Tuesday, 26 February 2019

Tabung Haji Kekal Di Bawah Jabatan Perdana Menteri

Tabung Haji Kekal Di Bawah Jabatan Perdana Menteri. Lembaga Tabung Haji (TH) kekal di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri, kata kenyataan media Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menafikan dakwaan yang mengatakan TH dipindahkan kepada Kementerian Kewangan.

Tabung Haji Kekal Di Bawah Jabatan Perdana Menteri.  "TH kekal di bawah bidang kuasa JPM, dan perkara ini tidak berubah dengan pengenalan SPV seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet," kata kenyataan media itu.

Spekulasi sebelum ini timbul susulan keputusan jemaah menteri untuk memindahkan aset-aset yang tidak menguntungkan TH kepada Syarikat Tujuan Khas atau SPV milik Kerajaan.

"Pemindahan aset-aset tersebut kepada SPV ialah sebahagian usaha mengembalikan keadaan kewangan TH kepada normal dan mempercepatkan pemulihan kewangan institusi tersebut setelah berlakunya salah laku secara besar-besaran.

Tabung Haji Kekal Di Bawah Jabatan Perdana Menteri


"TH juga diletakkan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM).

"BNM sebagai badan yang bebas, dan di bawah pimpinan Gabenor Nor Shamsiah Mohd Yunus, mengawal selia semua bank dan institusi kewangan di dalam negara, termasuk institusi-institusi kewangan Islam," kata kenyataan itu lagi. - malaysiakini






Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...