Monday, 25 February 2019

Perang Tol.. Muhyiddin Bidas Najib

Perang Tol.. Muhyiddin Bidas Najib. 'Perang tol' di antara PH dan pembangkang berterusan lagi. Kali ini giliran Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membidas bekas presiden Umno Najib Razak yang menyindir pengumuman kerajaan untuk menghapuskan mekanisme kutipan tol sedia ada.

Kata Muhyiddin walaupun dianggap remeh oleh pembangkang, sekurang-kurangnya kerajaan PH berjaya mengambil langkah awal bagi mengotakan janji mereka untuk menghapuskan tol.

Perang Tol.. Muhyiddin Bidas Najib. Keadaan itu, katanya, berbeza dengan BN semasa menjadi kerajaan apabila mereka hanya tahu berbincang tetapi tanpa penyelesaian.

“Mereka (BN) juga berjanji dulu untuk menyelesaikan masalah tol.

"Saya duduk dalam jemaah menteri, bincang punya bincang, punya bincang, tapi tak ada keputusan,” katanya yang pernah menjadi timbalan Najib dalam kerajaan dan parti.

Muhyiddin berkata demikian dalam ceramah isu-isu semasa di padang permainan Pangsapuri Fasa 6 di pusat daerah mengundi (PDM) Bandar Tasek Kesuma malam ini.

Tambah Muhyiddin, Najib sekarang hanya tahu mempersoalkan kenapa PH tidak melakukan pengumuman mengenai tol itu lebih awal.

Sedangkan kata Muhyiddin bekas perdana menteri keenam Malaysia itu sendiri tidak dapat melunaskan janji mengenai tol setelah beberapa tahun menjadi perdana menteri.

Perang Tol.. Muhyiddin Bidas Najib


“Waktu awak jadi perdana menteri, kenapa awak tak buat? Apabila kita sudah buat, dipersoalkan balik... sepatutnya rakyat bersyukur dengan keputusan kerajaan, walaupun secara berperingkat di tempat-tempat tertentu.

"Ini langkah awal. (Baru) sembilan bukan sahaja (mentadbir kerajaan).

“Najib dah berapa tahun jadi perdana menteri? Apa dia buat?” soalnya lagi.

Semalam, kerajaan mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang mempunyai pegangan syarikat terbabit.

Pengambilalihan tersebut adalah bagi menghapuskan mekanisme kutipan tol sedia ada, dan akan digantikan dengan pengenalan caj kesesakan (congestion charge).

Perang Tol.. Muhyiddin Bidas Najib


Melalui perkiraan baru caj tersebut, pengguna lebuh raya dikenakan caj yang sama dengan kadar tol sekarang pada pada waktu puncak selama enam jam sehari.

Bayaran tol untuk waktu di antara 11 malam dan 5 pagi pula dihapuskan. 

Perang Tol.. Muhyiddin Bidas Najib. Selain isu tol, Muhyiddin turut membangkitkan janji BN untuk membina sejuta unit rumah dalam masa lima tahun yang juga gagal dilaksanakan. - malaysiakini




Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



14 comments:

  1. Dia kutuk BN, eh bukan ke dia dulu TPM BN? tak de telor rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk tangan hang dlm seluaq dlm dia.check la klu dia ada teloq ke x.hahaha.bodoh.

      Delete
    2. Hangpa jenis yang sanggup raba teloq orang ka? Lepaih tuh, kot tak basuh tangan, makan nasi ... yerkkkkk

      Delete
  2. kalau takde telor takkan dia kena buang pasal sound najib...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia sound najib krn dia bertuankan mahdey kaki kencing.Dulu dia pon sedar mahdey tu siapa tapi jika kita adalah proksi dan kroni....kena senyaplah.
      Nak pegang putrajaya pon bukan krn rakyat.
      Masa dia jadi tpm dan menteri pendidikan...bagi projek bestari.net kpd kroni yg tiada infra internet.Siapa kroni tu dgn mahdey?
      Dikatakan sebuah sklh bayar sewa hampir rm600 sebulan.Berapa dpt klu semua sklh?

      Delete
    2. isunya tanya pasal 2.6b pun kena pecat. tanya pun salah. lepas tu 1mdb tk boleh bincang mana2pun.

      Delete
    3. Tak kisah lah dia bertuankan Madey, asalkan dia berani dedahkan Najib berdedah dengan RM2.6 billion dan Mak Badak dia.

      Delete
  3. nampaknya akhir zaman ni...ramai org islam dah gila....sokong penyamun....penyamun bugis....
    ...rahsuah dah jadi halal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kurang mahdey???
      Sblm ini pon guan eng..anwar..mat sabun..rafizi..asskrimin..kit sial kata mahdey kaki rasuah dan salah guna kuasa.
      Apa janji mrk sblm ini???
      Akan penjarakan mahazalim dan mahfiraun itu jika berkuasa.
      Mana janji mrk skrg???!!!!!

      Klu tak merasuah dan salahguna kuasa tak akan mungkin anak kaya raya dgn mendadak.Belum lagi cerita berbilion2 wang rakyat digunakan utk bailout syarikat anak dan kroni.Ada siasatan???

      Kenapa tiada siasatan????
      Sebab melayu mudah lupa....

      Delete
    2. Bukan takat yg jahil je sokong Najib/BN, lebai2 yg berserban se besar bakul dan berjubah pun tk ketinggalan sokong Najib/BN

      Delete
    3. kita tahu dlm semua seleweng berlaku dlm semua peringkat. dulu dan selamanya.

      tp zaman najib adalah kemuncaknya maka bn jatuh.

      buat jahat berpada2. nk cari yg bersih hamper tkde, lobai pun dh kotor.

      Delete
    4. Aku sokong bebenoor apa HBM kata

      Delete
  4. najib penuhi yg tiada dlm manifesto.. 1mdb.

    yg dijanji tk penuhi, yg tak jnji bukan main laju dia buat senyap2.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...