Saturday, 23 March 2019

Berita Mengejutkan Dari Perlis

Berita Mengejutkan Dari Perlis. Polis berkata, kereta Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin dipercayai dibakar individu tidak dikenali di rumahnya di Kangar, pagi tadi.

Ketua Polis Perlis, Noor Mushar Mohd berkata, Asri membuat panggilan kecemasan pada 6.05 pagi tadi dan anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran pada Honda Accord yang terletak di perkarangan rumahnya di Persiaran Wawasan.

Berita Mengejutkan Dari Perlis.  Katanya, bahagian enjin terbakar secara keseluruhan, manakala cermin depan dan belakang turut pecah.

Polis mengesyaki cermin belakang Honda Accord ini pecah akibat dilempar bom petrol.

“Kami percaya ini mungkin perbuatan khianat oleh seseorang berdasarkan cermin belakang yang pecah, di mana satu botol petrol mungkin dilempar ke arah itu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Berita Mengejutkan Dari Perlis


Beliau berkata, penyiasat sedang menyiasat punca kebakaran itu bersama unit forensik polis.

Mushar berkata siasatan setakat ini mengesyaki 2 orang menaiki motosikal yang dirakam berada di kawasan itu oleh CCTV pada 5.12 pagi.

Berita Mengejutkan Dari Perlis


“Kita dapat kesan pada 3.30 pagi ada seorang beli minyak mengguna tong plastik di sesyen minyak berdekatan. Nombor kereta yang diguna adalah palsu,” katanya. -fmt


      
Iklan



Image

Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...