Friday, 8 March 2019

Beranikah Pemimpin BN Buat Begini?

Beranikah Pemimpin BN Buat Begini? Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan hartanya yang bernilai RM10.75 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha politiknya, Shukri Saad dalam satu kenyataan berkata, antara harta diisytiharkan anggota parlimen Port Dickson itu ialah rumah di Bukit Segambut yang dianggarkan bernilai RM9.5 juta.

Beranikah Pemimpin BN Buat Begini?  Katanya, kediaman itu pada mulanya dibeli Anwar pada harga RM4.5 juta selepas rumah terdahulu - di Bukit Damansara - dijual pada 2005.

“Turut diisytiharkan, sebidang tanah di Permatang Habib, Mukim Penor, Kuantan, Pahang yang dibeli pada 1974 dengan harga RM7,000.

"Nilai anggaran tanah tersebut ketika ini ialah RM420,000.

“Harta selebihnya daripada akaun-akaun pelaburan dan wang simpanan yang berjumlah RM828,658.83.

“Dengan ini, dimuktamadkan jumlah harta milik Anwar ialah RM10,748,658.83," katanya.

Awal Januari lalu, Anwar menegaskan beliau mempunyai masa tiga bulan sebelum mengisytiharkan harta kepada SPRM.

Beranikah Pemimpin BN Buat Begini? 


Tempoh itu berkuat kuasa selepas beliau mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen Port Dickson pada 15 Oktober lalu.

Mengikut senarai perisytiharan, yang boleh dilihat di https://mydeclaration.sprm.gov.my/, anggota Parlimen Segamat, Edmund R Santhara Kumar merupakan wakil rakyat terkaya dengan memiliki aset bernilai RM132,115,000.

Ia diikuti oleh anggota Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham dengan RM77,011,990.00.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang turut mengisytiharkan hartanya memiliki aset bernilai RM32,357,900.00.

Menurut laman web itu lagi, 121 atau 93.8 peratus anggota parlimen sudah mengisytiharkan aset masing-masing, sementara 76 anggota pentadbiran (88.4 peratus) turut melakukannya.

Beranikah Pemimpin BN Buat Begini?  Ia adalah antara pembaharuan yang diikrar dan dilaksanakan kerajaan PH setakat ini. - mk



Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



6 comments:

  1. Harta Najib hanya lah suami dia. Berlian ber kilo bukan harta nya, gamak nya dia kata. Rumah nya kot di atas nama anak nya. RM114 juta yang Polis rampas dari rumah anak nya "bukan harta Najib", kononnya.

    ReplyDelete
  2. Kaun2 bank Najib dan Wak Jahid dah di bekukan. Menunggu bicara lebih 40 tuduhan mahkamah tiap orang.

    Tapi rasa nya banyak lagi akaun bank di luar negara yang tidak diketahui dan tidak di beku atau disita. Akaun2 bank di Switzerland banyak yang tak pakai nama, hanya pakai nombor. Singapore pun dah ikut cara itu.

    Itu semua harta2 besar. Mana nak depa istiharkan.

    ReplyDelete
  3. Mahadey taknak istiharke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua je situasi ko sekarang:
      1.tak reti membaca
      2.buta hati

      Delete
    2. Diberitakan bahawa kemenangan BN pada PRK Semenyeh adalah daripada sokongan anak muda. Ini berkat kerja kuat bossku. Pandai bossku mengambil kesempatan dari pemuda seperti Anonymous 8 March 2019 at 14:46.

      Delete
  4. hello beiibbyyy ,,,,,,
    ni kita bocorin sdkt rahasia yaaaa,,,hmmm,, ap ya kira"? hehehe
    RAHASIANYA ,,,, ad promo loh di WWW.FANSBETTING..CO
    nah untuk itu bisa langsung add aj kontak kmi dan bertny" lebih lanjut untuk info PROMONYA ya
    >>>fansbetting<<<BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting
    kami ucapkan selamat siang dan selamat beraktifitas ya guyssssssss thankyouuuuu ^O^

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...