Tuesday, 12 March 2019

Apa Itu Statut Rom?

Apa Itu Statut Rom? Statut Rom adalah satu treati (perjanjian) rasmi antara negara-negara dalam mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai pelengkap kepada undang-undang sedia ada negara pihak (state party) untuk mendakwa individu yang melakukan jenayah antarabangsa.

Sehingga 4 Mac, sebanyak 124 negara telah menjadi negara pihak kepada Statut Rom.

Apa Itu Statut Rom? Apa bidang kuasa ICC?

Artikel 5 - ICC mempunyai bidang kuasa untuk mendengar ‘most serious crimes of concern’

seperti:-

a) Genocide (penghapusan etnik)

b) Crimes against humanity (jenayah terhadap kemanusiaan)

c) War crime (jenayah perang)

d) Crime of aggression (jenayah pencerobohan)

Artikel 6, 7, 8 – Setiap empat katagori jenayah antarabangsa diterangkan dengan jelas.

Artikel 17 - ICC hanya akan terpakai apabila negara pihak tidak berkemahuan atau berkemampuan (unwilling or unable) untuk menyiasat dan mendakwa kes jenayah terkutuk tersebut.

Apa Itu Statut Rom?


Adakah kekebalan Yang di-Pertuan Agong terhakis?

Sungguhpun Malaysia melakukan jenayah terkutuk seperti tertulis di Artikel 5, Yang di-Pertuan Agong tidak akan disentuh oleh ICC kerana:-

i) Artikel 40, Perlembagaan Persekutuan Malaysia - Yang di-Pertuan Agong adalah seorang Raja Berpelembagaan. Semua tugas-tugasnya di laksanakan atas nasihat perdana menteri / kabinet.

ii) Artikel 41, Perlembagaan Persekutuan Malaysia - Yang di-Pertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi bagi angkatan tentera persekutuan. Yang di-Pertuan Agong tidak diberi kuasa untuk mengisytihar perang.

iii) Negara-negara pihak lain yang mempunyai Raja Berperlembagaan: - Belgium, Kemboja, Denmark, Jepun, Jordan, Lesotho, Liechtenstein, Luxembourg, The Netherlands, Norway, Samoa, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom.

Manfaat Malaysia jadi negara pihak ICC

i) Penyertaan Malaysia akan meningkatkan lagi martabat negara di kalangan masyarakat dunia sebagai sebuah negara yang komited dalam menegakkan keadilan dan mempertahankan undang-undang antarabangsa.

ii) Penyertaan Malaysia akan melambangkan kesungguhan negara dalam meningkatkan perpaduan bersama-sama masyarakat antarabangsa dengan membawa pelaku-pelaku jenayah antarabangsa ke muka pengadilan.

iii) Malaysia kini boleh merujuk kepada pendakwa ICC di bawah Artikel 13(A) Rome Statute mengenai jenayah-jenayah antarabangsa yang dilakukan oleh mana-mana pihak sekiranya perlu.

iv) Malaysia kini boleh bersuara lebih lantang menentang negara-negara yang melakukan penghapusan etnik dan jenayah perang di persidangan tahunan negara-negara pihak.

v) Malaysia kini layak mencalonkan rakyatnya sebagai hakim, pendakwa dan pendaftar serta jawatan-jawatan lain di pejabat pendakwa dan pejabat pendaftar ICC

Implikasi perundangan (menurut peguam negara)

i) Tiada sebarang halangan perundangan ke atas Malaysia untuk menjadi ahli ICC.

ii) Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda.

iii) Undang-undang yang perlu dipinda melibatkan pindaan substantif dan prosedur. Kementerian Luar Negeri kini dalam proses meminta peguam negara untuk mengambil tindakan yang selanjutnya.

iv) Yang di-Pertuan Agong tidak akan menerima kesan secara peribadi.

Apa Itu Statut Rom?


Kronologi penyertaan Malaysia dalam Statut Rom

17 Julai 1998 - Malaysia menandatangani Final Act of the United Nations Diplomatic Conference of Plenipotentiaries on the Establishment of an International Criminal Court

27 Mei 2010 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Mohamed Nazri Abdul Aziz pada ketika itu, memaklumkan kesediaan Malaysia untuk menjadi sebahagian dari negara pihak ICC. Keputusan tersebut dibuat ketika menghadiri 6th Consultative Assembly of Parliamentarians for the ICC and the Rule of Law di Kempala, Uganda.

11 Jun 2010 - Perdana Menteri, Najib Razak ketika itu memberi hala tuju dasar untuk Malaysia accede kepada Rome Statute, lanjutan kepada serangan Israel ke atas kapal kemanusiaan Gaza Freedom Flotilla pada 31 May 2011.

18 Mac 2011 - Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) membentang Memorandum Jemaah Menteri untuk Malaysia tandatangan dan ratifikasi Rome Statute. Namun ia tidak diteruskan atas reservation oleh Peguam Negara terhadap keputusan Jemaah Menteri tersebut.

5 Ogos 2015 - Jemaah Menteri sekali lagi bersetuju supaya Jabatan Peguam Negara membentangkan Memorandum Jemaah Menteri untuk meratifikasi Rome Statute bagi membolehkan Malaysia membawa pihak yang bertanggungjawab terhadap kes penembakan jatuh Malaysia Airlines MH17 ke ICC. Namun, tiada sebarang tindakan diambil pada ketika ini.

12 Disember 2018 - Jemaah Menteri Pentadbiran Pakatan Harapan bersetuju untuk Malaysia meratifikasi Rome Statute

26 Disember 2018 - Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menulis warkah kepada Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah untuk sembahmaklum keputusan yang dibuat jemaah menteri.

15 Februari 2019 - Menteri Luar datang mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara bagi menyembahmaklum keputusan jemaah menteri

4 Mac 2019 - Malaysia menandatangani Rome Statute of the International Criminal Court.




Artikel ini adalah tulisan Wisma Putra.




Iklan


Image
Image
Image
Image
Image





2 comments:

  1. Ini mmg. BLOG KULIT BABI!!!

    MALANGnya nasib bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kat TANAH MELAYU, pusaka nenek moyang BUMIPUTERA kita diPERMAINkan dan diPERJUDIkan mcm. HARAM JADAH - spt. PENGEMIS2 merempat di bumi pusaka nenek moyang kita sendiri!! Dan yg. akan KETAWA habis2an adalah PENJAJAH/PENGGANAS/PEROMPAK/PERASUAH DAP KULIT BABI homo jijik ZIONIS ISrael!!

    Skrg. kedua PARIA madey-anwaq HOMO/DAPeliwat HOMO JIJIK Zionis ni dah berjaya gunakan MO "PECAH dan PERINTAH" ("DIVIDE and RULE") akan KESULTANAN Islam/Melayu kita pula!! Dgn. mempergunakan Sultan Perak yg. LIBERAL dan PENYOKONG kuat HAK ASASI KESAMAAN Barat, sewaktu memegang jawatan DYMM YDPA sementara, dan sblm. DYMM YDPA yg. baru diTABALKan pd. Januari - REJIM PH dgn. SENYAP2 dan amat JAHAT, pd. akhir Dis., telah menyertai secara HARAM akan UNDG2 Barat-Zionis “Treaty of Rome“-MAHKAMAH JENAYAH ANTARABANGSA ZIONIS, ICC, berMOTIF utk. MENIPU, MENCABUL dan MENSABOTAJ akan UNDG2 PERLEMBAGAAN kita, dan HAK dan KUASA EKSEKUTIF Majlis RAJA2, KESULTANANAN Islam/Melayu kita, dan DYMM YDPA sbg. KETUA AGAMA ISLAM, KETUA UTAMA NEGARA, KETUA PARLIMEN, PEMERINTAH TERTINGGI ATM dan PELINDUNG hak/identiti/warisan/sejarah bangsa BANGSA Bumiputera kita!! Lihat KEANGKUHAN mahathir pd YTM TMJ psl. isu ICC ni di blog KULIT BABI ni - http://www.addindeen.com/2019/03/mahathir-bidas-tmj.html

    Sdgkan REJIM2 PENGGANAS-no 1 & 2 DUNIA, ISrael dan US pun – TAK menyertai ICC ni!!! Dan ICC ni SEBENAQnya adalah SENJATA PEMUSNAH GERGASI (WMD) puaka2 HOMO Zionis BARAT-ISrael yg. hanya menSASARkan pemimpin2 NASIONALIS/ISLAM dr. DUNIA 'KETIGA' dan kalau yg. BARAT spt. SERBIA, sbb. PRO-RUSSIA dulu!!
    Maka, REPOT POLIS mesti dibuat segera atas JENAYAH PENIPUAN dan TERORISMA amat JAHAT terhadap UNDG2 PERLEMBAGAAN, dan KUASA dan HAK DYMM YDPA dan MAJLIS RAJA2 serta seluruh KESULTANAN Islam/Melayu kita, dan DYMM YDPA yg. baru, mesti amat BERANI mengISYTIHARkan DARURAT, mengikut UNDG2 PERLEMBAGAAN 150 (telah diLESAPkan dr. laman web JPA), SEGERA! Sblm. TANAH MELAYU/NEGARA ISLAM kita ni terus diKUASAI oleh puaka2 PENGGANAS HOMO anwaq PARIA-PKR/DAP KULIT BABI dan TUAN2 Zionis EU/NATO/ISrael depa!!!! Lihat betapa BAHAYAnya ICC/“Treaty of Rome“ Zionis PENIPU ni, di - https://mykmu.net/2019/03/11/penyertaan-malaysia-dalam-statut-rom-dibuat-secara-terburu-buru-tmj/

    Tapi, dgn. pengISYTIHARAN DARURAT ini oleh DYMM YDPA, penyertaan dlm. ICC ini masih boleh diBATALkan SEGERA!!!

    (Tok Terkedu)

    ReplyDelete
  2. itu perseosi tok kedu.

    tak mungkin tok kedu betul.. wisma putra salah.

    sebb tok kedu asyik fikir semua yg barat buat itu jahat.

    walhal ada yg baik kalua kita tahu guna pada tempatnya.

    contohnya kalua satu masa kita diserang kuasa luar, ICC blh digunakan.

    jgn asyik fikir jahat nk sekat kuasa raja lah. nak sekat buat apa rapaj2 bukan ada buat perkara yg mengancam negara dan takde kuasa pun. lainlah kalau seorg PM yg khianat.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...