Saturday, 16 February 2019

Kejutan Dari Sistem Kehakiman

Kejutan Dari Sistem Kehakiman. Putrajaya masih belum membuat keputusan untuk memberi perlindungan kepada Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer berhubung pendedahannya mengenai dakwaan salah laku dalam kehakiman, maklum Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin hari ini.

"Jadi ia bergantung (keadaan), kita masih belum mencapai tahap itu," kata beliau kepada media di Semenyih.

Kejutan Dari Sistem Kehakiman. Bagaimanapun, beliau menasihati Hamid supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi mendapatkan perlindungan.

"Saya rasa terdapat keperluan untuk laporan itu difailkan beliau, untuk disusuli dengan tindakan polis, agensi lain yang terlibat, SPRM... atau apa sahaja, saya tidak tahu.

"Dan, kita akan melihat betapa penting dan seriusnya dan sekiranya ada keperluan untuk memberikan beberapa bentuk perlindungan.

"Pada tahap ini, saya tidak fikir saya boleh jawab (soalan itu)," jelasnya.

Kejutan Dari Sistem Kehakiman


Pada 14 Februari lalu, Hamid mendakwa beberapa anggota badan kehakiman tertentu bersubahat membantu pihak swasta untuk menipu kerajaan.

Beliau berkata demikian dalam satu afidavit yang difailkan menyokong permohonan peguam Sangeet Kaur Deo untuk mengisytiharkan ketua hakim negara gagal mempertahankan kewibawaan badan kehakiman dalam dua kejadian yang didakwa berlakunya campur tangan terhadap kehakiman.

Kejutan Dari Sistem Kehakiman


Hamid berkata beliau sedia untuk mendedahkan lebih banyak lagi perkara jika suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk menyiasat hal itu, tetapi melahirkan rasa kesal kerana Ketua Hakim Negara Richard Malanjum tidak menubuhkan RCI. - malaysiakini





Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...