Wednesday, 6 March 2019

Angan-Angan Pembangkang Negeri Perak?

Angan-Angan Pembangkang Negeri Perak? Dua pemimpin PH Perak hari ini mempertikaikan kenyataan Pemuda PAS negeri itu yang memberi bayangan kerajaan negeri mungkin bertukar tangan jika PAS dan BN bergabung.

Exco kanan Perak, Asmuni Awi, malah menganggap Ketua Pemuda PAS, Akmal Kamarudin, bermimpi serta tidak mahir dalam ilmu kira-kira.

Angan-Angan Pembangkang Negeri Perak? Asmuni juga meminta Akmal menyenaraikan semua nama 27 Adun Umno yang ada dalam DUN Perak sekarang.

"Tanya balik pada mereka, siapa 27 orang Adun tu? Kalau betul, buatlah sidang media, mengadaplah sultan, tak payah tunggu sidang DUN," katanya yang juga pengerusi Amanah Perak.

Menjelaskan lebih lanjut kepada Malaysiakini Asmuni berkata Kamarudin mungkin terlupa ilmu matematik semasa membuat dakwaan tersebut.

"Tak tahulah pulak kalau mereka masukkan saya ni dalam kiraan sebagai Adun Umno," katanya menyindir.

Portal Utusan Malaysia hari ini memetik Akmal sebagai berkata Umno dan PAS kini mempunyai 30 kerusi DUN berbanding PH yang mempunyai 29 kerusi. 

Dapat mana 30 kerusi

Dalam keadaan begitu Akmal yang juga Adun Selama itu membayangkan pentadbiran kerajaan negeri boleh bertukar tangan.

Angan-Angan Pembangkang Negeri Perak?


Isu itu ditimbulkan ekoran 'persandingan' rasmi PAS dan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur semalam.

Pada PRU ke-14 lalu, Umno berjaya memenangi 27 kerusi, manakala PAS - yang sebelum itu menjangkakan dapat membentuk kerajaan - hanya memiliki tiga kerusi.

Bagaimanapun dua Adun Umno, Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik) dan Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Tualang Sekah) keluar dari parti itu.

Zainol menyertai Bersatu manakala Nolee menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan PH.

Mengulas mengenai kedua-dua Adun tersebut, Akmal berkata sekiranya mereka tidak keluar dari Umno, sudah pasti kerajaan negeri kini berjaya ditadbir PAS dan Umno.

Sementara itu, seorang lagi exco kanan Perak, Abdul Aziz Bari, menganggap perubahan kerajaan mustahil berlaku dan meminta PAS menjelaskan bagaimana jumlah 30 Adun itu diperolehi. 

Baca Kerjasama Umno-PAS boleh gugat k’jaan negeri Perak, Kedah

Angan-Angan Pembangkang Negeri Perak?


Adun DAP bagi kawasan Tebing Tinggi itu berkata jika pembangkang mempunyai suara majoriti dalam DUN Perak, barulah kedudukan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu boleh digugat melalui undi tidak percaya.

Satu lagi kaedah, kata bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu, ialah melalui peletakan jawatan Ahmad Faizal.

"Sidang DUN ada tak? Sidang DUN akan diadakan April ini. Lepas tu, dia (Umno-PAS) bukan kerajaan.

"Kalau kerajaan mudahlah, sebab kalau Putrajaya sebagai parti pusat mengarahkan kedudukan MB itu letak jawatan, itu lain cerita, itu boleh diatur.

"Kemudian nama yang baru boleh dikemukakan kepada istana untuk dilantik.

Angan-Angan Pembangkang Negeri Perak? "Sekarang ni macam mana PAS dan Umno nak buat macam tu? Dia pembangkang. Tak semudah itu. Berangan bolehlah," katanya. - mk




Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



11 comments:

  1. Angan2 ke apa ke tak kisah, jgn pulak bila dah tersungkur bersidang bawah pokok, krjaan ph perak buknlah pihak yg betul2 layak untuk jd kerjaan dgn bantuan katak mereka jd kerajaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pendapat kamu. Ramai yang lain tak setuju.

      Sebab? Kamu tak kasi sebab, yang lain pun tak perlu.

      Delete
    2. Kamu pun tak kasi sebab.

      Aku sokong Joo.

      Delete
  2. Dua adun tu, sorang ja yg masuk bersatu, sorang lagi bebas. Yg bebas tu in syaallah boleh kembali ke umno, jadi 30/30. Minta2 adun yg masuk bersatu tu isytihar keluar ppbm dan kembali kpd umno,,,maka ketajaan ph boleh bertukar tangan.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Ko ingat senang ke nak buat begitu? Ko ingat puak PH pun diam aje ke, tak jaga orang depa tak lari?

      Tapi berangan angan tak salah. Sila lah teruskan. Itu lah rencah2 hidup, bikin lebih enak rasa nya.

      Delete
  3. Elok dah jadi Kerajaan Malaysia nak turun pangkat jadi Kerajaan Negeri, gila ke tak waras

    ReplyDelete
  4. Jangan join orang yg gila pangkat nanti yg lompat tu kena sembalih ha ha

    ReplyDelete
    Replies

    1. Tak sembelih, Bany. Ha nya di pulau.

      Macam Rameli, bekas Pengerusi KTMB. Kesian bini dia mengeluh kuat2 di khalayak ramai, bila dah hilang jawatan dan di siasat SPRM, orang yang dulu ditolong pun tak pedulikan.

      "When beggars die, there are no comets seen", kata pujangga termasyhur British, William Shakespeare, yang menulis karya2 terkemuka 500 tahun dulu.

      Delete
  5. Umno Pas kononnya dah "bergabung", nak heboh sikit.

    Jangan nak bikin kecoh, ler wei. Komer tak sampai ke mana. Umno dah disebut bertalu talu hampoir nak mampus. Presiden nya Wak Zahid "bercuti" hingga Tok Mat rasa tak larat nak sandang tugas2 Presiden. Aritu Wak kata dia nak ambil semula tugas2 Presiden tu, tapi Tok Mat diam ajer.

    Ahli2 Umno dah bingong. Najib masih mengacau, heboh dengan "Bossku" tapi puak KJ kata "Najib bukan Bossku."

    Mudin Naib Presiden diam ajer. Jumpa Tun M berjam, tak tahu nak apa. Tun M kata Tok Mat dll pun ada jumpa dia, "pasal nak masuk Bersatu", kalau tak silap dia kata.

    ReplyDelete
  6. hello beiibbyyy ,,,,,,
    ni kita bocorin sdkt rahasia yaaaa,,,hmmm,, ap ya kira"? hehehe
    RAHASIANYA ,,,, ad promo loh di WWW.FANSBETTING..CO
    nah untuk itu bisa langsung add aj kontak kmi dan bertny" lebih lanjut untuk info PROMONYA ya
    >>>fansbetting<<<BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting
    kami ucapkan selamat siang dan selamat beraktifitas ya guyssssssss thankyouuuuu ^O^

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...