Tuesday, 26 February 2019

Pemimpin BN Bakal Di Cekup

Pemimpin BN Bakal Di Cekup. Polis sedang menyiasat Setiausaha Agung BN Mohamed Nazri Abdul Aziz atas dakwaan menghasut susulan ucapannya ketika berkempen dalam pilihan raya kecil Semenyih.

Ketua Polis Negara Mohamed Fuzi Harun mengesahkan hal ini.

"Saya dah cakap tadi kita akan siasat bawah Akta Hasutan dan kita perlu lengkapkan (siasatan) secepat mungkin.

Pemimpin BN Bakal Di Cekup. "Jadi lengkap nanti kita akan hantar ke DPP (Timbalan Pendakwaraya di Pejabat AG) untuk tindakan lanjut ataupun arahan selanjutnya," katanya.

Fuzi bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas menghadiri sambutan majlis memperingati penubuhan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang ke-63 di Cheras hari ini.

Menurut Fuzi, MP Umno untuk Padang Rengas itu disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan yang menyatakan menjadi satu kesalahan untuk mempunyai kecenderungan menghasut dan menyebut apa-apa perkataan menghasut. 

Pemimpin BN Bakal Di Cekup


Jika sabit pertuduhan, pelaku kesalahan pertama boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

BERKAITAN: Nazri: AG, CJ, menteri kewangan tak percaya kitab, agama kita

Fuzi menjelaskan satu laporan polis telah dibuat terhadap Nazri setakat ini.

Pemimpin BN Bakal Di Cekup.  Semalam, bekas menteri itu memberitahu pihak media polis telah mengambil kenyataannya susulan laporan dibuat terhadap dirinya. - malaysiakini





Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



2 comments:

  1. patutnya ...si botak pdg rengas ni...dah lama dah kena cekup polis....byk kesalahan dia dah buat...

    ReplyDelete
  2. Dia ingat dia loyar pandai undang2 tak akan kena tangkap. Pandai2 tupai melompat, satu hari jatuh juga ke penjara.

    Tapi yang aku suka pasai dia ia lah dia berani buat komen kpd TMJ. Dalam hal perlu ikut perinsip "raja berperlembagaan" macam England, aku sokong dia.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...