Thursday, 21 February 2019

PAS Jadi Batu Api.. Ini Buktinya

PAS Jadi Batu Api.. Ini Buktinya. PAS kelihatan semakin menggiatkan usaha mereka mempertahankan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dengan mengecam DAP, PKR dan Amanah.

Kali ini Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi menggunakan contoh insiden sebelum PRU ke-14 untuk menunjukkan rasa jeliknya terhadap DAP, dan pada masa sama menunjukkan sokongan kepada Mahathir.

PAS Jadi Batu Api.. Ini Buktinya.  Kata Muhammad Khalil insiden berkenaan adalah bukti jelas DAP menggunakan perdana menteri untuk mencapai cita-cita politik mereka.

"Lihat sahaja ucapan dalam ceramah Nga Kor Meng ketika PRU ke-14 alu.

"Melihat kepada ucapan ceramahnya sudah cukup membuatkan kita mual dan muntah dengan kata-kata beliau terhadap Mahahtir.

"Tidak cukup jelas lagikah untuk kita (melihat) bagaimana DAP hanya menggunakan Mahahtir untuk mencapai cita-cita mereka yang sudah tentu menggembirakan teman rapat mereka seperti PKR dan Amanah kerana mendapat manfaat dan faedah?" katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan dibuat Muhammad Khalil dipercayai merujuk kepada ceramah anggota parlimen Teluk Intan itu beberapa hari sebelum tarikh mengundi PRU lalu.

Tidak dikecam pemimpin

Dalam ceramah berkenaan Nga yang meminta supaya Mahathir "menangguhkan" kematiannya agar tugas PH mengalahkan Najib Razak dan BN dapat disempurnakan.

Nga kemudian menyanyikan lagu "Selamat tinggal sayangku, selamat tinggal kekasihku," sambil menyatakan ia mungkin berlaku selepas Mahathir "menyelesaikan tugasnya".

"Kamu semua perlu minta Mahathir supaya tidak pergi dulu, kita mahu minta Mahathir hidup lama," katanya dalam bahasa Kantonis.

PAS Jadi Batu Api.. Ini Buktinya


Bagaimanapun, video itu dimuat naik di Facebook dengan keterangan yang tidak tepat dalam bahasa Melayu, termasuk menyatakan Nga berkata Mahathir "boleh mampus" selepas menyelesaikan tugasnya, walaupun ia merujuk kepada BN.

Baca MB: Kelantan yakin kewibawaan Dr Mahathir

Nga kemudian meminta maaf dan mengakui kadang-kadang bahasa Mandarinnya agak keras dan sinis.

"Saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekerasan nada atau bahasa saya yang gunakan jika dianggap kasar. Saya akan cuba bernada lebih lembut dalam ceramah-ceramah akan datang," katanya. 

Sementara itu Muhammad Khalil menggunakan kenyataan pemimpin DAP Johor ke atas Mahathir untuk menguatkan dakwaan PAS bahawa perdana menteri sedang ditekan parti komponen PH.

Kata Adun Batu Buruk itu, desakan Dr Boo Cheng Hau supaya Mahathir meletakkan jawatan tidak dikecam oleh mana-mana pemimpin DAP, PKR atau Amanah.

Baca 'Benar, Hadi memang kata PAS tak sokong Umno di Semenyih'

"Gesaan beliau menerima kecaman hebat daripada pimpinan Bersatu seluruh negara namun tiada satu pun pimpinan utama DAP, PKR dan Amanah menempelak atau menyuruh Boo menarik balik kenyataan tersebut serta meminta maaf walaupun setelah 24 jam ia diucapkan.

"Menggesa seorang pemimpin utama PH meletakkan jawatan sebagai perdana menteri adalah satu gesaan yang cukup besar dan berat, namun tidakkah kita pelik kerana kesemua pimpinan utama PH diam seribu bahasa?" katanya lagi.

PAS Jadi Batu Api.. Ini Buktinya


Menurut anak presiden PAS itu pemimpin atasan PH "wajib" mengecam kenyataan Boo atau kegagalan berbuat demikian menunjukkan mereka merestui desakan tersebut.

Gambar dari pertemuan Abdul Hadi dan Mahathir minggu lalu
"Wajibnya pimpinan utama PH menempelak kenyataan tersebut dan menyokong kepimpinan Mahathir sebagai perdana menteri dan pengerusi PH, namun tiada seorang pun berbuat demikian.

"Ia sebenarnya cukup ajaib serta menghairankan. Apa sudah berlaku kepada Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan (Mohamad) Sabu?

"Atau sebenarnya itulah tanda awal atau permulaan perancangan mereka?" katanya.

Menurut Muhammad Khalil tindakan pemimpin kanan PH tidak menempelak Boo mungkin menunjukkan mereka sependapat dengan Boo.

PAS Jadi Batu Api.. Ini Buktinya. "Jika benar, ia sebenarnya tanda awal apa yang dijangka oleh PAS akan berlaku tidak lama lagi," katanya. - malaysiakini




Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



15 comments:

  1. setelah perjaya pecahkan PR, kini pas cuba memecahkan PH. dan bosskur relax saja kt semenyih tanpa kehadiran pas.

    ingat 90j tu percuma ke, kena buat kerja lah.

    ReplyDelete
  2. Masih ada lagi yg percayakan manusia penjual agama krn politik ni?
    Pasti ada punyaaaa! Walaunta-walaintaik la tu!!

    ReplyDelete
  3. Pas cuma nak alihkan perhatian drp kes dia makan duit umno. Itu saja. Masakan pas nak bantu tun m yg mrk panggil barua DAP! AWAS MUSLIHAT PAS

    ReplyDelete
  4. UMNO, PAS dan BERSATU akan menubuhkan pakatan/gabungan parti baru dan diikuti beberapa parti lain termasuk MCA dan MIC dalam masa terdekat ini. Jika ini menjadi kenyataan PRU15 akan diadakan terlebih awal daripada sepatutnya. Anwar Ibrahim bye-bye jangan mimpi nak jadi PM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang aku tahu, dulu kata Yadim tutup, tak jadi. Dulu kata nak jadi King Maker, tak jadi juga. Sekarang kata UMNO, PAS dan Bersaty tubuh pakatan pulak???

      Siapa nak percaya kata-kata orang bodoh hahahahahaha!!!!!

      Cubalah cerdik sikit!!!

      Delete
    2. dlm politik perkara begini tidak mustahil, lagi cepat undi tak percaya kpd DrM lagilah cepat gabungan ini akan jadi kenyataan. Hanya orang2 yg "TERLEBIH" cerdik saya tidak memahami keadaan politik semasa. Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.
      Tapi tak apalah Nobody kata orang bodoh hanya nak sedapkan perasaan gundah sendiri. Selamat berpolitik dan cuba belajar dan faham selok-belok politik jangan jadi pak turut "orang berpolitik awak pun nak berpolitik tapi awak tak faham apa itu politik"

      Delete
    3. Betul tu 14:06. Pas cuma nak pastikan orang no 1 & 2 dalam negara adalah orang Islam. Kalau dapat kat Non akan tergadai lah segala2nya...

      Delete
    4. 14:27. Anwar bukan islam ka? Awak dan pas dan kembali mengkafirkan org islam. Bertaubatlah

      Delete
    5. sapa kata Anwar bukan Islam? Najib dan Muhyidin, Mahathir dan Azizah pun Islam.
      Anon 00.05 kau tu salah faham. Orang baca kau pun baca, tapi kau tak faham apa yg kau baca dan tuduh org mengafirkan orang pulak. SPM gred 3 ke?

      Delete
    6. Dapat kat pas akan hancur negara. Jangan cuba

      Delete
  5. PAS kata 18 MP2 mereka akan undi Dr Klinik 1Malaysia yang patut habiskan sisa2 hidup di sejadah.

    Masaalahnya, selepas pendedahan terbaru Sarawak Report yang UMNO yang bayar semua duit deposit calon2 PAS diPRU14 lengkap dgn slip deposit bank masuk bertanding paling banyak kerusi dalam sejarah dan belanja PRU dgn begitu lumayan sekali.

    Ini yalah kesalahan SPR yang blatant, rasuah, election rigging, cuba mempengarohi keputusan PRU dgn bertanding 3 penjuru ditaja oleh Parti yg bertanding jugak.

    Semua kerusi PAS dan UMNO null and void, PAS dan UMNO mesti diharamkan ROS kerana jenayah CBT dan persepakatan yg menipu pengundi2.

    Habis bila dah hilang kelayakan MP, nak undi macam mana?

    Bagaimana pula hukuman akhirat bagi Parti yg pakai nama Islam tetapi menipu, bohong, makan duit curi dan perangai lebih teruk dari Zionist.

    ReplyDelete
  6. ....dan org Islam yg membuat belbagai janji pada rakyat dan tidak ditunaikan serta rakan yg bukan Islam dlm satu pakatan yg menghina dan memperlekehkan Islam tiada bantahan dr rakan-rakann Islam pula bagaimana? DUA-DUA SERUPA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan guru islam yg berbohong bgmn pula ya lebai? Lidah bercabanglah kamu

      Delete
    2. ...dulu dua-dua serupa, sekarang dah jadi tiga-tiga serupa termasuk kau

      Delete
  7. Pas boleh jadi api untuk mmbakar hangus bukan sahaja ph tp semua parti2 dan ahli politik, kepercayaan rakyat bahawa ahli politik mmg tak boleh dipercayai makin kuat, mnipu dalam politik dah jadi amalan semua ahli politik

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...