.

Najib juga membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan sementara perbicaraan yang dijadualkan bermula 15 April hingga 3 Mei ini sementara menunggu rayuannya untuk menggugurkan Sri Ram, seorang peguam terkemuka dan juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, didengar.

Najib Mohon Tangguh Lagi.  Kedua-dua rayuan difailkan pada Jumaat lalu selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan terhadap permohonan Najib.

Dalam pengurusan kes berkenaan di sini hari ini, Pendaftar Mahkamah Rayuan Datuk Norsharidah Awang menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh seterusnya untuk pengurusan kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib yang mewakili pihak pendakwaan memberitahu pemberita mahkamah menetapkan tarikh lain untuk pengurusan kes itu disebabkan penghakiman serta rekod rayuan belum siap.

Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Syahirah Hanapiah yang mewakili Najib turut hadir pada pengurusan kes itu.

Najib Mohon Tangguh Lagi


Pada 1 Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan Najib selepas mendapati tiada bukti untuk menunjukkan Sri Ram akan berat sebelah selaku Timbalan Pendakwa Raya Kanan bagi kes itu.

Mengenai hujah pihak pembelaan bahawa Sri Ram mesti mengemukakan surat lantikan beliau sebagai pendakwa raya secara arahan, Collin berkata Najib tidak berhak untuk meminta surat itu.

Pada 20 Sept 2018, Najib didakwa dengan empat pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Najib Mohon Tangguh Lagi


Dia dituduh melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, No. 55, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon antara 2011 dan 2014. - bernama






Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



2 comments:

  1. Takut apanya bossku....

    ReplyDelete
  2. hello beiibbyyy ,,,,,,
    ni kita bocorin sdkt rahasia yaaaa,,,hmmm,, ap ya kira"? hehehe
    RAHASIANYA ,,,, ad promo loh di WWW.FANSBETTING..CO
    nah untuk itu bisa langsung add aj kontak kmi dan bertny" lebih lanjut untuk info PROMONYA ya
    >>>fansbetting<<<BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting
    kami ucapkan selamat siang dan selamat beraktifitas ya guyssssssss thankyouuuuu ^O^

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...