Friday, 1 March 2019

Amanat PRK Semenyih Dari Mahathir

Amanat PRK Semenyih Dari Mahathir. Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sia-sia sahaja sekiranya pengundi di Semenyih memilih calon Barisan Nasional (BN) atau parti lain pada pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Sabtu ini.

Malah, katanya, calon pembangkang tidak mampu melaksanakan agenda pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat kerana tidak mempunyai kuasa di peringkat persekutuan dan negeri.

Amanat PRK Semenyih Dari Mahathir. Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), sebaliknya berkata, calon PH, Muhammad Aiman Zainali mempunyai kelebihan untuk menunaikan agendanya untuk penduduk Semenyih sekiranya menang PRK itu kerana mempunyai sokongan daripada kerajaan negeri dan pusat yang diterajui PH.

"Kalau pilih (calon) parti pembangkang, apa yang boleh dia buat. Lagipun, Selangor ialah antara negeri terawal yang menolak BN," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Pakatan Harapan, di Semenyih malam tadi dalam siri kempen untuk memastikan kemenangan PH dalam PRK itu.

Turut hadir Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Muhammad Aiman.

Dalam pada itu, Dr Mahathir menegaskan walaupun kerajaan PH baru berusia sembilan bulan, ia kini melakukan pelbagai usaha untuk memulihkan keadaan negara yang telah dirosakkan kerajaan terdahulu.

Amanat PRK Semenyih Dari Mahathir


Katanya, ini termasuk usaha ke arah menurunkan kos sara hidup bagi mengurangkan beban rakyat.

Dr Mahathir berkata kerajaan PH berhasrat supaya semua kaum di negara ini dapat menikmati kekayaan negara serta dibangunkan dengan adil dan saksama.

Justeru, beliau berkata rakyat khususnya di Semenyih perlu memikirkan masa depan dan memilih calon yang boleh membawa perubahan di kawasan mereka.

“Kalau Muhammad Aiman menjadi ADUN saya yakin dia boleh melakukan apa yang dia rancang di tempat ini,” katanya.

PRK DUN Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Muhammad Aiman, Zakaria Hanafi (BN), Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng.

Pengundian akan diadakan Sabtu ini.

Sementara itu, Dr Mahathir Dr Mahathir Mohamad menegaskan umur calon PH bagi PRK DUN Semenyih Muhammad Aiman Zainali, 30, bukan masalah untuk dipilih menjadi wakil rakyat.

Beliau berkata walaupun muda, Muhammad Aiman mempunyai barisan kepimpinan negeri dan pusat berpengalaman untuk membantu beliau menjalankan tugas.

"Nampak dia mudalah, muda sikit daripada saya. Tapi walaupun muda di belakangnya banyak orang yang tua-tua, yang tua sekali pun ada sampai 93 tahun tak berhenti-henti bercakap," kata Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sambil merujuk kepada usianya sendiri.

"Kita nak bantulah generasi muda ini, orang muda lama-lama dia tua, jadi masa muda ini masa latihan dan dia akan dapat panduan, tunjuk ajar dan sokongan daripada generasi yang tua," katanya ketika berucap pada majlis Santai 2-Roda Semenyih bersama kelab permotoran sekitar Semenyih semalam.

Turut hadir Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Muhammad Aiman.

Amanat PRK Semenyih Dari Mahathir


Dr Mahathir menegaskan wakil rakyat daripada PH mampu melaksanakan pelbagai agenda untuk rakyat kerana gabungan itu kini mentadbir negara.

"Tetapi kalau (pilih) wakil rakyat pembangkang, dia tidak boleh buat apa, kami tahulah kerana kami dulu dari parti lawan. Bercakap bolehlah, (boleh) marah orang, tetapi nak buat apapun tak boleh sebab tidak ada kuasa," katanya.

Beliau berkata kerajaan PH juga mahu melakukan perubahan termasuk menurunkan umur layak mengundi kepada 18 tahun dan memendekkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal, namun ia memerlukan dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat.


"Kita akan pinda perlembagaan tetapi bukan nak pinda nak buang raja, nak sekat raja, itu tidak ada, yang itu kekal macam itulah," katanya.

Amanat PRK Semenyih Dari Mahathir. Katanya, PRK DUN Semenyih boleh menjadi penggerak kepada sokongan rakyat dalam mencapai majoriti dua pertiga berkenaan. - bernama




Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...