Thursday, 14 March 2019

Darurat Diisytihar Di Pasir Gudang?

Darurat Diisytihar Di Pasir Gudang? Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim hari ini memohon supaya kerajaan pusat mengisytiharkan darurat di Pasir Gudang, Johor susulan pencemaran Sungai Kim Kim di daerah Pasir Gudang, Johor akibat pembuangan toksik.

Kata Hassan (PH-Pasir Gudang), usul yang dipohon kepada Speaker Dewan Rakyat itu adalah bertujuan memastikan bencana pencemaran toksik berkenaan dapat dikawal.

Darurat Diisytihar Di Pasir Gudang? “Sebagai ali parlimen Pasir Gudang saya mohon supaya kerajaan persekutuan isytiharkan darurat di Pasti Gudang mulai hari ini juga.

“YB Menteri tolong saya. Pagi tadi saya hantar surat kepada Speaker supaya usul tergempar dibentangkan di parlimen pada hari ini, bukan hari Isnin!

“Saya minta soal teknikal diketepikan. Ini soal nyawa! Saya minta usul ini dibincangkan dan dibahaskan hari ini,” kata Hassan yang mencelah semasa Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dalam sidang Dewan Rakyat, pagi ini.

Ahmad Maslan (BN-Pontian) juga menggesa kerajaan untuk mengisytiharkan darurat kerana menurutnya, kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim yang tercemar hanya dijangka siap dalam tempoh satu minggu. 

Darurat Diisytihar Di Pasir Gudang?


 Sementara itu, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berkata beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengumumkan darurat secara unilateral.

“Saya akan panjangkan pandangan-pandangan kepada jawatankuasa. Ini bukan keputusan saya seorang sendiri. Akan buat keputusan secepat mungkin.

“Sebenarnya mengikut EQA semua pengeluaran sisa toksid perlu dilupuskan di tempat berlesen. Tapi apa terjadi sekarang adalah pesalah tidak mengikuti undang-undang.

Darurat Diisytihar Di Pasir Gudang? “Saya harap juga bahawa YB sekalian boleh bertanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat apabila kita menangani krisis ini. Jangan main politik, jangan menuding jari,” kata Yeo. -  mk




Iklan


Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...