Wednesday, 27 February 2019

Tarikh PRK Rantau Ialah...

Tarikh PRK Rantau Ialah... Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan dalam tempoh 60 hari mulai hari ini.

Pengerusi Azhar Azizan Harun berkata suruhanjaya sudah menerima perakuan mahkamah daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan bawah Seksyen 36A(3)(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya yang mengisytiharkan keputusan pilihan raya bagi DUN Rantau adalah terbatal.

Tarikh PRK Rantau Ialah... “Selaras dengan Perkara LVI(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, SPR akan mengisi kekosongan kerusi terbabit dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang dipastikan berlaku mulai hari ini.

“Pemakluman rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN itu juga akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azhar berkata SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai perlaksanaan pilihan raya itu pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pada pilihan raya umum ke-14, Datuk Seri Mohamad Hasan menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas lawannya Dr S Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan SPR.

Tarikh PRK Rantau Ialah... 


Berikutan itu, pada 23 Mei lepas, Dr Streram memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon pilihan raya kecil diadakan kerana mendakwa penyandangnya tidak dipilih secara sah dan terbatal.

Dalam petisyennya, beliau menamakan Mohamad sebagai responden pertama; pegawai pengurus pilihan raya bagi kawasan Parlimen Rembau, Amino Agus Suyub sebagai reponden kedua; dan SPR responden ketiga.

Pada 16 Februari lepas, Mahkamah Khas Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan Mohamad daripada Barisan Nasional di DUN Rantau pada PRU-14 itu tidak sah dan terbatal.

Tarikh PRK Rantau Ialah... Hakim Datuk Azimah Omar dalam penghakimannya berkata tidak wujud sebarang undang-undang pilihan raya yang menyatakan tag atau pas masuk diperlukan oleh calon, pencadang dan penyokong untuk mengemukakan borang pencalonan. - fmt




Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...