Friday, 15 February 2019

Pendedahan Mengejutkan Dari Badan Kehakiman

Pendedahan Mengejutkan Dari Badan Kehakiman. Dalam pendedahan menggemparkan hari ini, Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer mendakwa hakim-hakim tertinggi negara berkali-kali memanggil panel hakim Mahkamah Rayuan kes perbicaraan Liwat II Presiden PKR Anwar Ibrahim dan memberi arahan tindakan yang perlu dilakukan.

Pendedahan itu antara beberapa dakwaan campur tangan dalam institusi kehakiman yang didedahkan Hamid dalam afidavit sokongan terhadap permohonan peguam Sangeet Kaur Deo untuk mengisytiharkan bahawa ketua hakim negara gagal mempertahankan integriti dan kredibiliti badan kehakiman.

Pendedahan Mengejutkan Dari Badan Kehakiman. "Hakim (Tertinggi Mahkamah Rayuan) tersebut memberitahu saya bahawa koram Mahkamah Rayuan telah dipanggil ke ruang hakim tertinggi berkali-kali dan diberi arahan atas apa yang harus dilakukan.

"Terdapat lebih banyak lagi yang saya ingin katakan berhubung dengan ini, tetapi saya akan menyimpannya untuk mengatakannya kepada RCI (suruhanjaya siasatan diraja)," katanya dalam afidavit berkenaan yang turut dilihat Malaysiakini.

Hamid turut mengesahkan dakwaan peguam Haniff Khatri bahawa seorang hakim tertinggi masuk campur dalam kes di bawah Akta Hasutan melibatkan bekas pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh.

Beliau merujuk hakim tertinggi yang didakwanya terlibat masuk campur kes berkenaan sebagai "ARLC".

"Maklumat kedua sebenarnya adalah pengakuan salah satu jenayah perlembagaan yang dirancang oleh ARLC.

Pendedahan Mengejutkan Dari Badan Kehakiman


"Hakim yang memaklumkan kepada saya adalah ahli koram Karpal dalam kes hasutan. Beliau berkata keputusan Mahkamah Rayuan sebelum pengumuman itu adalah untuk membebaskan secara majoriti

"Bagaimanapun, seorang hakim tertinggi memanggil koram dan meminta untuk menolak rayuan tersebut, yang bermaksud bahawa sabitan itu akan berdiri (kekal). 


"Hakim wanita yang merupakan salah satu ahli koram dan majoriti pada masa itu enggan mematuhi arahan tersebut.

"Namun, hakim yang lain bersetuju untuk menukar keputusan untuk membebas kepada sabitan. Akibatnya majoriti menegaskan sabitan itu.

"Hakim senior tersebut juga memberitahu saya bahawa hakim-hakim tertinggi telah mencampuri urusan kehakiman dan beliau sangat kecewa alas tingkah laku yang diadunya yang mana telah menjejaskan integriti badan kehakiman itu sendiri.

"Terdapat lebih banyak lagi yang saya ingin katakan berhubung dengan ini tetapi saya akan menyimpannya untuk mengatakannya kepada RCI," katanya.

Tambah Hamid lagi, kes pertama membawanya kepada masalah adalah keputusannya mengenai keperlembagaan Seksyen 27 Akta Polis 1967, yang menetapkan permit polis diperlukan mengadakan perhimpunan.

Akta berkenaan telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Perhimpunan Damai 2012.

Dalam hal berkenaan, jelas Hamid, mahkamah perbicaraan telah mensabitkan tertuduh dan rayuan kemudian dibuat di hadapan Mahkamah Rayuan, di mana beliau salah seorang ahli koram.

Hamid mendakwa, dia diminta Merangka penghakiman mahkamah dan mengedarkannya kepada ahli-ahli koram lain untuk kelulusan mereka.

"Saya menulis penghakiman yang menyatakan kewibawaan yang berkaitan dengan supremasi perlembagaan dan menyimpulkan bahawa seksyen itu tidak berperlembagaan.

"la adalah kali pertama dalam sejarah kehakiman kami yang berkaitan dengan Akta Polis yang dimansuhkan.

Pendedahan Mengejutkan Dari Badan Kehakiman


"Apabila peredaran draf ahli koram dibuat, draf tersebut telah diluluskan oleh satu ahli.

"Walau bagaimanapun, ahli yang lain memaklumkan bahawa beliau tidak bersetuju dan akan menulis drafnya dan mengedarkannya.

"Selepas beberapa ketika ahli itu mengedarkan drafnya, satu mesyuarat diadakan untuk membincangkan draf tersebut.

"Ini adalah prosedur biasa untuk menerangkan mengapa draf ahli tersebut harus membentuk keputusan sebulat suara atau majoriti.

"Perbincangan sedemikian dibenarkan. Apa yang tidak dibenarkan ialah untuk satu ahli untuk meletakkan tekanan luar yang tidak berkaitan dengan undang-undang untuk meyakinkan seorang hakim untuk menerima drafnya.

"Semasa perbincangan, ahli yang membuat dugaan yang tidak setuju dengan saya memberitahu ahli lain "if you follow Hamid's draft it will create Arab Spring and there will be unrest to topple the government'. ('Jika kamu ikut draf Hamid, ia akan menyebabkan Arab Spring dan akan ada usaha menjatuhkan kerajaan')," katanya.

Hamid berkata, apabila dia enggan mengubah pendiriannya, salah seorang hakim memberitahu bahawa dia tiada masa depan dalam kehakiman jika bersikap seperti itu.

Susulan kejadian itu, Hamid berkata ketua hakim ketika itu memanggilnya untuk bermesyuarat dan memberitahu bahawa "sekiranya kerajaan tidak suka dengan kamu, jika saya cadangkan kamu dinaik pangkat, ia akan ditolak".

"Jawapan saya adalah saya tidak mencari masa depan dalam kehakiman tapi untuk melakukan tugas saya seperti ketika saya angkat sumpah memegang jawatan," katanya.

Hamid turut mendakwa, koramnya dipanggil "ARLC" dalam keputusan penghakiman kes Indira Gandhi.

Pendedahan Mengejutkan Dari Badan Kehakiman

"Teguran yang dibuat terhadap saya oleh ARLC dan kegagalan berterusan hakim-hakim tertinggi serta hakim lain yang saya akan jelaskan kemudian bersama-sama dengan perkara-perkara lain yang melemahkan integriti dan kebebasan badan kehakiman, yang mewajibkan RCI," katanya.

Hamid sebelum ini mendedahkan dakwaan campur tangan dalam kes Indira Gandhi dalam sebuah program Badan Peguam Malaysia.





Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...