Friday, 8 February 2019

Tembelang MCA Pecah

Tembelang MCA Pecah. Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan MCA cuba mengelakkan mesyuarat tertinggi jawatankuasa Barisan Nasional (BN) kerana bimbang media bertanyakan tentang resolusi bubar BN, yang diluluskan perhimpunan agung MCA tahun lepas.

Timbalan presiden Umno berkata mesyuarat tertinggi jawatankuasa BN itu belum bersidang sejak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas-tugas presiden kepadanya.

Tembelang MCA Pecah. Mohamad menjelaskan pada masa sekarang sebarang keputusan berkaitan BN akan beliau bincangkan dengan pemimpin-pemimpin MCA dan MIC secara berasingan menerusi mesyuarat ‘ad hoc’.

“Saya hendak panggil mereka semasa pilihan raya kecil Cameron Highlands, tetapi MCA meminta jangan buat dahulu, kerana jika mesyuarat tertinggi jawatankuasa BN diadakan, maka mereka terpaksa bentangkan resolusi itu,” katanya dalam satu forum hari ini.

Beliau merujuk kepada resolusi perhimpunan agung MCA ke-65 pada 2 Disember lepas yang sebulat suara memberi kuasa kepada jawatankuasa pusat parti itu untuk memulakan proses pembubaran BN dan membentuk perikatan baru.

Ia bagi memberi ruang kepada parti-parti komponen untuk melakukan transformasi dan pembinaan semula selepas kekalahan BN pada pilihan raya umum lepas.

Tembelang MCA Pecah


“Saya akan panggil mesyuarat itu untuk lihat sejauh mana MCA mahu perakui perkara itu. Namun bila saya panggil mereka mengelak kerana mereka tidak mahu wartawan bertanyakan mengenai resolusi berkenaan dan mereka akan terperangkap,” kata Mohamnad.

Sementara itu, Mohamad berkata tiada peraturan yang menegah atau melarang mana-mana parti meninggalkan Barisan Nasional, tetapi berharap mereka semua terus bersama ketika susah dan senang.

“Saya beritahu rakan-rakan komponen bahawa hendak tarik beban, Umno sudah tidak mampu. Jadi setiap parti kena berusaha memperkasakan parti masing-masing. Kalau hendak harapkan Umno, tidak boleh juga,” katanya.

Mana ‘blue print’ ekonomi?

Sementara itu, Mohamad turut mengkritik Pakatan Harapan kerana belum mempunyai dasar-dasar ekonomi sehingga ke hari ini.

Tembelang MCA Pecah


“Boleh anda beritahu saya, selain hendak bina kereta nasional ke-3 dan jambatan bengkok, yang lain apa? Apakah rangka tindak ekonomi untuk negara,” katanya.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan sempat membidas kelakuan PH “buat hal sendiri” di kementerian-kementerian dan mencampuri urusan kementerian lain.

“Sebab itulah keluar isu warna kasut sekolah. Jika mereka ada rangka tindak yang bagus, saya tidak rasa itu satu perkara yang boleh dibincang dalam dasar pelajaran negara,” katanya.

Ketua pembangkang baru

Sementara itu, Mohamad berkata dia mahu bermesyuarat dengan parti-parti pembangkang sebelum Dewan Rakyat bersidang Mac depan bagi melantik ketua pembangkang baru.

Beliau berkata jawatan tersebut kosong kerana penyandangnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bercuti dan melepaskan “100%” tugasnya sebagai presiden Umno, pengerusi Barisan Nasional dan ketua pembangkang.

Tembelang MCA Pecah.  “Saya akan panggil secepat mungkin untuk berbincang, kalau tidak panggil majlis, saya akan jumpa setiap parti,” katanya. -  free malaysia today




Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...