Tuesday, 19 February 2019

Berita Meresahkan Pakatan Harapan

Berita Meresahkan Pakatan Harapan. Dalam banyak-banyak kritikan terhadap kerajaan Pakatan Harapan, apa yang paling mendesak dan menyentuh rakyat secara langsung adalah soal kesempitan sara hidup kerana harga barang keperluan yang tinggi.

Kerajaan baru-baru ini menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) untuk antara lain yang diharapkan adalah merancakkan pertumbuhan ekonomi supaya kesannya kelak dapat mengurangkan kesempitan sara hidup rakyat.

Berita Meresahkan Pakatan Harapan. Perancangan untuk menubuhkan MTEN sudah bermula sejak tahun lalu dan ia diharap dapat menghasilkan buah fikiran dan hasil perbincangan yang dapat dilaksanakan secara berkesan.

Tetapi ia pasti terus memerlukan masa yang bukannya pendek, dan sementara itu sebahagian rakyat yang kesempitan sara hidup menanggung derita dan perlu menjalankan kehidupan dengan penuh sabar.

Kerajaan PH ditubuhkan atas mandat antara lain untuk mengurangkan tekanan kesempitan sara hidup rakyat. Selain pemerintahan menurut undang-undang (rule of law), urus tadbir baik (good governance) dan pembanterasan korupsi, soal tekanan ekonomi antara perkara yang dipercayai mendorong banyak pengundi menyokong PH pada pilihan raya umum ke-14 lalu.

Janji bagi menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) antara perkara untuk mengurangkan harga barang-barang.

Daripada hari pertama kerajaan ditubuhkan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan kementerian-kementerian mencari jalan untuk melaksanakan manifesto PH, termasuk memansuhkan GST. Perkara itu dapat dilaksanakan dengan mengkadarkannya kepada 0%.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng juga melaksanakan dasar dan inisiatif supaya kesempitan sara hidup rakyat dapat dikurangkan.

Berita Meresahkan Pakatan Harapan


Tetapi setelah hampir 10 bulan kerajaan baru mentadbir, banyak harga barang tidak juga turun. Walaupun ada barang-barang dan perkhidmatan tertentu turun akibat kesan 0% GST, namun keperluan hidup asas rakyat seperti makanan tetap tidak berubah.

Beberapa inisiatif kerajaan yang ditujukan pada golongan B40 turut dilaksanakan. Selain daripada mengelak penyelewengan dan ketirisan, inisiatif kerajaan lebih berfokus untuk membantu golongan B40.

Tetapi kesannya tentulah mengambil masa dengan 10 bulan tidak memadai. Apatah lagi dengan kekangan kewangan kerajaan akibat pelbagai faktor, baik dari dalam negara mahupun luar, usaha mengurangkan kesempitan sara hidup rakyat tidak jelas kelihatan.

Sedangkan golongan itu terpaksa hidup bulan ke bulan dalam keadaan yang tertekan. Tentulah mereka berasa kecewa apabila keadaan tidak berubah walaupun kerajaan baru memegang tampuk pemerintahan sudah menghampiri 10 bulan.

Tetapi apa yang berlaku sekarang bukan saja soal tidak kemampuan kerajaan untuk memenuhi kehendak golongan kesempitan sara hidup. Ia juga merupakan keadaan yang terbentuk daripada hasil yang kompleks akibat pemerintahan Barisan Nasional dan Perikatan selama 60 tahun. Waktu kerajaan PH mengambil alih pemerintahan negara, ia merupakan tempoh memperbaiki atau ‘correction’ kepada apa yang berlaku selama 60 tahun.

Keadaan begitu kompleks hingga ia melibatkan sistem, amalan dan malah nilai rakyat. Kecenderungan kerajaan adalah untuk kembali kepada amalan lama pentadbiran BN. Tetapi kalau itu yang berlaku, maka tidak akan ada perubahan.

Golongan rakyat yang kesempitan sara hidup tentulah tidak sabar dengan keadaan ini. Dalam keadaan rasa gelisah ini, maka emosi mereka mudah dipermainkan dan diperalatkan menurut sentimen kaum dan agama. Soal ekonomi berpindah kepada isu kaum. Ia satu kecenderungan dalam sistem politik, di mana tekanan ekonomi menyemarakkan sentimen populis, rasis dan fasis.

Apa yang paling penting dalam soal kesempitan sara hidup adalah harga makanan seharian. Sememangnya kesempitan sara hidup melibatkan banyak faktor, umpamanya inflasi, penurunan nilai wang, gaji yang tidak naik dan pengangguran. Tetapi soal asas adalah makanan. Umpamanya harga ikan, telur dan ayam.

Kementerian yang telibat dengan soal harga makanan ialah Kementerian Kewangan, Kementeran Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Adakah kementerian-kementerian itu telah melaksanakan program-program baru bagi membolehkan golongan kesempitan sara hidup memperoleh pembelaan?

Menteri yang kreatif dan berinisiatif adalah suatu perkara penting. Tetapi tidak kurang penting ialah pelaksananya iaitu jentera kerajaan. Adakah jentera kerajaan termasuk perancang-perancang cukup bermutu untuk mendokong hasrat ahli-ahli politik itu?

Sememangnya ahli-ahli politik yang berdepan dengan pelbagai cabaran berhubung dengan kementerian mereka tidak mempunyai keajaiban bagi menelurkan penyelesaian. Tetapi ungkapan “kami sedang kaji” adalah suatu yang mengecewakan.

Apa saja masalah sememangnya perlu kajian oleh jentera kerajaan yang bertanggungjawab. Tentunya juga ia memerlukan masa. Tetapi para pemimpin politik wajar memiliki minda yang cergas bagi menjawab soalan-soalan yang tiba-tiba diketengahkan ke depan mereka.

Berita Meresahkan Pakatan Harapan


“Saya akan kaji” tidak dapat diterima walaupun ia merupakan langkah yang wajar bagi seseorang menteri.

Dalam menghadapi soal kesempitan sara hidup ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memegang kunci bagi penyelesaian.

Mereka mungkin tidak mempunyai banyak pilihan dalam usaha mencari penyelesaian bagi masalah kompleks, yang mana kerajaan dulu juga gagal menyelesaikannya. Tetapi apa yang penting adalah azam politik. Mereka mesti mempunyai kekuatan untuk melakukan perubahan.

Harga makanan naik. Mengapa jadi demikian? Pastinya jentera kerajaan tahu puncanya dan mampu mencadangkan penyelesaian. Tetapi mereka memerlukan azam daripada ahli-ahli politik (political will), yang berani melakukan tindakan walaupun tidak disenangi oleh sebahagian golongan yang selama ini mengaut keuntungan daripada sistem sedia ada.

Para menteri tidak wajar hanya mengungkapkan matlamat dan rancangan jangka panjang yang digubal oleh jentera kerajaan. Sebaliknya menteri wajar menelurkan buah fikiran untuk mendapatkan penyelesaian.

Contohnya, harga ikan yang mahal hingga di luar jangkauan banyak golongan kesempitan sara hidup. Mengapa perkara ini terjadi? Siapakah nelayan yang menangkap ikan? Bagaimanakah lesen menangkap ikan laut dalam diagihkan? Adakah pemegang lesen itu sendiri menangkap ikan di laut? Atau lesen itu disewakan pada pihak lain?

Akibatnya ia menyumbang kepada kenaikan harga ikan dan pengekalan kemiskinan nelayan? Bolehkah lesen itu dibatalkan serta-merta dan diberikan pada nelayan sebenar menangkap ikan? Mungkinkah ada nelayan asing seperti dari Vietnam yang menggunakan lesen negara ini? Dari mana mereka memperoleh lesen itu?

Bagaimana pula sistem peraih dan orang tengah yang menjual ikan itu? Tentulah sebarang pembaikan akan menimbulkan kemarahan pihak-pihak yang mengaut keuntungan daripada harga ikan yang mahal. Perkara-perkara yang seumpama ini juga mungkin berlaku pada barangan lain. Umpamanya harga ayam, ikan, sayur dan lain-lain.

Pada keadaan begini, timbul juga persoalan di manakah peranan persatuan-persatuan pengguna. Dalam demokrasi yang mengamalkan kapitalisme, kelangsungan sistem ini tidak boleh bergantung pada kerajaan dan parti-parti politik semata-mata.

Ia perlu juga bergantung pada badan-badan masyarakat sivil seperti persatuan-persatuan pengguna, kesatuan sekerja, persatuan peladang dan nelayan.

Berita Meresahkan Pakatan Harapan. Tidak kurang pentingnya ialah peranan media. Media dalam apa jua bentuk wajar memperjuangkan agenda rakyat. Mereka bukanlah semata-mata menjadi juru bicara kerajaan atau parti politik, sama ada kerajaan atau pembangkang. 




Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



4 comments:

  1. Exco Pertanian, persatuan pengguna tiap2 negeri dan pemimpin tempatan tidak kira dari parti mana sekalipun tolonglah buat lawatan ke jeti2 pendaratan ikan. Saya pun pelik bagaimana harga ikan sekarang terlalu mahal jika dibandingkan beberapa tahun lalu.

    ReplyDelete
  2. Taraf hidu nelayan tak nampak kemewahannya atas kenaikan harga hasil tangkapan mereka. Sapa yang sesukahati menaikan harga ikan ini.? Pasar borong dikuasai oleh orang asing.... orang tengah atau siapa yg buat kerja ni ?

    ReplyDelete
  3. Asyik cerita ttg hutang 1trillion...gst...1mdb...rm90juta...rasuah...batal projek mega...tangguh projek mega...aes yg ditambah...kasut sklh hitam...

    Tiada kesungguhan nak perbaiki kos sara hidup rakyat dgn bersungguh2.Buatlah kajian terperinci dan jangan diperlekehkan.Rakyat tak minta tongkat emas tapi cukup sekadar penuhi janji yg sangat rakyat dambakan melalui sokongan penuh 9 mei 2018 yg lepas.
    Jangan jadi munafik dgn plbagai alasan kafir yg menyakitkan hati rakyat.

    ReplyDelete
  4. itu juga yang berlaku terhadap minyak masak harga sawit menjunam dan negara eropah pulau minyak sawit peneroka hidup susah tapi minyak masak mahal subsidi di tarek.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...