Tuesday, 5 March 2019

Khabar Gembira Buat Rakyat Malaysia

Khabar Gembira Buat Rakyat Malaysia. Kerajaan sedang meneliti untuk memulakan rundingan dengan syarikat konsesi lebuh raya tertentu mengenai nilai pengambilalihan konsesi yang berkenaan.

Laporan The Edge hari ini memetik sumber-sumber yang tidak dinamakan, mendakwa cadangan ini akan melibatkan kerajaan mengambil alih lebuh raya untuk kegunaan awam. Bagaimanapun tidak jelas sama ada pampasan akan diberikan atau tidak kepada pemilik sedia ada.

Khabar Gembira Buat Rakyat Malaysia. "Secara global, pengambilalihan aset oleh kerajaan sering memberi kesan negatif terhadap pasaran modal," kata laporan itu.

The Edge memetik seorang penganalisis yang tidak dinamakan mengulas usaha kerajaan yang mengkaji untuk menamatkan perjanjian konsesi lebuh raya tanpa perlu membayar pampasan ganti rugi besar.

Belum jelas, teliti persoalan

Walau bagaimanapun, laporan itu menyatakan butiran mengenai cadangan berkenaan masih tidak jelas dan belum dapat diteliti persoalan mengenai cara bagaimana rancangan kerajaan melaksanakan pengambilalihan tersebut serta apakah kesannya kepada para pemegang saham dan pemegang bon konsesi lebuh raya.

Pihak yang terlibat termasuk syarikat berkaitan kerajaan, seperti Plus Malaysia Bhd yang dimiliki oleh Khazanah Nasional Bhd melalui unit milik penuhnya, UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata laporan itu lagi.

Khabar Gembira Buat Rakyat Malaysia


Memandangkan sejak pembinaan lebuh raya sebahagian besarnya dibiayai melalui hutang, maka pelabur institusi juga mungkin terjejas.

Laporan itu memetik RAM Ratings yang mengatakan 23 pengendali jalan tol telah mengeluarkan kertas hutang berjumlah RM52.83 bilion dalam bentuk bon serta sukuk pada Mei tahun lepas dan ini tidak termasuk stok pinjamannya (sekuriti yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat untuk pinjaman pelaburan).

"Bon ini sebahagian besarnya dipegang oleh pelabur institusi tempatan dan dana pencen yang berkaitan dengan kerajaan.

"Masih belum dapat dilihat lagi bagaimana kerajaan merancang untuk mengambil alih konsesi sedia ada kerana pembinaan kebanyakan lebuh raya sebahagian besar dibiayai oleh hutang serta jadual pembayaran balik dan kupon bagi bon ini biasanya berstruktur untuk menyesuaikan aliran tunai daripada hasil kutipan tol," katanya

Pemansuhan lebuh raya bertol secara berperingkat merupakan salah satu janji pilihan raya PH ketika PRU14.

Pada 23 Februari lalu, kerajaan mengumumkan sedang memulakan rundingan dengan Gamuda Bhd untuk mengambil alih empat konsesi lebuh raya dan sebagai ganti tol memperkenalkan caj kesesakan semasa waktu puncak.

Gamuda berkata cadangan ini akan dilakukan mengikut norma dan amalan penilaian pasaran.

Khabar Gembira Buat Rakyat Malaysia


Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata cadangan kerajaan untuk mengambil alih lebih banyak konsesi tol akan siap dalam masa dua hingga tiga bulan lagi dan ini dijangka bakal menjadi lebih rumit berbanding rundingan dengan Gamuda.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah memberi amaran bahawa rakyat akhirnya terpaksa membayar walaupun kerajaan berjaya melaksanakan janji untuk menghapuskan tol.


"Tetapi rakyat mesti faham, walaupun mereka tidak bayar tol, kerajaan tetap kena bayar tol dan kerajaan bayar tol daripada duit yang dikutip dari rakyat, akhirnya rakyat membayar (tol) melalui kerajaan.

“Kerajaan perlu beli lebuhraya melalui duit cukai yang dikutip daripada rakyat dan daripada itu jalan juga mesti diperbaiki sepanjang masa dan ia juga memerlukan perbelanjaan daripada kerajaan, tidak lagi oleh syarikat.

“Dan ini juga bermakna sebahagian cukai yang dikutip mestilah diguna untuk menyelenggara jalan.

Khabar Gembira Buat Rakyat Malaysia. “Ini bermakna kerajaan akan kekurangan wang untuk projek-projek lain yang diperlukan,” katanya pada 25 Februari lalu. - malaysiakini





Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



11 comments:


  1. Kerana pihak yang terlibat termasuk syarikat berkaitan kerajaan, seperti Plus Malaysia Bhd yang dimiliki oleh Khazanah Nasional Bhd melalui unit milik penuhnya, UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), maka tak susah lah menamatkan tempoh konsessi itu.

    Kerajaan perlu bayar RM1 sebagai syarat sahaja kpd Khazanah yang di punyai Kerajaan sepenuh nya. Mungkin lebih jumlah pampasan kpd KWSP sebab pencarum ada kepentingan disitu.

    Tetapi jumlah kpd UEM tak perlu melambung tinggi nya, perlu di runding "in the national interest".

    ReplyDelete
    Replies

    1. Jika UEM tidak berpetutan jumlah yang dikehendaki nya, Kerajaan tidak perlu memberi apa2 projek bagi nya.

      Sebenar nya, UEM tak perlu di bayar, tapi di beri "gantirugi" cara memberi depa suatu projek lain yang keuntungan nya setimpal.

      Delete
  2. Alaaaaa....minima kan je kutipan tol...semua tol caj seringgit udahhh...itu pun dah bertepuk tangan rakyat... Duit kutipan seringit itu utk kos baikpulih lebuhraya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Google lah, tanyalah pakar2 yang tahu berapa kos membina dan rawatan (maintenance) lebuhraya. Syarikat2 perunding kejuruteraan, contoh nya.

      Baru ler anda tahu harga RM1 itu mengarut.

      Delete
  3. Langkah pertama adalah untuk mendedahkan semua perjanjian tol lebuhraya. Dedahkan apa yang dirahsiakan oleh Kjaan BN dahulu. Tak perlu takut kepada kebenaran kerana kebenaran akan membuatkan rakyat faham akan kesemua isu yang dihadapi oleh Kjaan PH. Rakyat sebenarnya sangat bermurah hati. Jika Kjaan tak mampu untuk menghapuskan tol sepenuhnya tapi hanya mampu mengurangkan kadar tol sebanyak 50%, itupun rakyat boleh terima. Apa yang rakyat tak boleh terima adalah mungkir janji dan kenyataan bahawa manifesto pilihanraya bukan kitab suci.

    Jika keadaan ekonomi semakin baik, harga barang2 terkawal dan kos sara hidup rakyat dapat dikurangkan, segala tohmahan, adu domba perkauman dan agama yang difitnahkan oleh UMNO dan PAS tak akan laku. Isu PTPTN itu adalah contoh kebodohan menteri serta kegelojohan dalam membuat keputusan yang tak sepatutnya berlaku. Menteri2 PH mesti bertindak secara bijaksana dan mesti dibantu oleh orang2 cerdik bukannya pengampu2 dan penjilat2 yang tak berotak. Proses pemulihan negara bermula dengan menubuhkan satu pasukan yang cerdas, rajin serta patriotik bukannya dengan mengambil suku sakat penyamun yang dah mengaku bertobat dan berpura2 baik. Rakyat dan penyokong2 PH melihat bahawa kjaan PH tak kenal sapa lawan dan sapa kawan. Ini menyebabkan rakyat dan penyokong patah hati dengan PH yang berlembut dengan penyangak tetapi keras dan sombong kpd rakyat.

    Menteri2 yang jelas tak pandai buat kerja dan tak pandai mengambil peranan sebagai ahli pasukan wajib dibuang. Azmin dan zuraidah serta beberapa kerat lagi menteri yang tak menyerlah dan nampak lebih berpolitik dari menyelesaikan masalah rakyat, elok saja letak jawatan. Tun M mungkin diperlukan untuk menjayakan PH mendapat kuasa tetapi nampaknya dalam situasi hari ini, negara perlukan tokoh lain yang lebih lembut, rapat telinga kepada rakyat dan paling utama berpandangan jauh tetapi tidak tergesa2 untuk sampai ke destinasi, untuk menjadi PM. PH perlu tegas untuk menunaikan janjinya dan jika ianya memerlukan keputusan drastik seperti mengikat perut dan mengurangkan pendapatan dan perbelanjaan kjaan dalam penggal ini, ia mesti dilakukan. Tidak guna dan amat bodoh sekali jika Kjaan PH bersungguh2 menekan rakyat untuk memulihkan negara dalam penggal ini dan selepas penggal itu berakhir menyerahkan semula kerajaan yang sedang dipulihkan itu kepada gerombolan penyamun dan pak lebai Qarun yang menyokong mereka. Matlamat PH mestilah memulihkan negara tetapi janganlah kerana kegairahan untuk memulihkan negara dalam masa yang singkat, tampuk kerajaan terlepas dari tangan. Itu kerja bodoh namamya!

    Nick.
    cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanykan pernigaan besar-besaran melibatkan perjanjian yang dirahsiakan. Igu satu cara menarik pelabur.

      Di masa permulaan zaman mengadakan lebuhraya yang melibatkan Turn-Key projects i.e design, finance and construct melibatkan cadangan2 (proposals) yang bersaingan (competing) dan perjanjian dengan yang berjaya di rahsiakan.

      Sehingga sekarang masih menjadi tanda soal jika perjanjian itu patut di dedahkan.

      Delete
    2. Pencurian wang 1MDB dan perjanjian2 yang di buat 1MDB semuanya rahsia. Dibongkar bila kerajaan Najib dilingkupkan. Pun masih ada yang belum di dedah sepenuh nya.

      Delete
    3. Membuang menteri tak boleh dengan sewenang wenang nya ala Zimbabwe Presiden lama Robert Mugabe. Investors pun hilang kepercayaan kepada gomen yang bertindak sembrono.

      Namun memang perlu beberapa menteri bodoh di buang. Kena tunggu lepas setahun, kot. Atau di "mid-term" pemerintahan PH.

      Delete
  4. Berkata benar walau pahit.... itu sepatutnya polisi malaysia baru. bukan menggolok2 kan rakyat dengan polisi tak berfaedah... diskaun waktu puncak... caj kesesakkan... rakyat dah menderita puluhan tahun... sedikit air untuk rakyat yang kehausan pun susah hendak di hulurkan... puluhan billion lesap begitu sahaja pun pelakunya belum dihukum... simpatilah kepada pemilih yang memilih ph....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena gunakan otak kita lah sikit. Pembinaan tol bukan FOC. Pinjaman2 bank kena bayar. Bila dah bayar pun, ada perlu "maintenance, repair, penyelenggaraan". Mana boleh FOC semua. Sudah di kasi FOC bagi mereka yang susah, kerja shift dsb nya, patut appreciate lah.

      Ingat, Kerajaan sudah kehabisan wang. Di habiskan Najib. Termasuk yang di curi nya.

      Delete
  5. hello beiibbyyy ,,,,,,
    ni kita bocorin sdkt rahasia yaaaa,,,hmmm,, ap ya kira"? hehehe
    RAHASIANYA ,,,, ad promo loh di WWW.FANSBETTING..CO
    nah untuk itu bisa langsung add aj kontak kmi dan bertny" lebih lanjut untuk info PROMONYA ya
    >>>fansbetting<<<BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting
    kami ucapkan selamat siang dan selamat beraktifitas ya guyssssssss thankyouuuuu ^O^

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...