Monday, 4 March 2019

Berita Yang Tidak Di Ingini Oleh Penyokong Pakatan Harapan

Berita Yang Tidak Di Ingini Oleh Penyokong Pakatan Harapan. Pengguna media sosial lebih tertarik dengan berita pembangkang berbanding berita kerajaan, sebahagiannya disebabkan rasa tidak puas hati dengan Pakatan Harapan, kata firma penyelidikan media sosial, Politweet.

Pengasas Politweet, Ahmed Kamal Nava berkata berita Umno-Barisan Nasional di Facebook selalunya dibaca oleh orang ramai, berbanding parti lain.

Berita Yang Tidak Di Ingini Oleh Penyokong Pakatan Harapan. “Sebab utama adalah kurangnya keputusan dasar oleh PH untuk membuat rakyat gembira dan menaruh harapan mengenai masa depan.

“Masyarakat tidak nampak kemajuan oleh PH setakat ini,” katanya.

Menurut kajian melalui Facebook dan Twitter sejak pilihan raya umum 9 Mei, Kamal berkata kira-kira 70% pengundi Melayu memilih PAS dan BN berbanding PH.

“Sejak itu, tiada tanda yang ketara di media sosial mengenai pengundi Melayu lebih menyokong PH,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan analisa mengenai pemimpin politik di media sosial dari Mei hingga Januari lalu, populariti bekas perdana menteri Najib Razak makin meningkat, sementara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hanya mengekalkan tahap populariti sedia ada.

Berita Yang Tidak Di Ingini Oleh Penyokong Pakatan Harapan


Populariti Presiden PKR dan bakal perdana menteri Anwar Ibrahim semakin menurun.

“Jumlah orang Melayu berumur 13 hingga 65 tahun yang berminat membaca mengenai Najib sejak Disember lalu adalah 10.16 juta, sementara lingkungan usia dan tempoh sama yang berminat membaca mengenai Mahathir adalah 3.87 juta,” kata Kamal.

“Sementara, jumlah orang Cina pada Disember dalam kumpulan umur yang sama yang minat membaca mengenai Najib adalah 2.76 juta, manakala untuk Mahathir adalah 1.146 juta.

Dalam kalangan pengguna Facebook yang berumur lebih daripada 21 tahun yang berminat kepada politik, Umno menduduki tempat teratas dengan 6.3 juta carian sejak Januari lalu.

Ini diikuti PKR (4.2 juta), DAP (2.3 juta), MCA (1.4 juta), PAS (470,000), Gerakan (390,000) dan MIC (170,000).

Kamal berkata, kajian Politweet juga menunjukkan berita buruk berkaitan PH lebih banyak dikongsi, berbanding berita baik.

Beliau memberi contoh berita mengenai cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikuatkuasakan semula September lalu, yang membuatkan ramai terkejut.

“Terdapat unsur berpaling tadah dalam kalangan rakyat yang mengharapkan diskaun harga selepas cukai barang dan perkhidmatan (GST) dimansuhkan, tetapi tidak menjangkakan SST akan dikembalikan,” katanya.

Berita Yang Tidak Di Ingini Oleh Penyokong Pakatan Harapan


Beliau juga memberi contoh mengenai keputusan mengurangkan subsidi dan yang menimbulkan masalah kebajikan dan kos hidup.

“Apabila orang membaca berita mengenai penurunan subsidi, walaupun mereka tidak terlibat, ia menimbulkan kebimbangan sesuatu akan melibatkan mereka kemudian.

“Keputusan pusingan-U oleh pemimpin politik juga membuatkan kerajaan dilihat tidak cekap dan tidak boleh dipercayai,” katanya.

Penganalisis politik, Azmi Hassan mengingatkan serangan pembangkang dalam media sosial dilakukan secara ad hoc, mereka akhirnya menjadi lebih strategik.

“Apabila ini berlaku, ia tentunya akan menyakitkan PH, terutama pada pilihan raya umum akan datang.

“Persepsi negatif yang dimainkan di alam maya akhirnya membuat orang hilang keyakinan terhadap PH,” katanya.

Menurutnya, Najib membuktikan beliau dapat menyesuaikan diri dengan penggunaan media sosial, lebih baik daripada pemimpin lain, seperti Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Mohamad Hasan.

Felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata, serangan pembangkang di media sosial boleh menjejaskan sokongan asas terhadap PH, kebanyakannya dari bandar dan mereka yang lebih berpelajaran.

Berita Yang Tidak Di Ingini Oleh Penyokong Pakatan Harapan. Ini akan mendatangkan masalah kepada PH, sambil menambah pengguna internet kini lebih mudah terdedah kepada “propaganda pembangkang” disebabkan perasaan kecewa kerana tiada keputusan segera dan kemasukan aktiviti dalam talian selepas PH mengambil alih kerajaan. - free malaysia today




Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



22 comments:

  1. Boleh dipercaya ke apa yang ditulis di atas?

    Mengoogle Politweet tidak menunjukkan siapa, kelulusan, pengalaman dan kelayakan mereka yang membuat kajian itu.

    Mengoogle nama "pengasas nya" Ahmed Kamal Nava, disuruh isi email dll. Aneh, susah nak tahu, apa kah profile nya rahsia, padahal dia sepatut nya mahukan orang tahu dan, dengan itu, mengiklankan perniagaan dia.

    Jadi, tak boleh nak percaya lah apa yang di tulis nya di atas itu.

    ReplyDelete
  2. Padanlh muka2 pengundi ph krn kena tipu oleh pemimpin mrk yg tamak nk berkuasa n skrang dh klh d belasah BN...mampus lh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mampos .. hanya kalah di PRK .. menag 4 dari 6 Prk, menang besar di Pru14, lingkup Najib dan Umno di buat nya

      Delete
    2. Mabuk ke hapa. Mana ph lingkup. Yang lingkup kan umnobn ngan pas. Cow tak tengok ke pemimpin cow tu berderet2 tunggu naik mahkamah ngan kena siasat sprm?

      Delete
  3. Dulu aku sokong ph tp sekarang,aku bawak geng2 aku semua undi BN...madey aku malu dgn bossku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bosskau? Ingat, orang kuat Umno, KJ dan puak nya, kata "Najib bukan Bossku"

      Delete
    2. Yg bodoh aje undi lanun dan pembohong. Kau lagi bodo ajak kawan kau undi lanun dan pembohong.

      Delete
  4. Semasa pr14.. ramai orang Melayu cerdik dan berfikiran waras serta tahu apa yang lebih utama dalam menghadapi isu pilihanraya. Pada ketika itu, isu yang paling besar ialah kleptokrasi pemimpin UMNO yang menyerakah harta negara. Akhirnya BN tumbang.. kerajaan BN tumbang bukan pergi begitu sahaja tetapi meninggalkan beban besar kepada kerajaan PH. Sebab itu, banyak usaha dibuat bagi mengatasi dan membersihkan najis yang ditinggalkan oleh BN. Justeru, usaha untuk menunaikan manifesto dibuat pada rentak yang lebih perlahan. Tak salah bahkan benar untuk mengatakan PH masih gagal menunaikan janji tetapi ia biarlah sejajar dan dilapik dengan sedikit pengetahuan kita tentang penting untuk menjaga kekukuhan fiskal negara. Jangan kerana nakkan populariti, habis wang negara disalurkan secara tidak berhemah. Dalam soal ini, saya lebih suka, buat jika ada kapasiti untuk buat. Tapi jangan tiada ikhtiar untuk bela nasib rakyat.. Harapan yang diberikan rakyat sangat besar, pada ketika genting ini buatlah keputusan dengan mengambilkira masa depan untuk anak cucu akan datang sebaik mungkin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong banyak yang anda katakan, contoh nya, "buat jika ada kapasiti untuk buat."

      Benar, jangan tiada ikhtiar untuk bela nasib rakyat. Paling penting lagi, jangan terlintas di kepala langsung nak menyeleweng mengsonglap wang rakyat. Mcm RM2.6 billion dari 1MDB itu.

      Delete
    2. Berat tanggungan ph nak selesaikan kerja2 lanun sebelum ni. Kerajaan ph terpaksa bayar 200 juta setiap bulan drp kerja melanun pihak lain. Kalau parti ehem ehem ambil alih hari tu, rasanya dah bankrup dah negara kita

      Delete
  5. Tak sampai setahun dah buat kajian. Yg kena kencing dgn BN 60 tahun x rasa ke? Selama BN merintah manifesto semua dia buat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN hanya kata "Bersih, Cekap Dan Amanah".

      Then Najib terima RM2.6 billion.

      Habis semua.

      Delete
    2. 2.6bil tun m sendiri pun dah senyap pasal dah tahu. Ni kapal mewah sapa punya pun tak tahu. Hitang 1.2trlion betol ke bercanggah2 sampay bank negara pun kata 685bil mana dtng 1.2trlion. Duit negara ada ratusan bil tapi kata ratusan juta. Belanjawan 2019 lebih tinggi dari 2018 tapi pruntukan sekolah pun tak ada. Sapa kencing sapa ni harga barang makin naik sampaykan harga telor dah berkali2 naik. Yg ph tahu alasan beban kerajaan dulu itu semua alasan untuk membebankan umat islam dan melayu sebab balas dendam pada islam dan melayu. Pada melayu islam yg masih tak faham mintalah petunjuk dari allah buat istiharoh moga beroleh pertunjuk.

      Delete
    3. Bodoh betul ko ni. Bunga, duit upah, itu ini ko tak kira? Duit nak bayor menatang ni bukan kura hutang jugak ker? Bon2, surat2 cagaran tu nak bayar pakai air lior opah ko? Opah ko hutang bank 100 ribu, opah ko hanya perlu bayar 100 ribu? Opah ko tak bayor bunga?

      Delete

    4. Nak beri penerangan sikit - "Bunga" yang di sebut Anon 2218 itu ialah "faedah bank" atau "bank interest. Betul, bunga atau faedah bank ke tas pinjaman 1MDB mencecah RM200 juta. Bedebah Najib punya pasal.

      Delete
  6. macam macam propa oleh pengkaji pengkaji upahan....memanglah hanya 30 peratus jer org melayu sokong PH dlm PRU14...BN tumbang sbb tiga penjuru....skrng pun 30 peratus juga Melayu sokong PH....Melayu yg tak puas hati ialah Melayu Umno yg kalah...xde dedak...Melayu Pas sbb ada hasad dengki....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu Pas jugak ada RM90 juta dari Najib masuk akaun pemimpin2 depa.

      Delete
    2. Hbm ke rba.

      Delete
    3. Tak caya cuba tanya nik abduh pasal audio dia tu. Dia kata memang dia ada ambik. Presiden ada ambik. Byk yg ambik. Bodoh kalau tak ambik...

      Delete

    4. Itu pasal kereta mewah, rumah baru beli dll dah mula di rampas SPRM. Nik Abduh alih2 gunakan Mercedes. Bila dah masuk lokap SPRM atau penjara nanti, siapa bodoh? Nik Abduh bodoh.

      Delete

    5. Aritu Nik Abduh bukan main angkuh. Selepas di panggil ke SPRM Kelantan, dia kata senyum sini mengata ramai kawan dia. Kot sekarang SPRM HQ yang siasat dia. Dan Presiden yang dia kata "ada ambik". Jugak yang lain2, penuh tangan SPRM menyiasat nya.

      Terutama selepas PAS bekerjasama dengan Umno di PRK Semenyih. Kebetulan ke tak tau ler SPRM pesat menyiasat mereka bila habis PRK Semenyih.

      Delete
  7. Langkah pertama memulihkan keyakinan rakyat kpd PH adalah mendedahkan semua perjanjian tol lebuhraya. Dedahkan apa yang dirahsiakan oleh Kjaan BN dahulu. Tak perlu takut kepada kebenaran kerana kebenaran akan membuatkan rakyat faham akan kesemua isu yang dihadapi oleh Kjaan PH. Rakyat sebenarnya sangat bermurah hati. Jika Kjaan tak mampu untuk menghapuskan tol sepenuhnya tapi hanya mampu mengurangkan kadar tol sebanyak 50%, itupun rakyat boleh terima. Apa yang rakyat tak boleh terima adalah mungkir janji dan kenyataan bahawa manifesto pilihanraya bukan kitab suci.

    Jika keadaan ekonomi semakin baik, harga barang2 terkawal dan kos sara hidup rakyat dapat dikurangkan, segala tohmahan, adu domba perkauman dan agama yang difitnahkan oleh UMNO dan PAS tak akan laku. Isu PTPTN itu adalah contoh kebodohan menteri serta kegelojohan dalam membuat keputusan yang tak sepatutnya berlaku. Menteri2 PH mesti bertindak secara bijaksana dan mesti dibantu oleh orang2 cerdik bukannya pengampu2 dan penjilat2 yang tak berotak. Proses pemulihan negara bermula dengan menubuhkan satu pasukan yang cerdas, rajin serta patriotik bukannya dengan mengambil suku sakat penyamun yang dah mengaku bertobat dan berpura2 baik. Rakyat dan penyokong2 PH melihat bahawa kjaan PH tak kenal sapa lawan dan sapa kawan. Ini menyebabkan rakyat dan penyokong patah hati dengan PH yang berlembut dengan penyangak tetapi keras dan sombong kpd rakyat.

    Menteri2 yang jelas tak pandai buat kerja dan tak pandai mengambil peranan sebagai ahli pasukan wajib dibuang. Azmin dan zuraidah serta beberapa kerat lagi menteri yang tak menyerlah dan nampak lebih berpolitik dari menyelesaikan masalah rakyat, elok saja letak jawatan. Tun M mungkin diperlukan untuk menjayakan PH mendapat kuasa tetapi nampaknya dalam situasi hari ini, negara perlukan tokoh lain yang lebih lembut, rapat telinga kepada rakyat dan paling utama berpandangan jauh tetapi tidak tergesa2 untuk sampai ke destinasi, untuk menjadi PM. PH perlu tegas untuk menunaikan janjinya dan jika ianya memerlukan keputusan drastik seperti mengikat perut dan mengurangkan pendapatan dan perbelanjaan kjaan dalam penggal ini, ia mesti dilakukan. Tidak guna dan amat bodoh sekali jika Kjaan PH bersungguh2 menekan rakyat untuk memulihkan negara dalam penggal ini dan selepas penggal itu berakhir menyerahkan semula kerajaan yang sedang dipulihkan itu kepada gerombolan penyamun dan pak lebai Qarun yang menyokong mereka. Matlamat PH mestilah memulihkan negara tetapi janganlah kerana kegairahan untuk memulihkan negara dalam masa yang singkat, tampuk kerajaan terlepas dari tangan. Itu kerja bodoh namamya!

    Nick.
    cape Tiger.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...