Friday, 1 March 2019

Kejutan Di Pejabat SPRM

Kejutan Di Pejabat SPRM. Mursyidul Am PAS, Hasim Jasin dan bekas ahli parlimen Kuala Krai, Nasir Daud hari ini dipanggil bagi memberi keterangan membantu siasatan SPRM.

Menurut portal Berita Harian Online, mursyidul am PAS itu akan memberi keterangannya di pejabat SPRM Perlis, manakala Nasir pula di pejabat SPRM Kelantan.

Difahamkan siasatan itu berhubung dakwaan penerimaan RM90 juta dana berkaitan 1MDB yang diberi oleh Umno.

Kejutan Di Pejabat SPRM. Semalam, SPRM merampas beberapa kenderaan mewah, sebuah rumah kedai dan wang tunai serta membekukan beberapa akaun bank berhubung siasatan ke atas PAS.

Sumber memberitahu Malaysiakini, kenderaan, akaun bank dan rumah kedai berkenaan dimiliki oleh beberapa pemimpin PAS.

Antara kenderaan yang dirampas itu adalah Toyota Vellfire, Range Rover dan Mini Cooper.

SPRM juga mengarahkan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan untuk memberi keterangannya semalam.

Pada 8 Februari lalu, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa hadir hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan berhubung dakwaan beberapa pemimpin PAS menerima wang RM90 juta disyaki daripada 1MDB.

Kejutan Di Pejabat SPRM


Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dalam artikelnya yang diterbitkan portal berkenaan, sebelum ini mendakwa ada pemimpin tertinggi PAS mungkin menerima RM90 juta untuk mendorong parti itu bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Isu itu timbul semula apabila Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada 1 Februari lalu membuat keputusan memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Rewcastle Brown berhubung artikel mengandungi tuduhan berkenaan.

Kejutan Di Pejabat SPRM. Clare hari ini mengesahkan dia menerima bayaran RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman Abdul Hadi di luar mahkamah pada bulan lalu. - malaysiakini




Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...