Saturday, 9 March 2019

Kejutan Dari Tuan Guru Haji Hadi

Kejutan Dari Tuan Guru Haji Hadi. Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa bukanlah sesuatu yang pelik jika PAS mampu mengumpul dana kewangan sehingga RM90 juta.

Bahkan katanya, dengan PAS kini mempunyai lebih sejuta ahli seluruh negara, bukanlah sesuatu yang pelik jika parti itu mempunyai dana RM900 juta sekalipun.

Kejutan Dari Tuan Guru Haji Hadi. “Kita telah menghadapi satu fitnah. Fitnahnya ialah kita terima duit banyak. Tak ada duit pun tak boleh, banyak duit pun tak boleh. Dia nak kita ini ‘mati kering’.

“Alhamdulillah, Allah Taala beri rezeki kepada kita. Rezeki yang halal, bukan rezeki yang haram. Kekuatan kita makin bertambah, pengikut-pengikut kita makin bertambah, ramai.

“Ahli PAS sekarang ini satu juta lebih, dan kalau RM100 seorang sudah RM100 juta. Pelik apa dengan RM90 jutanya? (Kalau) RM900 juta pun tidak pelik,” ujarnya seperti dipetik Harakahdaily.

Beliau dilaporkan berkata demikian dalam ucapan ringkas sempena Munajat dan Solat Hajat Perdana Peringkat Negeri Terengganu, ‘Isu Fitnah Terhadap PAS’ di Masjid Rusila, malam tadi.

Tambah anggota parlimen Marang itu lagi, pendapatan PAS adalah daripada sumbangan ikhlas anggotanya yang percaya pada janji pahala bagi golongan yang membantu perjuangan Islam.

“Mereka hairan mengapa kita boleh bertanding kerusi dengan begitu banyak, peduli apa itu hal kita. Ikut pandai kitalah, jadi orang susah dengan hal kita.

Kejutan Dari Tuan Guru Haji Hadi


“Kita pandailah cari, yang penting ialah pendapatan yang halal dan sumbangan yang ikhlas daripada pengikut-pengikut kita dari pelbagai peringkat, yang percaya janji (Allah) adanya pahala menolong perjuangan Islam ini.

“Apa sahaja sumbangan kita untuk kerja Islam akan adanya pahala dari Allah Ta’ala. Ini yang kita yakin dalam diri kita,” katanya lagi.

Semalam, Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi yang juga merupakan bekas bendahari PAS mempersoalkan bagaimana PAS mampu menganjurkan program yang menurutnya menelan kos jutaan ringgit tanpa perlu "mengusik" duit daripada akaun parti.

Kejutan Dari Tuan Guru Haji Hadi


Melalui Facebook, Asmuni berkata dia berasa "pelik" dari mana PAS mendapat duit bagi menganjurkan projek berskala besar tanpa meminta pembiayaan daripadanya selaku bendahari PAS ketika itu. - mk






Iklan


Image
Image
Image
Image
Image






3 comments:

  1. hello beiibbyyy ,,,,,,
    ni kita bocorin sdkt rahasia yaaaa,,,hmmm,, ap ya kira"? hehehe
    RAHASIANYA ,,,, ad promo loh di WWW.FANSBETTING..CO
    nah untuk itu bisa langsung add aj kontak kmi dan bertny" lebih lanjut untuk info PROMONYA ya
    >>>fansbetting<<<BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting
    kami ucapkan selamat siang dan selamat beraktifitas ya guyssssssss thankyouuuuu ^O^

    ReplyDelete
  2. Pas parti kaya raya, kalau dh ada 90 juta agih2 kpd org miskin, perjuangan mst korbankan harta bukn kumpul harta

    ReplyDelete
  3. Spinlah wahai munafiq hadi.
    Spin hingga tembarang menjadi.
    minum arak berbaldi baldi
    Bercakap mcm mabuk todi

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...