Thursday, 14 March 2019

Kerajaan Perpaduan Hanya Spekulasi Dakwa Pemimpin Umno

Kerajaan Perpaduan Hanya Spekulasi Dakwa Pemimpin Umno. Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin dan Naib Presiden PAS Idris Ahmad akan menjadi penyelaras bersama jawatankuasa teknikal bagi kerjasama antara kedua parti tersebut.

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa berkata lima wakil rakyat daripada PAS dan Umno masih lagi melakukan kajian serta cadangan berkaitan kerjasama itu akan diputuskan secara bersama.

Kerajaan Perpaduan Hanya Spekulasi Dakwa Pemimpin Umno.  “Kerjasama PAS dan Umno masih di peringkat awal, kita tubuh jawatankuasa teknikal kemudian kita lihat dari pelbagai kemungkinan bagaimana kita boleh laksanakan kerjasama,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.

Terdahulu beliau ditanya mengenai perkembangan hubungan antara PAS dan Umno.

'Kerajaan campuran hanya spekulasi'

Anggota Parlimen Ketereh itu turut berkata, isu-isu lain seperti kerajaan campuran hanyalah spekulasi memandangkan hubungan itu baru di peringkat penubuhan jawatankuasa.

Kerajaan Perpaduan Hanya Spekulasi Dakwa Pemimpin Umno


“Terlalu awal cakap soal (kerajaan campuran), kita tidak bincangkannya lagi tentang kerajaan campuran.

“Selain daripada itu isu-isu lain (penubuhan jawatankuasa) adalah spekulasi,” katanya.

Annuar turut menambah jawatankuasa itu tidak hanya memfokuskan isu kerjasama antara PAS Umno sebaliknya melihat untuk mengembangkan kerjasama dengan parti-parti bukan Melayu yang lain.

“Kita perlukan road map yang jelas yang dipersetujui kedua-dua parti dan tindakan selanjutnya adalah bukan hanya terhenti kepada kerjasama Umno dan PAS tetapi ke hadapan khususnya parti orang bukan Islam.

Kerajaan Perpaduan Hanya Spekulasi Dakwa Pemimpin Umno.  “Tidak boleh hanya satu kaum perlu bekerjasama dengan semua,” katanya. - mk



Iklan


Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...