Wednesday, 27 March 2019

Maka Bermulalah Episod Baru Najib

Maka Bermulalah Episod Baru Najib. Kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak dijangka bermula tidak lama lagi.

Ini susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mendapati bahawa Mahkamah Rayuan yang mengeluarkan perintah membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan kes itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian.

Maka Bermulalah Episod Baru Najib. Ketua Hakim Negara, Richard Malanjum, yang mengetuai tujuh hakim, menyampaikan keputusan mereka selepas mendengar hujah dari peguam Najib, Harvinderjit Singh dan Peguam Negara, Tommy Thomas, yang mengetuai pasukan pendakwa.

"Kami sebulat suara (mendapati) bahawa dalam perintah penangguhan prosiding oleh Mahkamah Rayuan, kami berpendapat bahawa mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa," katanya.

Malanjum berkata Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mengketepikan keputusan Mahkamah Rayuan, dan menghantar kes itu semula ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Maka Bermulalah Episod Baru Najib


Pada 4 Julai 2018, Najib yang juga anggota Parlimen Pekan, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Maka Bermulalah Episod Baru Najib. Pada 8 Ogos 2018, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama dari dana serupa. - mk



      
Iklan



Image

Image
Image
Image





3 comments:

  1. DSN.....perbicaraan mahkamah dunia itu benar, ada peguam bela itu benar, ada peguamcara itu benar, hakim itu benar, hukuman penjara itu benar, dibebaskan juga benar....maka bila anda disoal oleh peguam2 berkatalah dgn benar , tiada yg benar melainkan benar belaka....buat sementara tinggalkanlah pujaan palsu dikalangan rakyat yg kononnya mempopularkan mu semula melalui malu apa bossku....tinggalkanlah selfi dgn pemujamu dan tinggalkanlah roadshow menemui rakyat marhain yg sewaktu dulu semasa anda jadi PM tak berkesempatan untuk dilakukan....semoga DSN berjaya dan kekal bebas mcm burung.....

    ReplyDelete
  2. Kena beli popcorn.. Panjang movie ni rasanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ... dan kena bekal kpd najib byk adult diapers, tak gitu ka lo(ba)kman

      Delete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...