Wednesday, 27 March 2019

Berita Mengejutkan PAS..

Berita Mengejutkan PAS. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kertas siasatan berhubung bayaran RM1.4 juta yang didakwa dibuat PAS kepada Sarawak Report akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya, minggu depan.

Pesuruhjayanya Azam Baki berkata siasatan kes tersebut kini sudah diperingkat akhir.

"SPRM akan kemuka kertas siasatan berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya selewatnya minggu hadapan.

Berita Mengejutkan PAS. "Buat masa ini, saya sudah bincang dengan pegawai penyiasat dan laporan yang saya terima memaklumkan ia berada pada peringkat akhir siasatan dan masa sama SPRM ada buka beberapa kertas siasatan tetapi beberapa kertas siasatan kita akan kemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya terlebih dahulu," katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas perkembangan siasatan kes tersebut.

Pada 23 Mac lalu, SPRM itu tidak menolak untuk memanggil Presiden PAS Abdul Hadi Awang bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Selain itu Azam juga mengesahkan bahawa ada beberapa lagi individu yang akan dipanggil, namun enggan menyatakan secara spesifik tarikh Abdul Hadi akan dipanggil memberi keterangan.

Berita Mengejutkan PAS


Ketika ditanya portal itu hari siapa lagi individu yang akan dipanggil, Azam enggan mengulas lanjut sebaliknya berkata tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.

Setakat ini sekurang-kurangnya 25 individu sudah dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan kes tersebut.

Rewcastle-Brown sebelum ini mengesahkan beliau menerima bayaran RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah yang difailkan Abdul Hadi terhadapnya.

Berita Mengejutkan PAS. Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menafikan membuat pembayaran berkenaan sama ada daripada pihak parti mahu pun dirinya sendiri. - mk



      
Iklan



Image

Image
Image
Image





1 comment:

  1. Apa salahnya kalau benar bayar 1.4 juta.........lebih baik dari perabih duit untuk perbicaraan yg panjang di mahkamah yang sangat jauh

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...