Monday, 18 February 2019

Cara Membuat Wasiat Dengan As-Salihin Trustee Bhd Melalui Perancang Harta Islam

Assalam, berita baik kepada Orang-Orang Islam...

Cara Membuat Wasiat Dengan As-Salihin Trustee Bhd Melalui Perancang Harta Islam

Siapa itu as-Salihin Trustee Bhd?

- As-Salihin Trustee Bhd ialah sebuah syarikat amanah yang ditubuhkan 15 tahun lepas di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 dan di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia

- Syarikat ini menyediakan perkhidmatan perancangan harta orang Islam dan pentadbiran harta pusaka.

- Selain wasiat, syarikat ini menyediakan khidmat membuat Perjanjian Perolehan Aset Bersama (Perjanjian Harta Sepencarian), hibah, amanah dan pentadbiran harta pusaka.

- Cara membuat dokumen Perjanjian Perolehan Aset Bersama dan Hibah - prosesnya tetap sama seperti dalam artikel saya ini.

pertanyaan wasiat dengan perunding Islam as-Salihin Trustee Bhd
Mulakan menalifon kepada Perancang Harta Islam as-Salihin


A. MULAKAN DENGAN PERTANYAAN

Pewasiat yang mahu membuat wasiat boleh menghubungi Pegawai Perancang Harta Pusaka, seperti berikut:

Abd Rahaman Rasid
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Bhd
Tel: 013-366 1242
Email: abdrahaman@gmail.com

perbincangan mengenai wasiat hibah dan harta sepencarian dengan as-salihin


B. PROSES MENDAPAT MAKLUMAT PEWASIAT

1. Temujanji

- Temujanji boleh dibuat di Lembah Kelang, di pejabat, di rumah pewasiat, di PappaRich, Old Town, restoren dan sebagainya.

- Jika tuan sibuk, perbincangan boleh dibuat secara whatsapp atau telegram, atau bertelefon atau beremail.

- Perunding akan mendapatkan maklumat berikut semasa perbincangan:

2. Latar Belakang Pewasiat

- Membuat medical check-up dan mengenalpasti keperluan produk perancangan harta yang dikehendaki. 

- Dalam artikel ini diandaikan pelanggan memerlukan wasiat sahaja

- Kos sarahidup pewasiat dan anak-anak
- Rawatan dan perubatan
- Persekolahan anak hingga ke universiti
- Pembahagian harta kepada isteri
- Pembahagian harta kepada anak angkat
- Wakaf kepada pusat tahfid al-Quran/fakir miskin/anak yatim
- Hutang dunia dan akhirat termasuk pengerjaan haji
- Pengalaman waris dalam menguruskan harta pusaka
- Simpanan tunai pewasiat bagi mencairkan harta

C. CARA PENGUMPULAN MAKLUMAT

Maklumat berikut boleh dibawa oleh Pewasiat semasa temujanji atau diemailkan kepada Perunding Harta.

1. Harta dan Simpanan

- Senarai properti (contoh: rumah dua tingkat, lot pertanian) dengan butir lot dan lokasi seperti yang terdapat dalam geran.
- Senarai pelaburan (contoh: ASB, KL Mutual)
- Senarai simpanan di bank-bank, Tabung Haji dan KWSP (tidak perlu nombor akaun)

2. Senarai Benefisiari

- Ibu-bapa (IC, alamat dan nombor telefon)
- Anak-anak (IC, alamat dan nombor telefon
- Isteri/suami (IC, alamat dan nombor telefon)
- Lain-lain benefisiari (anak angkat, adik beradik dll)

3. Cadangan Pembahagian harta

- Setiap harta di atas hendaklah dinyatakan kadar pembahagiannya. Contoh:

- KWSP:

- Isteri: XX%
- Anak Pertama: XX%
- Anak Ke-2: XX%
- Rumah Teres: Anak angkat XX%
- Saham ASB: Samarata kepada anak-anak
-KWSP:

XX% kepada Pusat Tahfid al-Quran
XX% wakaf perluasan ruang masjid
XX% kepada Rumah anak yatim


C. PENYIAPAN DOKUMEN WASIAT

- Dalam masa 7 berhari bekerja as-Salihin Trustee Bhd akan menyediakan deraf wasiat.

- Deraf wasiat akan diemailkan kepada Pewasiat untuk semakan dan kelulusan.

- Dokumen wasiat akan dicetak untuk ditandatangani oleh pewasiat

- Pewasiat akan menandatangi wasiat di pejabat as-Salihin, di rumah atau di mana-mana


D. PENYERAHAN DOKUMEN WASIAT

- Dokumen asal wasiat akan disimpan di as-Salihin Trustee Bhd

- Salinan wasiat akan diserahkan kepada Pewasiat

- Pewasiat menjelaskan kos membuat wasiat

- Pewasiat akan dibekalkan dengan dua Kad Wasiat. Kad ini wajar diserahkan kepada dua waris terdekat dengan pesanan yang anda ada membuat wasiat dan hubungi as-Salihin bagi urusan pembahagian harta pusaka.


E. BUATKAN SESUATU HARI DEMI KELUARGA TERSAYANG

Hubungi kami segera untuk membuat wasiat demi keluarga yang tersayang. Jalan telah dibuka. Ajal tidak pernah memberi tahu apabila akan tiba. Keputusan hari boleh merobah masa depan anda dan keluarga.

Mulakan perbincangan dan tiada paksaan anda membuat wasiat atau produk perkhidmatan yang lain. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat penerangan yang jelas mengenai produk yang ditawarkan oleh syarikat kami as-Salihin Trustee Bhd untuk keperluan akan datang.


HUBUNGI WAKIL AS-SALIHIN TRUSTEE BHD


Sila hubungi saya bagi membuat wasiat dengan as-Salihin Trustee Bhd bila-bila masa.


Abd Rahaman Rasid
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon: 013 366 1242
Email: abdrahaman@gmail.com








Untuk keterangan lanjut sila layari Cara Membuat Wasiat Dengan As-Salihin Trustee Bhd Melalui Perancang Harta Islam.







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...