Wednesday, 6 March 2019

Dulu Dakwa Fitnah.. Hari Ini Rasmi Sebagai Pengantin Baru

Dulu Dakwa Fitnah.. Hari Ini Rasmi Sebagai Pengantin Baru. Selepas lebih dua setengah jam bermusyawarah, PAS dan Umno hari ini bersetuju bahawa kedua-dua parti rasmi 'bersanding' di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Hal itu dinyatakan pemangku presiden Umno, Mohamad Hasan, yang mengadakan sidang media bersama Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dulu Dakwa Fitnah.. Hari Ini Rasmi Sebagai Pengantin Baru. Bersama mereka ialah pemimpin kanan kedua-dua parti.

Ditanya mengenai keakraban kedua-dua parti, secara berkias Mohamad berkata, ia bukannya bermula selepas PRK Semenyih berakhir sebaliknya lebih lama sebelum itu.

Katanya, proses menghantar cincin - seperti merisik - berlaku di Sungai Kandis.

"Bertunang di Seri Setia.

"Sekarang ni kita dah kenduri kahwin dah ni, dah rasmi dah. Sebab tu kita buat macam ni, (secara) rasminya... merasmikan jawatankuasa induk.

"Kita ni dah bersanding dah ni..." katanya merujuk kepada dua PRK terdahulu yang diadakan di Selangor.

Menjelaskan hasil mesyuarat hari ini secara lebih serius, Mohamad berkata Umno bersikap terbuka kepada apa saja yang dianggap baik untuk Melayu dan Islam.

Dulu Dakwa Fitnah.. Hari Ini Rasmi Sebagai Pengantin Baru


Tak ada simbol baru

Melalui perbincangan hari ini katanya kedua-dua parti bercadang untuk menjemput pertubuhan bukan kerajaan yang berpengaruh untuk membincangkan agenda penyatuan ummah.

Mohamah yang juga timbalan presiden Umno juga memberitahu kedua-dua parti bersetuju membentuk jawatankuasa khas bagi membincangkan butiran kerjasama ke arah penyatuan ummah dan rakyat.

Menurut Mohamad, jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan naib presiden kedua-dua parti, dengan Umno melantik Khaled Nordin sebagai wakil manakala Idris Ahmad mewakili PAS.

Bagaimanapun kata bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, langkah tersebut bukanlah bermaksud PAS dan Umno akan digabungkan.

"Ini bukan penyatuan parti. Ia suatu kerjasama di antara Umno dan PAS, dan rakan parti komponen masing masing atas isu yang ada asas untuk setiap parti.

"Tidak akan ada simbol baru," katanya.

Turut hadir, ketiga-tiga naib presiden Umno iaitu Ismail Sabri Yaakob, Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid, setiausaha agung Annuar Musa dan ketua wanita Noraini Ahmad.

Sementara itu selain Tuan Ibrahim, delegasi PAS disertai Ketua Dewan Ulama Dr Mahfodz Mohamed, Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan, Idris dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Zuhdi Marzuki.

Tidak ketinggalan, anak presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang juga ketua pemuda parti berkenaan.

Dulu Dakwa Fitnah.. Hari Ini Rasmi Sebagai Pengantin Baru


Menurut Mohamad gerakan penyatuan ummah itu dijalankan tanpa mengetepikan aspek kepelbagaian bangsa dan agama yang ada di negara ini.

Katanya Umno dan PAS juga bersetuju untuk meneruskan gerak kerja bersama bagi setiap PRK yang akan datang melalui rangka kerja tertentu.

Buat masa terdekat ini, kata Mohamad, ia akan dilaksanakan bagi menghadapi PRK Rantau di Negeri Sembilan.

Mohamad menambah kerjasama mereka tidak akan meminggirkan rakan parti masing-masing.

"Kita tidak akan meminggirkan sesiapa kerana apa yang ingin kita capai ialah keamanan dan kedamaian seperti kita pernah nikmati sebelum ini.

Dulu Dakwa Fitnah.. Hari Ini Rasmi Sebagai Pengantin Baru. "Dan kita akan berjumpa satu setengah bulan dari sekarang supaya jawatankuasa teknikal itu membentangkan rancangan masing-masing," katanya. - malaysiakini




Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



10 comments:

  1. Apa pun, jangan lupa:

    Lepas PAS, Umno pula umum sedia sokong Dr M

    https://www.malaysiakini.com/news/466722



    ReplyDelete
    Replies
    1. Menjelaskan hasil mesyuarat hari ini secara lebih serius, Mohamad berkata Umno bersikap terbuka kepada apa saja yang dianggap baik untuk Melayu dan Islam.

      Bagus, amat bagus.

      Dan siapa kata tak boleh berpendirian begitu boleh terjun ke Lautan China Selatan.

      Sebab semua parti politik mempromosikan bangsa dan agama kebanyakan depa.

      Delete
  2. Bagus lah semangat Melayu Islam itu kuat.

    Sekarang coba bincangkan hal ini:

    Kafir atau non-Muslim? - baca lah https://www.malaysiakini.com/my

    - contoh kesian nya nasib orang Melayu Islam di negara ini akibat Penjajah Bretes bawa masuk coolies pendatang di zaman kolonial - tak memasal kita kena tukar bahasa kita?

    Isu itu ditimbulkan organisasi Islam tertua dunia, Nahdhatul Ulama (NU) di Indonesia, tapi ikut di bincang di Malaysia

    Kita perlu keluarkan suara, di mana mana yang sesuai: tak perlu tukar bahasa kita untuk mensesuaikan apa2 keadaan

    Nama tempat berkelah di Melaka, Tanjung Keling, sudah hilang, di tukar dek politikus Melayu Melaka sebab ada penduduk di negara ini yang tak suka istilah "Keling"

    Pada hal, tak salah, istilah itu telah di guna gamak nya sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka 500 tahun dulu

    ReplyDelete
  3. Ikut cara politik dimana mana pun, baik dibalas baik, dan sebaliknya.

    Takda lah SPRM korek lain2 kes dari yang dah di lakukan.

    SPRM bukan di perintah Tun M suruh menyiasat itu ini. Tapi boss nya tahu which side his bread is buttered, jadi, ambil tindakan mengikut belah yang di sapu butter ler.



    ReplyDelete
  4. Politik ada lah kepentingan parti dan pemimpin2 nya. Ada masa berperang, ada masa berbaik bagi kepentingan parti dan pemimpin2 nya.

    Parti2 itu semua memperjuangakan kepentingan bangsa dan agama. Maka berbaik lah, termasuk menyokong Tun Mahathir. Bagus lah. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. bertahun2 parti Isle bohongi rakyat Malaysia; lebih2 lg Melayu Isle; konon UG itu fitnah. skrg dosa2 tu semua terpalit kpd sipembohong.

    ReplyDelete
  6. Barangsiapa mati di atas agama non muslim, maka dia adalah penghuni non syurga. #JustKidding

    ReplyDelete

  7. Bak kata pujangga British yang termasyhur William Shakespeare, "When beggars die, there are no comets seen" - tiada siapa kisahkan Rameli bekas Pengerusi KTM yang hilng jawatan dan di siasat SPRM.

    Norlella Md Akram yang merupakan isteri pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Rameli Musa berkongsi keluhan selepas suaminya kini berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

    Norlella mendakwa pihak yang sudah menerima pertolongan suaminya kini tidak lagi mempedulikan mereka, sekali pun bertanya khabar mahupun menyatakan simpati.

    "Adakah ajaran Islam untuk membiarkan orang yang banyak menolong kita ditimpa kesusahan oleh kerana pertolongan itu dan tiada sebarang simpati mahupun bertanya khabar dari pihak yang ditolong?"

    Kot orang PAS boleh jawab ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jawab apakejadahnya, ada dia berterus terang, knp isteri dia tak cakap saja yang ditolong pas, nmpk sgt isteri dijadikan alat politik untuk menimbulkan persrpsi orang ramai,ini tektik biasa dalam politik

      Delete
  8. hello beiibbyyy ,,,,,,
    ni kita bocorin sdkt rahasia yaaaa,,,hmmm,, ap ya kira"? hehehe
    RAHASIANYA ,,,, ad promo loh di WWW.FANSBETTING..CO
    nah untuk itu bisa langsung add aj kontak kmi dan bertny" lebih lanjut untuk info PROMONYA ya
    >>>fansbetting<<<BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting
    kami ucapkan selamat siang dan selamat beraktifitas ya guyssssssss thankyouuuuu ^O^

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...